Friday 28 December 2012

Permohonan rebat rm200 smartphone

Hai,

Seperti yang kita semua tahu, kerajaan ada bagi rebat rm200 kepada belia yang berumur 21 - 30 tahun untuk membeli smartphone. Diperuntukkan untuk 1.5 juta belia sahaja. ok, disini ada serba sedikit info tentang rebat ini.


  • Terbuka kepada semua yang berumur 21 - 30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan rm3000 dan ke bawah
  • Pelajar layak memohon mengikut syarat yang ditetapkan
  • Tarikh apply bermula 1 januari 2013 - 31 disember 2013
  • First come first serve (sebab peruntukan untuk 1.5 juta belia sahaja)
  • Handphone hendaklah berharga rm500 dan ke bawah

Dan ini adalah antara beberapa handphone yang boleh di rebat :


1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 23
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

*Model handphone akan di-update dari semasa ke semasa.

Ok, rebat ni macam ni.. harga handphone rm500, kerajaan bagi rm200, so kita kena tambah lagi rm300 untuk beli handphone yang kita nak tu. faham? hehe.. bukan main rembat aje. :p
Harga handphone mestilah tak melebihi rm500. kalau tak, tak dapat. beli pakai duit sendiri jela.. hihi

Sumber :
Untuk apply, boleh Klik sini. (mula 7.00 pagi - 11.00 malam)
Untuk apa-apa pertanyaan yang tak faham, boleh klik FAQ ni. (digalakkan baca)
Untuk tahu lebih lanjut, boleh klik sini.


Thursday 27 December 2012

Cinta pandang pertama

Hai,

Tengah-tengah tak tahu nak update apa, sekali teringat yang harini 27 disember adalah hari dimana pertemuan cinta pandang pertama saya dengan batch-mate. Terasa kejap benar masa berlalu. dah 2 tahun dah pun. kalau ikutkan budak-budak, dah pandai bercakap dan berjalan dah pun. 

Entry ni pun Artis ni yang suggestkan untuk buat. yela, tengok lama sangat tak bertulis agak eh. ehe..

Lepasni, bila dah grad. tah bila lagilah dapat berjumpa. nak harapkan call dengan sms memang tak la kan, time belajar je boleh nak buat 2 benda ni. nanti dah habis belajar dah tak boleh nak harap dah sebab masing-masing dah sibuk kerja. sedih macam ni. sobsob


Action kamen style
ini semua classmate saya yang awesome!


Aceli, masa kami part 1 dulu, kami ada ambil gambar dekat tangga ni ramai-ramai macam ni. then, bila dah final sem ni, sekali lagi kami ambil dekat sini. tapi sayanglah, gambar masa part 1 tu tah kemana hilangnya. penat godek file dalam laptop ni. huhu

Banyak sangat kenangan. lepasni mesti rindu-rinduan. harap semuanya baik-baik belaka lepas grad nanti :)

Happy 2nd anniversary batch-mate love. 

bai.


Monday 24 December 2012

Gabungan muzik tradisional dan terkini korea - Habanera

Hai,



Diambil dari cerita heartstrings episod 8
lakonan Park Shin Hye dan Jung Yong Hwa (CN Blue)

Well not bad right?
Gabungan muzik yang sangat awesome bagi saya :)
Nak dengar lagu penuh klik sini
Bila lagi muzik kita nak bergabung ni? heeee

bai.
p/s : Saje nak bagitau, saya tengah tengok cerita ni.. (n_n)v


Thursday 20 December 2012

Telan kahak time puasa

Hai,

Kalau kahak tu still dalam mulut and then kita telan, its ok.. tak batal. as long as kita tak keluarkan dari mulut dan sedut balik. yang tu kompom batal. lebih baik buanglah kahak tu kan.. hehe

kalau kita sahur pulak, then time subuh tu terasa ada makanan lekat dekat gigi. jangan ditelan.. nanti batal. tapi cepat-cepat kumur.. takdelah batal puasa.. :)

......................................................

Dua perkara diatas terjadi dekat saya beberapa hari lepas, saya risau kalau puasa saya batal. terus saya tanya ayah saya. then, saya kongsi pula dengan semua orang. maaf kalau ada salah. sila betulkan saya :)

niat saya hanya nak berkongsi saja. alang-alang tu saya dapat ilmu lebih. ngeee..


bai.


Saturday 15 December 2012

Facepalm


Bila tengah seronok rasa nak buat assignment --> Google --> Google --> Google --> Tak jumpa --> Facepalm

mencik! 
taknak kawan dengan google. assignment pun taknak kawan juga. 
*mengeluh*



Thursday 13 December 2012

Menjadi terkenal

Hai,



Tak semua orang terasa nak menjadi terkenal. ada orang yang secara tak sengaja menjadi terkenal.
Dulu masa mula-mula saya membuat blog, memang takde terfikir langsung nak orang tahu blog saya ni. tapi bila dah ramai pembaca, mulalah perasaan ni nak menjadi terkenal. dah pandai letak nuffnang bila orang kata boleh dapat duit. tapi belum pernah cash out lagi. dah 2 tahun dah ni. so memang kena bersabar.

And then, bila orang dah mula letak dekat dalam bloglist diorang, saya dah mula rasa terkenal sikit. sebab dah ada ramai blogger letak saya punya blog di bloglist mereka. perasaan tu, memang happy sangat. :D

Tapi menjadi terkenal tu bukanlah impian terbesar saya. Saya ni penyegan. tak pernah lagi jumpa blogger-blogger lain selain robot comel dan myera nyera. Teringin juga nak join blogger yang jumpa-jumpa tu, apa? gathering? haa.. tapi segan. hihihi.

Kalau boleh biarlah kita menjadi terkenal tu dengan perkara-perkara baik. memang perkara tak baik tu senang orang ingat, tapi sampai ke sudahlah orang asyik ingat yang buruk tu je, so tak best lah kan. jadi, majulah diri untuk negara! *tetibe sangat*

bai. 
p/s : Malu, bila ada orang kata saya blogger famous dekat UiTM Segamat. hewhewhew.. *auta sangat orang yang cakap tu*
p/s/s : sebenarnya bukan terkenal tapi TER-kenal -_-'



Wednesday 5 December 2012

Vision, Mission, Goal

Hai,

Ini assignment kedua yang saya kena buat. So untuk memahamkan diri sendiri, saya tulis didalam blog ni dan mudah untuk saya dan kawan-kawan menyemak semula. secara tak langsung, kalian pun boleh belajar sama :)

Goal - Yang paling saya inginkan... (target)
Cth : Saya nak jadi Jutawan yang dermawan

Vision - Saya akan dapat... (impian pada masa akan datang)
Cth : Saya akan mendapat CGPA yang cemerlang serta  memegang jawatan yang tinggi dan pekerjaan yang terbaik bila saya bekerja nanti.

Mission - Saya kena buat... (tindakan kita untuk mencapai vision)
Cth : Saya kena belajar bersungguh-sungguh dan usaha untuk terus berjaya mencapai vision dan goal saya.

So, ini hasil vision, mission dan goal saya. Kalian punya bagaimana??
kalau ada salah silap, sila betulkan saya :)

bai.
p/s : saya dapat reference dari internet je.huhu..


Sunday 25 November 2012

Mariam Kampung Putat

Hai,

Cerekerama yang dilakonkan oleh Hanis Zalikha memang sangat menarik. lama-lama makin naik nama beliau ni. dah lah cantik, pandai, memang orang kata perfectlah! :D
Cerita ni ala-ala cinderella moden kata robot comel. boleh tahanlah. nampak gaya lakonan beliau macam kaku, tapi nanti lama-lama dah biasa berlakon dah boleh jadi handal dah satu hari nanti. asalkan dia tak lupa diri.. hehe. i love hanis zalikha.

Ehem, lagi seminggu dari sekarang nak masuk UiTM balik dah. Tak sangka nak dekat habis sem dah. masuk kali ni saya dah last sem. so yeah! happy. nanti dah boleh grad. lepastu masuk degree pulak.lepas tu kahwin. yeah. ehe.

Oh masa mula-mula masuk UiTM Segamat, agak sedikit mengeluh sebab jauh dari rumah. 3jam kalau naik bas. tapi bila ada seorang kawan ni kata "untunglah kau, dapat jumpa hanis zalikha" dan saya macam "eh? dia tu blogger kan? dia belajar dekat situ ke?" masa minggu orientasi ada seorang lecturer tu asyik mention nama dia je. so saya pun macam percaya sikitlah. dan makin lama saya terlihat kelibat dia dekat kolej saya. dan kebetulan, dekat mana je saya ada kelas, kelas dia mesti berdekatan dengan saya.sampai saya dah hafal dah. punyalah minat dengan dia sampai sanggup tunggu nak bergambar.

orang kata dia sombong. tapi satu hari tu saya tunggu dekat satu tempat yang mana tempat yang biasa dia lalu. then tetiba nampak dia. terus saya minta kawan saya tolong ambilkan gambar. then dia kata "boleh, jom" maka terjadilah gambar dekat bawah ni.. hehe



aceli, saya tak bersedia lagi nak ambil gambar.thats why muka saya happy gila macam kat atas ni -_-'

So.. tak sabar nak habiskan diploma ni. yeyeh! doakan saya ea. serta kawan-kawan saya yang lain juga. hehe

oh dan kepada Hanis Zalikha, semoga terus berjaya. jangan lupa asal usul diri ya. kebanyakan orang kalau dah jadi artis, mesti akan berubah. berubah menjadi seksi. awak jangan jadi macam tu. saya minat awak ni :)

bai.
p/s : semua orang dah beli barang nak balik U. tapi saya? tunggu baucer dengan ptptnlah.. hehehe



Wednesday 14 November 2012

"2012 Tahunku Yang Cantik"

Lamanya tak join contest. Bila dah selalu datang ke blog Syaifuddin Alias ni rasa macam nak join pula. Lagipun rasanya contest yang dia buat ni nampak menarik dan lain dari yang lain. Tak salah saya mencuba kan? :)

Oh hadiahnya, kita mungkin akan memenangi sejumlah wang yang banyak! RM500++. Banyakkan? Well siapa yang takmau duit.. heee
Terima kasih kepada semua sponsor yang baik hati :)



ok lets begin....

"2012 Tahunku Yang Cantik"

Sepanjang 2 tahun saya berblogging ni. Buat pertama kalinya saya mendapat pageview 1000++ yang mana entry mengenai Pierre Andre di Anugerah Skrin ni. Memang ini yang paling sangat-sangat membahagiakan saya. mereka kata saya berjaya mendapat SEO. padahal saya tak tahu sangat pun benda tu. hahaha. mungkin kebetulan kot. :p

Dalam tahun ini juga, blog saya mula meningkat naik. dah ramai yang datang ke blog saya dan mendapat pengkomen yang setia. Terima kasih awak-awak semua. Awak semua memang cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. oh dan Insha Allah dalam tahun ni saya akan cash out kan nuffnang saya buat pertama kalinya. yey! mungkin selepas tamat contest ini saya akan cash out.. hehe. very happy dan tak sabar nak tunggu. ngeee

Gambar paling latest

walaupun saya ni tak secantik mana tapi comel mungkin, jadinya saya mengharapkan diri saya akan bertambah cantik lagi lepas ni. bukan hanya luaran sahaja tapi dalaman juga. saya pernah berharap untuk menjadi seorang muslimah. tapi memang susahkan kalau kita nak berubah terus. perlukan azam yang tinggi. Insha Allah saya pasti akan berubah menjadi lebih 'cantik' pada masa akan datang. (n_n)v

oh dan kawan saya yang sebelah tu pun saya berharap dia dapat terus jadi 'cantik' dan terbuka hati untuk memakai tudung satu hari nanti. cantikkan dia? sama-sama kita doakan. amin.

Ok itu sahaja. maaf kalau ada salah silap dalam pembikinan entry ni ye syaifuddin hehe.. So, saya menyeru semua blogger yang cantik-cantik dan kacak-kacak sekalian untuk join contest ni. sama-sama kita meriahkannya! Ayuh ;D

p/s : sudah rindu yang teramat pada kawan-kawan di UiTM. :(
p/s/s : kepada blogger bicaraohsicinta zieyzain. blog awak kena virus malware.tak dapat nak baca blog awak..harap awak dapat selesaikan virus tu ye. huhu


Tuesday 13 November 2012

Korang mesti akan ketawa kalau faham ini :D



If you know what it is mean.
surely korang akan ketawa macam saya.
hahahaha :D


Monday 12 November 2012

Kerana Pierre Andre, saya dapat 1000++ pageview

  

Buat pertama kalinya saya dapat view 1000 lebih. Very happy :)
Thanks awak-awak yang sudi tengok blog saya.. heeee 
Oh thanks juga dekat Pierre Andre. Semoga Allah lindungi beliau serta kita semua. Amin.
Nak tahu kenapa dengan Pierre Andre? Klik Sini.


Sunday 11 November 2012

Women Logic


Hakikat sebenar perempuan..
well~
Thats why perempuan ni susah nak faham
even kami sendiri pun tak faham dengan diri sendiri.
Acane?



Saturday 10 November 2012

Respek Pierre Andre - Anugerah Skrin 2012

hai,




Anugerah skrin 2012 menarik. tapi ramai yang kata bosan. tapi zizan punya lawak yang hanya 2 minit tu mampu buat saya ketawa :)

yang paling best adalah bila Pierre Andre diumumkan sebagai pemenang. Ayat pertama yang keluar - Lailahaillallah. Alhamdulillah.. banyak kali dia sebut nama allah. saya jadi teruja waktu tu. 

maaf, saya tak ingat apa yang dikata. nanti, rujuk surat khabar ye.. ataupun boleh rujuk video youtube ni.

pape pun, Anugerah Skrin 2012 kali ini agak kurang memuaskan. mungkin lain kali boleh buat persembahan yang lebih menarik lagi.. :D

bai.



Tuesday 6 November 2012

Miss International Queen 2012 transgender/transsexual

Hai,

tadi baru je jalan-jalan dekat yahoo news, then ternampak berita ni.. hmm..
cantik-cantik juga mereka ni.. :D

Baru berlangsung 2 november 2012 lepas dekat Pattaya. Seramai 21 peserta dari 15 buah negara. Mereka semua dilahirkan lelaki. Bertanding selama seminggu untuk pertandingan ini. Dan pemenangnya adalah :




Kevin Balot Dari Filipina - Pemenang


Boleh tahan.. hahaha


Dari Brazil


Dari Jepun


Dari US


Dari Thailand


Dari Brazil


Dari Filipina


Nak tengok gambar lebih banyak boleh klik sumber ni :)
Diorang ni kalau dah cantik, cantik sangat. haish.. macam-macam..

bai.


Friday 2 November 2012

PTPTN untuk pelajar yang habis belajar sem 5

hai,



Ini pertanyaan yang saya tanya pada PTPTN :

Saya nak tanya, saya dapat pinjaman RM15 ribu untuk 6 sem. tapi saya hanya belajar sampai sem 5 sahaja. jadi, macam mana dengan baki pada sem 6 tu ye? adakah akan di bagi pada waktu saya sem 5 atau tidak akan dapat langsung?


Ini jawapan PTPTN :

Untuk makluman, pembiayaan hanya akan diberikan bagi pelajar yang masih aktif belajar sahaja. jika telah tamat pengajian lebih awal, pelajar hanya membuat bayaran balik jumlah yang diterima sahaja dan bukan berdasarkan perjanjian.


So kawan-kawan? tak dapatlah kita merasa lagi rm2500 tu. melainkan kalau kita repeat paper.. oh no no no.. janganlah ada yang repeat.. amin.

bai.


Wednesday 31 October 2012

Bloglist Bulan November 2012

hai,

Easy.

Letakkan link blog anda di ruangan komen.

Done.

Insya Allah akan ditukar setiap bulan, siapa rasa dia nak stay dalam bloglist saya setiap bulan, pastikan kalian letak link blog kalian diruangan komen bila saya publish entry macam ni lagi.

Hanya sehari sahaja berlangsung.
Jangan risau, siapa yang tak sempat tu, boleh try untuk bulan depan.. teehee.

Oh, jangan lupa like ini juga :D



bai.
p/s : doakan saya dengan kawan-kawan diploma UiTM lain mendapat result yang baik eh.. Takut sangat ni.. huhu

update : dah tamat


Monday 29 October 2012

Anda kayu? Bukan penghalang untuk menjadi penari

hai,


Siapa kata bertudung tak boleh menari? 


Menari zapin


Menari Kuda Kepang


Adik beradik angkat yang dirindui, semua ini dancers dari Uitm negeri-negeri lain.


Sahabat dancer yang tak pernah putus asa ajar saya yang kayu ni


Practice make perfect

Orang selalu kata diri ni kayu, tapi kalau kita usaha lebih, pasti kita akan jadi lebih baik. Dan kalau kita tak usaha, kita akan reput macam tu je. kan rugi. 

bai.
p/s : Dah lama tak menari, tapi ada job menari yang menanti. mohon regang2 kan otot untuk persembahan nanti :D

Ehem, sebenarnya.. sekayu-kayu macam mana pun kita, orang yang tengok tu bukan tau gerak tari kita pun. kita silap ke salah ke..diorang enjoy je.. kan? So, takpe kalau kita ada salah silap sikit.. heee :)



Thursday 25 October 2012

Drama-drama sebelum kahwin dan ucapan raya

hai, 


Serius, tengok matluthfi ni asyik nak ketawa je.. :D
Dah la roman eh sama macam lecturer saya.. 
Kahwin kang baru tau.. ihiks! :p

oh ya,

Disini, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengenali saya dan keluarga
Ampun maaf dipinta diatas kesalahan yang saya lakukan..sobs
Moga Allah sentiasa memberkati hidup kita semua dan diberi jalan yang lurus untuk kita jalani sehingga dapat bertemu dengan Nya di syurga.. Insha Allah :)




bai.

p/s : Paling sengal dalam sejarah hidup, baru tahu esok raya. and baru tahu juga hari ni hari khamis lepas tengok kalendar kejap tadi.. hahaha :D


Sunday 21 October 2012

Tidur lewat susah pregnant


Is it true??
O.o


Budak saks tu apa ya awak? 




Boleh sama-sama kita amalkan ye.. hehehe
Sometimes, keyword yang datang ke blog saya ni lawak-lawak je. macam-macam yang orang cari.. tah macam mana boleh termasuk ke blog saya ni tah.. musykil-musykil.. :p

bai.




Thursday 18 October 2012

Apa ada pada nama anda?

hai,


Sayidah Nafisah :

Cute
Hot
Is loved by everyone
Is really sweet
Makes people laugh
Easy to fall in love with
Caring
People wild and crazy adore you

Macam betul je semua yang kat atas ni.. hahaha. bukan nak poyo tau. tapi macam je. macam..... :p
give it try bebeh :p

Saja untuk seronok-seronok je ni..jangan anggap serius okeh. setiap nama mempunyai maksud yang best dan sedap... heeee :D

bai.





Wednesday 17 October 2012

Takut

hai,

Saya minta satu je dari awak,
Boleh awak jadi milik saya selamanya?

Saya takut awak akan lupa saya satu hari nanti
Nanti susah saya nak dapatkan awak balik

awak jadi milik saya eh?
;)

bai.

p/s : sedang usaha mencari seronok di cuti semester ini. hoyeah!




Tuesday 16 October 2012

Miserable

hai,

Ini yang berlaku dalam hidup saya sekarang.
keluarga
kawan
semuanya bermasalah

bila rasa mahu mula hari yang happy
mesti dapat yang sedih

oh Allah,

"Guide us to the straight way
the way of those who has bestowed your grace
not the way of those who earn your anger such as the jews nor of those who went astray such as the christian"

(al-fatihah, 6-7)

:'(




Saturday 13 October 2012

Awesome blog! : sigadisgarang.blogspot.com

hai,



Jangan bayang muka gadis garang ni macam mana
baca tulisannya saja
sudah boleh tahu yang dia punya muka yang cantik dan manis
walaupun garang..
heeee


Suka baca cerita dia
Manis manis semuanya
rasa nak cemburu pun ada.. hahaha

hey..Saya admire tulisan awak :D


Nak rasa manis juga? Jom terjah Gadis Garang sekarang! :)

ok daa~
happy blogging u'olls




Friday 12 October 2012

Lega


Aku bukan nak bermusuh dengan kau
Tapi aku lega
Lega mengenakan kau.

*evil smile*


Monday 8 October 2012

Jujur

hai,

Entri ini dituju untuk kau
ya kau yang terasa tu

Aku teringin nak menyebarkan apa yang pernah kau sebar
Aku nak sangat kau rasa apa yang pernah aku rasa
Situasinya hampir serupa dengan aku punya cerita
Tapi nasib baik aku sayang kau
Aku tak rela tengok kau rasa semua tu

Aku cuma nak kau jujur
Paling tidak pun minta maaf pun dah ok
cukup
cukup dah weh
Bisik-bisik pun takpe

bai.

p/s : final sangat menduga aku. :'(


Tuesday 2 October 2012

Nervous

hai,

Mulai esok bermula peperangan selama 2 minggu
Doakan kami serta pelajar yang lain mampu berhadapan dengan peperangan ini.

Fighting!! :D


Kalau nervous mesti rasa nak 'tu'. kenapa ek?

bai.



Sunday 30 September 2012

Bloglist Bulan Oktober 2012

hai,

Easy.

Letakkan link blog anda di ruangan komen.

Done.

Insya Allah akan ditukar setiap bulan, siapa rasa dia nak stay dalam bloglist saya setiap bulan, pastikan kalian letak link blog kalian diruangan komen bila saya publish entry macam ni lagi.

Hanya sehari sahaja berlangsung.
Jangan risau, siapa yang tak sempat tu, boleh try untuk bulan depan.. teehee.

Oh, jangan lupa like ini juga :D



bai.

Update : Dah Tamat :)


Saturday 29 September 2012

Saya, masa kecik-kecik :)

hai,





Gambar paling gangster

---
































---





























---


















---














Amoi paling gangster dekat dunia.
kecik-kecik mata lebam tu. 
kau hado?
muehehehehehe

bai.
p/s : terima kasih pha is kerana ajarkan watermark ni. nak belajar? Klik sini..

Tuesday 25 September 2012

" I Love Blogging Giveaway By Wawa "

hai,

Saya telah di tag oleh Muja yang gojes ni.



chocofluxuryga.blogspot.com

Saya nak tag semua orang yang baca blog saya ni.. boleh?
heeeeee ;D

bai.


Saiz Favicon

hai,


Comelkan favicon saya? Ala yang love tu.. :)

16 x 16 pixels
Boleh edit dekat mana-mana software
Tapi saya edit dekat Photoshop je
No need photobucket or what so ever

lepastu
pergi dekat layout
cari favicon dan upload!
siap :D

Selamat mencuba
Selamat menikmati favicon comel-comel anda

hehehe
bai.



Monday 24 September 2012

11 Month Old Twins Dancing to Daddy's Guitar

hai,




Kawaii nye twinnies ni kan? ;D
*dancing*

bai.


Saturday 22 September 2012

Hai awak yang ke 1000 *lambai2*

hai,


Tahniah kerana mencantikkan bilangan kawan saya :D

tapi sayang lah awak. awak tak letak link blog, jadi tak dapat saya nak minta kawan-kawan saya yang lain untuk terjah blog awak.
Kalau awak terbaca blog saya ni semula, awak buat ikut tutorial ni eh,

Saya akan update semula dan letak link blog awak kat sini..

Thanks again! :D

Terima kasih juga kepada yang lain. Sayang kalian semua sangat-sangat.. :)
bai. 


Cerita lawak :D

hai,

Order makanan dekat kedai makan UiTM segamat ni special.
Wajib kene tulis :

  • Jenis makanan. cth : nasi goreng kampung
  • Makan atau bungkus
  • Nama orang yang order

Nak dijadikan satu cerita lawak. satu hari adalah orang order makanan.
Bila makanan dah siap, abang yang kat kaunter tu akan jerit dan laungkan nama orang yang order tu.
Dan kalian tau tak apa nama yang ditulis?

"tolong"

Boleh bayangkan tak abang kaunter tu jerit dan laungkan macam mana?



"Tolong! Tolong!"
:D

bai.
p/s : Apa jadi kalau pengkid dengan pondan kahwin ek? tetibe terfikir.. teehee



Friday 21 September 2012

Hey kau

hey kau
kau yang b****h tu
pergi dari sini
negatif kau selalu ganggu aku
negatif kau ganggu seluruh hidup aku
pergi kau dari sini.

tak perlu aku nak ulang lagi.

bai.



p/s : test malam ni penuh dengan emosi sedih. harap dapat jawab dengan tenang. la tahzan duhai hati :')

Thursday 20 September 2012

Untuk awak

hai,



Saya tahu awak baca blog ni
Maafkan saya atas tindakan saya yang terdesak ni
Saya beri awak masa untuk memikirkan apa yang awak telah lakukan
Saya tak menyalahkan awak sepenuhnya
Tapi harap awak mengerti kenapa saya buat begini
Awak baik
Awak sangat baik sebenarnya
Tapi jangan menjadi terlalu cemburu
Cemburu itupun ada hadnya

Bila tiba masa
Pasti semua akan kembali normal
Hanya satu saja
Beri peluang dan ruang untuk kita
Supaya dapat memahami antara satu sama lain semula

Saya nak awak tahu yang
Perasaan saya sama seperti yang awak rasa
Tapi saya sembunyikan


bai.
p/s : Jangan marah saya. Mesej awak tetap saya baca setiap hari :)

Tuesday 18 September 2012

Kenapa bangun tidur je terus rasa nak menangis?

hai,

petang tadi saya tidur.
tidur-tidur ayam je pun.
boleh dengar apa yang orang borakkan.

terus rasa tak sedap badan
dan terus rasa nak merengek dan menangis
tapi disebabkan dalam bilik ni ada ramai orang
maka, tak jadi nak merengek bagai.

em kenapa ek?
tahu tak?

sebab saya tidur lepas asar ke?
sebab saya tidur petang dengan badan berpeluh-peluh ke?
atau sebab saya tetibe terkenang dosa saya yang lama?
em entahlah..

hm..
selalu macam ni.

"Ya Allah, engkau pimpinkan lah aku ke jalan yang benar, jalan yang engkau redhai. jangan biarkan aku hanyut dengan dosa yang sama ada aku sengaja buat atau tak sengaja buat.. amin ya rabbal alamin"

bai.
p/s : ini pun still rasa nak menangis lagi. :(

update : akhirnya saya menangis juga malam tu :'(

Sunday 16 September 2012

Well, aku memang taktau nak letak tajuk apa. Puas fikir..

hai,

Aku rindu kita yang dulu
Aku rindu kita yang dulu
Aku rindu kita yang dulu
Aku rindu kita yang dulu

:(

sekarang kau macam lain. kau macam aku yang dulu. aku taknak perasaan kau yang dulu tu berjangkit dekat aku. aku sayang kau. sayang sangat kat kau..

aku rindu sangat kita yang dulu
sangat............rindu.

bai.



Saturday 15 September 2012

Dear God, would You fulfil my request? (n_n)

hai,



Dear God,

Today is my day.. Sunday. I think I want to go to holiday. I've worked everyday for you. I never ever even skipping to work. so today, I just want to relax for the whole day.

would you fulfil my request? 

:)

Sincerely,
Sun.


bai.
p/s : Bayangkan kalau matahari ambil cuti? apa akan jadi dengan bumi? apa akan jadi dengan kita? sedangkan kalau dia bergerak sikit je dari orbit dia, kita semua akan hancur.. :(

maka, janganlah kita merungut. buat sesuatu tu kerana Allah. pasti ada kebaikan untuk semua yang kita lakukan walaupun payah kita nak buat :)



Wednesday 12 September 2012

SEGMEN : Bersama warna kegemaranku

hai,

Saya di tag oleh Pha Is yang hensem ni :)


Klik sini untuk join :)



Gambar diambil bersama insan paling tersayang di dunia *lovelove*

Saya suka warna pink. Normallah kan kalau perempuan suka warna pink.. hehe
tapi sebenarnya saya suka semua warna. malangnya, saya ada banyak baju dengan tudung yang warna hitam.. em sebenarnya saya paling suka warna apa ni ek? *sore eyes*

ok, saya nak tag :
Semua yang datang singgah ke blog saya ni..
haaaa... kalian MESTI buat tau.. :D
Kalau tak buat nanti kena denda dance oppa gangnam style..haaa baik buat.
*duck face dengan tangan buat peace dekat dengan mata sambil kecikkan mata*

bai.
p/s : em agak2 kalau saya tag namee roslan, dia nak buat tak segmen ni? nak juga tau warna kegemarannya..eheee




Tuesday 11 September 2012

Em.. Yang macam kahwin-kahwin tu.. :D

hai,

Dari jauh
Dalam kepadatan manusia
Aku nampak kau
Kau senyum, aku senyum
Kau ketawa, aku pun ketawa
Walau aku tau semua tu bukan untuk aku
Tapi aku suka tengok kau begitu
Sangat manis sekali :)

Kadang-kadang terserempak
Kau pandang, aku kaku
Bodoh betul rasanya, masa tulah patut aku senyum dekat kau kan? :p

Hehehe
Aku malu
Sumpah aku malu
Balik je ke kamar, aku terbayang-bayang
Terbayangkan kau
Tersenyum-senyum aku macam orang menghadap sms
Ala-ala baru bercinta macam tu (n_n)'



Haaa... macam nilah.. :)


Ehem
Agak-agak bila kita mahu itu?
Ala.. itulah..
Em.. 
Yang macam kahwin-kahwin tu.. heeee :D




bai.
p/s : Tengah serabut-serabut fikir assignment dengan presentation, tetiba boleh terfikir nak kahwin..hahaha. em yela, bayangkan.. kalau tengah serabut macam ni, ada orang bagi senyuman dan pelukan suruh kita jangan give up. kan best macam tu :)
ehem.. umi abi................................................. kita kan.. nak kan.. ihik! :p

p/s/s : ini hanyalah puisi rekaan semata-mata, tak ada kena mengena dengan sesiapa.. terima kasih :)






Monday 10 September 2012

Awesome song! : All Alone by Fun

hai,


Fun - All Alone Lyrics

I fell in love with a wind-up souvenir
I bought it downtown as 
I was on my way to meet you
She sounds like the songs 
you used to sing to put me to sleep
Now that you're gone, 
she's all that I've left to hold
And I feel so all alone
No one's gonna fix me when I'm broke
How do you cry with inanimate eyes?

You're never gonna smile 
with the way that you are
And I feel so all alone
I gave her to you
I thought you might appreciate
The way that she dances
The painted look upon her face
She must have come from the sun
I want to take her through the park

Where she'd tell me I'm all that she wants
If she could even talk
I feel so all alone
No one's gonna fix me when I'm broke
How do you cry with inanimate eyes?
You're never gonna smile 
with the way that you are
And I feel so all alone
I feel so all alone

And she sits on my shelf
It makes me think of you
The way she carries the things 
that remind me of who
We used to be before we became antiques
She's a lot like you
But when I hold her too tight, 
I know she'll break

She just takes some glue to stay
I feel so all alone
No one's gonna fix me when I'm broke
How do you cry with inanimate eyes?
You're never gonna smile 
with the way that you are
And I feel so all alone
I feel so all alone
I feel so all alone


Enjoy! :D

bai.
p/s : minggu presentation dan submit assignment sekarang ni. mohon semuanya berjalan lancar.. amin :)