Friday 13 December 2013

Rakan Sekerja Saya

Hai ;)



Spot me! hehehe

Oh ya, ada diantara yang berdiri tu.. Saya minat sangat ke dia. Berdoa agar dia lah jodoh saya. heee :D

"Ya Allah, jika benar dia jodohku, Engkau dekatkanlah hati kami"
Mari amalkan! heeee

Memperkenalkan keluarga baru saya! dari kiri bedah, temah, peah, jemah, jenab.. dari kanan pulak, sameon, mamat, dolah, abu, ahmad, ali dan sebagainya.. hehehe

Hari-hari mengadap mereka. nak kata bosan tu, tak bosan tapi bestlah. ada saja perkara yang boleh buat saya tergelak. dari yang pelat, yang bengap, malas buat kerja, dan yang paling best bila datang time blur (tapi kitorang sebut bangang sebenarnya) nak sopan sikit sebutlah blur.. heeee

Berharap agar dapat kerja lebih lama disini, sebabnya orang yang saya suka tu ada dekat sini... ngeeeee *tak malu*

bai.

Sunday 27 October 2013

What i feel like saying..... #8

Hai ;)

Kalau tetiba ada orang tu menjauh dari kita, mesti ada sebabnya
adakah mungkin kita ada buat salah pada dia atau dia sendiri yang ada buat salah pada kita

Kalau kita terasa kita yang buat salah pada dia
Apalah salahnya kalau kita pergi bertegur sendiri dengan dia, tanyakan apa masalahnya.
Jangan berpassing-passing, macam tak manis gitu. 
Jangan tempik-tempik, jangan marah-marah
Tanya dengan suara sehalus mungkin.
Tak perlu berkasar. 

Kalau memang salah kita
Apa salahnya kita yang meminta maaf dulu.
Tak kena bayar pun sayang oi.

dan jikalau bukan salah kita pun
memang terang lagi bersuluh bukan salah kita
tak mengapa jangan marah-marah
terus aje minta maaf
jangan tangguh-tangguh
nanti boleh melarat sampai ke dendam
itu tak baik

ok sayang ;)

Dengan ini saya Sayidah Nafisah tidak suka pada dendam-dendam. Maka dengan sepenuh ikhlas hati, memohon maaf diatas semua kesalahan yang saya buat. 

muah semua!
bai.


Sunday 29 September 2013

Hi kawan!

comel betul tengku butang ni. mentang2 dah lama kita tak update belog, dia kata " dah habes raya dah.. heee.. "

Nampak beno kita maleh nak mengapdet. kesian belog kita. *puh puh habuk*

oh hai kawan!!
rindu kawan2 alam maya ni. takde mase langsung nak menengok belog ni. menetap baik aje belog ni dekat atas kayangan. hihihi

insha allah kalau ada masa dan cerita yang menarik, saya takkan segan silu untuk meluahkan dekat belog ni. tapi jangan tunggu lah, sebab kemungkinan besar, memang susah saya nak update. watlek watpis je eh. hehe

ok lah. tu je nak bagitau.

bai.

ehem, kita rindu dekat awak semua ni, jangan bagitau orang tau. rahsia kita. *bisik2*
^^

Wednesday 10 July 2013

Niat puasa sebulan dan harian

hai ;)


Mari kita niat terus untuk sebulan mana tau kita terlupa nak niat setiap hari ke kan. kita niat banyak kali pun takpe, tak berdosa.. hehe

Selamat berpuasa semua! Jangan lupa solat terawih setiap malam.

bai.


Friday 28 June 2013

Bagus betul nuffnang ni

hai,

Time orang memang tak rajin update, banyak pula iklan yang dia bagi. lepastu tak dapatlah kita nak menabung duit kat situ. geraknya pun sikit-sikit je. sabar jela.

oklah. saya nak bagitau tu je.. kekeke

bai.

Sunday 16 June 2013

11 soalan dari Pais

Hai,

Dan-dan je kita kena tag, kita saja komen kata macam nak buat tapi takde masa. terus si pais ni tag kita. soalan pun boleh tahan. tapi bolehkan kalau kita taknak tag orang lain? hehehe

Dan ini dia 11 soalan dari pais. mari kita mulakan dengan bismillah..

1. suka warna apa? why? (5 markah)

Of course pink. kenalah dengan jiwa perempuan kan. tapi saya banyak baju, tudung, seluar warna hitam. konpius juga ni, hitam ke pink eh? agagaga

2. kalau dapat anak, nak letak nama apa? 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. (4 markah)

Perempuan, saya nak mula dengan nama intan. suka sangat nama ni. tak tahulah kenapa. macam comel-comel je. hahaha. Lelaki pulak em tak fikir, rasa nak anak perempuan je. boleh ke macam tu? kikiki.. er yang penting mula dengan muhammad.

3. jika tetiba dapat duit RM 9.5 billion, berikan SATU benda yang  pertama sekali yang akan dibeli.  (2 markah)

Beli rumah siap dengan segala perabot dan kereta yang tahan lama yang comel. sesuai untuk orang kecik macam saya.. balance buat kenduri kahwin. hahaha

4. ciri-ciri pasangan idaman/ideal? (10 markah)

TIDAK MEROKOK. tak handsome takpe, tak kaya takpe, yang penting bersederhana. hormat orang, jujur dan setia. hehe

5. aktiviti masa lapang/hobi ? (5 markah)

Online.tu je yang mampu, nak tengok tv, dah setahun rosak. huhu

6. subjek yang paling suka dan paling tak suka masa kat sekolah? (6markah)

Subjek ye? belajar ni saya kureng sikit, tapi kalau cikgu saya sukalah. saya suka cikgu matematik sebab dia kelakar. kikiki. cikgu yang tak suka, haruslah cikgu yang garang yang suka baling duster kat saya, nak tidur sebentar dalam kelas pun tak boleh.. kedekut betul..hmm *eh, macam lari je soalan dia*

7.  makanan kegemaran? (4 markah)

Segala jenis sup. memang feveret.

8. siapakah yang paling disanjungi/dijadikan inspirasi? (5markah)

Ramai sangatlah. kebanyakannya akan berubah-rubah mengikut mood masa tu. hahaha

9. suka makan ubat tak? (4 markah)

Haruslah tak suka, tapi kita paling suka makan ubat Homeopathy. pais pernah dengar tak? hehe

10. kartun/anime yang paling suka dan berikan watak yang paling disukai dalam kartun/anime tersebut. kalau tak suka, berikan sebab kenapa. (5 markah)

Minion-minion dari cerita Despicable Me. comel sangat. nak cubit-cubit je rasa.

11. ceritakan sikit antara pengalaman manis yang ada sepanjang hidup.. (10 markah)


Banyak sangat sampai nak ingat salah satu pun susah.. huhu


Ok, dah habis 11 soalan. ala kita takde idea nak buat soalan lain. siapa rasa nak jawab soalan-soalan ni, boleh pergi ke blog pais ni. hehehe

bai. 

oh sebelum tu, kita nak ucapkan selamat hari ayah kepada abi tersayang. Moga Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang baik dari abi. Ya Allah, berikan kesihatan yang sempurna buat abi, saya sangat sayangkan abi wahai Allah. 



Thursday 13 June 2013

Apa saya buat sekarang ni?

Hai,

Lama tak berjumpa kan?
Semua sihat? Saya? Sihat terlebih-lebih. heee tapi menten kurus. gagaga

Ok, apa saya buat sekarang ni? tu yang kat bawah tu. haaa
Saya jadi ahli keluarga GIANT sekarang ni. bukan giant nobita tu tapi giant shopping mall. hehe

Kerja sementara dulu sebelum mendapat kerja yang lebih baik dan sesuai dengan saya, kalau boleh biar sama dengan apa yang saya belajar dekat UiTM Segamat dulu. tapi saya suka kerja ni. rasa sayang nak tinggal. huhu.

Takpelah. Kerja saja dulu. nanti kalau dapat tawaran yang lebih baik, kita pergi jela kan. heee


13hb ni, genaplah saya kerja sebulan di Giant ni. :)

bai.
p/s : kalau ternampak saya dekat Giant tu, tegur-tegurlah saya. heeee :D

Tuesday 30 April 2013

The most beautiful snake on earth

hai ;)

meet me Atheris Squamigera!


Enjoy your day!

bai.


Monday 29 April 2013

URGENT! - Kerja kosong di Parkson Seremban Parade

hai ;)

Perhatian! perhatian!

Ada satu kerja kosong di parkson seremban parade (depan ktm). boleh buat part time and full time. kalau boleh nak dalam minggu ni. tq.

Urgent tau ni.

kalau ada kawan-kawan yang nak kerja pun boleh. please sebarkan.

nak tahu lebih pasal gaji or pape.. please straight email kat saya di belogkayangan@gmail.com

Tq ye semua :)

bai.

urgent tau.



Sunday 28 April 2013

Something about me

Hai ;)

This is what happen to me when i see my crush.. ouh~
haha


9gag is the best place to lepak when you get boring and nothing to do -_-'

bai.


Sunday 21 April 2013

24 perkara jangan dilakukan

hai ;)

punyalah tak tahu nak update apa, tengok2 sekeliling rumah ternampak satu banner yang berguna. jadi terasa nak kongsi. mari baca semua :)

saya tahu, kalau tengok benda panjang-panjang macam gini mesti orang malas nak baca kan? dan komennya mesti nice sharing, tq for the information and so on. yang itu tahu sangat tak membaca. tapi kalau boleh ambillah masa untuk membaca, tak baca semua, sikit-sikit pun takpelah. dapat juga ilmu kan? eh saya tak paksa. taknak baca pun takpe. chill! :D


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. ia tidak disukai Allah swt.
  2. Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang digunakan tidak berbasuh. makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  6. Jangan makan tanpa baca BISMILLAH dan doa makan. nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata meliar di perjalanan. nanti hati gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat rakan taulan. nanti rosak silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada Allah dalam setiap kerja. nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa --- yang ini memang saya kena elakkan.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah swt.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. akhirat lebih utama, kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama pemakainya (dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kepada Allah).
  24. Jangan pertikaikan kenapa Islam berkata Jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah swt itu lebih mengetahui. 

bai.
p/s : bosan teramat dengan ketiadaan duit memang sangat menyiksakan.

Sunday 14 April 2013

DIY - Tshirt lama jadi cardigan

Hai ;)

Siapa ada baju-baju lama yang tak pakai tu, bolehlah try buat sesuatu untuk baju tu.. nak buang sayang, nak bagi kat orang pun kadang-kadang sayang jugak kan? so boleh jadikan cardigan.

eh macam mana nak buat tu?

Senang je, benda yang diperlukan gunting + baju lama.
Okeh, ce tengok video ni.



nak cepat tengok ke minit 0:40
See! senang je kan?



ok ini saya punya :)
saya tak potong collar pun sebab saya punya V neck. so saya potong tengah terus.
Baju ni dah kecik and tak muat nak pakai lagi. color dia cantik sangat, sayang saya nak kasi orang atau buang, so saya jadikan cardigan. mudahkan? oh kalau tak nak nampak buruk kesan gunting tu, bolehlah jahit sikit. tapi itu semua usaha sendiri lah ye.

Sesiapa rasa sayang yang teramat dengan baju lama tu, memang tak boleh nak buat apalah kan. simpan jela sampai berhabuk dan berkurap.. kekeke

Selamat bergunting! :D

bai.

Saturday 13 April 2013

Freedom

Hai ;)


Now its time to freedom!!! iyahu! Rasa seronok gila bila dah habis final exam, dan insha allah kalau ada rezeki nak grad on time teruih. Ya Allah moga tiada satu pun paper yang bakal aku repeat. amin. oh dengan kawan-kawan ku sekali. aaminn~

Tuhan tolonggg~ lembutkan hati pemeriksa.. ehem ehem 

So, lepas ni memang tiba masanya untuk hidup diluar sangkar. mencari rezeki sendiri untuk terus hidup. penuh dugaan dan cabaran namun kita seharusnya menghadapinya dengan penuh tabah! *nada penuh semangat*

Oh takutnya bila fikir nak kerja, ada ke orang yang nak ambil saya bekerja ek? saya ni kuat bekerja, kalau dah mula kerja memang sayang nak berhenti tapi penyakit M saya tetap ada. well, semua orang pun ada penyakit M kan? hihi

Haritu ada offer kerja dekat dalam Giant, bukan sebagai promoter, bukan sebagai cashier, bukan sebagai supervisor.. no no no, tapi kerja dalam officenya, tak tahu lah kerja macam mana tapi akak tu kata kerja bahagian IT, IT macam mana? haa yang tu kita tak tahu. kita try pergi tanya isnin nanti ea. doakan saya ye kawan-kawan :)

Oh mengenangkan perpisahan terakhir dengan kawan-kawan masa last exam pagi tadi, memang sangat mengayat hati. menangis bak dalam cerita bersamamu. sedih kemain. tapi saya tetap cover macho, tak mahu menangis, perlulah control supaya nampak tabah kan. tapi dalam hati, Allah je tahu betapa meraungnya saya menangis :(

Semoga kita ketemu lagi ye kawan-kawan. pasti semuanya akan sambung ke degree, tapi saya mungkin akan menyusul kemudian kerana family lebih memerlukan saya untuk menguruskan perihal kewangan keluarga. susah juga bila ada adik beradik ramai ni, semua nak kena bayar. kalau duit senang kutip macam daun gugur kan best. hmmm

okeh semua! semoga semuanya terus usaha hingga mencapai cita-cita! Muah semua kawan-kawan! 27.12.2010 - 13.04.2013 banyak kenangan kita bersama, moga kekal abadi yang indah-indah. yang pahit-pahit jangan dikenang tapi jadikan pengajaran ;)


Aceli tak cukup korum ni, nanti kita cukupkan ye. Sayang Ecah takde.. huhu


bai.

Saya sebenarnya ada buat sedikit video tapi cannot upload pulak. sedih mak. *cembeng*

Tuesday 2 April 2013

Lawak ke der 2

hai ;)


Saya nak tengok dekat istana budaya dah tak sempat, nak tengok dekat pawagam, takde masa pulak. so akhirnya keluar juga cerita ni dekat youtube. maka dapatlah saya tengok walaupun broadband saya dah semput-semput. hihi

ok, bagi saya not badlah. bolehlah buat saya ketawa. boboy, kurang menyengat sikit, nabil pun sama, jozan macam biasalah tak pernah buat saya kecewa dan Harith Iskander is the best! pakej sungguh lawak yang dia buat, sekali dengan mimik muka. kemain comel! dah lah bulat-bulat macam gitu.. mihmih

tapi dalam banyak-banyak lawak tu, saya paling ingat yang harith iskander punya, katanya "When woman say NOTHING, it means EVERYTHING" yeah.. memang betul pun apa yang dia cakap. lelaki ni kadang-kadang tak faham perempuan kan. macam contoh yang dia bagi lah. diorang jalan-jalan dekat shopping mall then terserempak dengan ex-girlfriend, yang si girlfriend ni dah mula rasa tak best kan, then teruslah buat muka, bila si boyfriend tanya kenapa? girlfriend kata, nothing. so yang si boyfriend ni pun fikirlah yang memang tak ada apa-apa, padahal yang nothing tulah membawa maksud segala-galanya. marah, geram, apesal tak pernah bagitahu, apesal itu, apesal ini. haaa.. itulah realiti perempuan.

dulu pun saya pernah macam gitu. bila ada sesuatu yang saya tak suka terjadi, si dia tanya, kenapa ni? and then saya kata, takde apa-apa lah *sambil senyum buat-buat* dalam hati saya, dia ni tak nampak ke perubahan muka aku? ish dia ni. buat-buat tak faham pulak. and then, sampailah ke sudah saya merajuk lepastu baik sendiri. sebenarnya senang aje. pujuk aje, cerita perkara sebenar and puji-pujilah sikit then baiklah hati tu. kan? :) itu saya lah.. orang lain saya tak tahu.. hehe

so far, jozan tetap the best. dengan gedik-gedik zizan tu. dengan muka johan yang hodoh ketika membetulkan tudung tu, memang buat saya ketawa aje. alaa.. kalian tengoklah sekali, baru tahu apa yang saya ceritakan ni.. huhu. ape? nak tengok juga? cari sendiri link nye dekat Youtube. hehehe
saya nak masukkan link dekat sini tapi tah kenapa youtube saya hang aje tiap kali buka, tak tahu nak buat macam mana. takpe, kalian taip je lawak ke der 2. mesti ade keluar punya nanti. hehe.. kalau takde saya minta maaf dulu eh, takut dah tak boleh tengok.. huhu

oklah selamat menonton! :)
have a nice day kalian semua! ;)

bai.


Thursday 28 March 2013

Cinta lepas nikah

hai ;)


How about you? (n_n)v

bai. 



Tuesday 26 March 2013

ENT 300 - Kidal's House

Hai ;)

Alhamdulillah akhirnya selesai ujian yang begitu besar bagi saya dan ahli group saya. padahal ini bukan subject core kitorang tapi dia punya cuak nak present tu kemain lagi. macam-macam spekulasi dengar pasal presentation ni. katanya panel garang kemain nak meninggal lah, tanya soalan-soalan killer lah. macam-macam. tapi time kitorang ada beberapa soalan je yang kami tak dapat jawab, yela kami ni bukannya tahu sangat pasal keusahawanan ni. so tergagap-gagap sikitlah nak menjawabnya. dan akhirnya semua selesai. hanya mengambil masa setengah jam sahaja. rasanya group kami yang paling kejap untuk harini. yang lain semua sejam-sejam. lama kan? tah apa yang panel tanya pun tak tahulah.

ok, kami menjual product left-handed. yang bestnya, ada salah seorang panel kami ni, dia kidal. so senyum-senyum aje dia dengar kami punya presentation. agaknya dia sukalah tu :p


Ehem, kemain tinggi darjat saya dalam group ni. tapi last-last bukan saya yang cakap semua. tu, yang marketing officer saya tu yang menjawab semua soalan. sabar jela. bukan saya tak pandai nak speaking tapi saya blur dengan soalan panel. hanya dia je yang faham, maka saya berikan dia jawab semua soalan. kesian dia. techu wana, nanti fisa belanja aiskrim solero eh :)

Ya Allah baru perasan, nama shikin jadi ASHKIN. maap ye. tertinggal huruf disitu.. jangan marah.. hehe

Memang banyak dugaan betul untuk subjek ni. duit kami habis berpuluh-puluh. rasa macam dah tak payah  ada paper untuk subjek ni dah, tapi malangnya, inilah subjek pertama yang akan kami tempuhi rabu ni. doakan kami.



Akhir kata, kepada yang bakal akan mengambil subjek ni, jangan gelabah. kalau boleh sediakan semuanya awal-awal. jangan buat last minute. lagi-pagi part finance. 4 kali kami print untuk finance sahaja. sangatlah mendukacitakan. tapi akhirnya semuanya ok. and jangan takut kepada panel. jangan dengar segala perkara yang ditakut-takutkan. takde apa-apa pun sebenarnya. just rilex and cool okeh :)

bai.
p/s : Sedih bila mengenangkan bila saya bakal habis sem ini. ini adalah sem terakhir saya. bakal merindui semua perkara yang berlaku di UiTM Segamat ni :(

Saturday 23 March 2013

Say hello to my 1st niece

hai ;)


kecik keledek je dia.. omey-omey. habis semua setiap inci badan dia saya picit. kemain geram! aum aum.
oh hi, nama saya Muhammad Tariq Iman. dah besar mesti saya handsome.okbai.

Tuesday 19 March 2013

What i feel like saying..... #7

Hai ;)



Teringat saya dekat satu cerita zaman-zaman sahabat dulu, seorang pelacur pun boleh masuk syurga. tapi saya tak ingat cerita yang mana satu. maafkan saya kalau saya tersilap. So, janganlah terus merasa give up and taknak berubah langsung. Dah alang-alang buat dosa, biar terus sampai ke neraka. amboi pepatah, sangat mematahkan semangat.  Allah tu kan maha penyayang dan pemaaf. jom kita sama-sama minta maaf dekat Allah. dah lama sangat saya tak bercinta dengan kekasih abadi saya ni :)

"Mari bercinta dengan Pencipta sebelum bercinta dengan penciptaannya" 
hehehe.. suka hati je :D



Monday 18 March 2013

Dear boyfriend

Hai ;)

Dear boyfriend,


Saya nak awak menjadi boyfriend yang merangkap sebagai suami, imam, BFF, ayah ibu, a shoulder to cry on, berkongsi senyuman, tak pernah serik tarik saya ke jalan syurga, TAK MEROKOK, menghormati orang tak kira muda atau tua, yang paling penting bertanggungjawab dan setia dan jujur dan taqwa. (dah macam lagu wali band)

Sincerely,




Demandkan saya? hehehe. yang penting tahu batas2 agama. malunya cerita pasal benda2 ni. macam nak kahwin dah pulak.. mihmihmih
ok bai.


Monday 11 March 2013

Dinner

hai ;)

Dinner kami yang last.. sob sob :'(


Bersama kawan terbaik yang kuat merajuk.. teeheee


Rakan sekelas yang awesome tapi tak ramai yang ada ni.. sob sob


Kamimekdota. will forever untill jannah. Insya Allah 

Saja nak update gambar je. hehehe.
nak edit gambar macam ni?
tengok kat atas tu.. ada edit gambar vintage. klik situ, then dah boleh edit macam gambar atas ni..
ngeeee :D

bai.




Friday 8 March 2013

Merajuk



kau merajuk
malas aku nak pujuk
sebab aku tak pandai memujuk

aku merajuk
tak payah nak pujuk
cukup kau minta maaf walau sebenarnya memang salah aku

inilah diri aku.


Thursday 7 March 2013

When you tell me that you love me


Baby,
Every time you touch me
I become  a hero
I'll  make you safe no matter where you are
And bring you anything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a  candle in the dark
When you tell me that you love me
:)





Umi, abi, adik-adik, teman-teman, awak
saya rindu semua.


Monday 25 February 2013

Mammah Ploso

hai ;)

Kehadapan anak-anak sekalian,

Assignmeniah
Testiah
Commonen Testiah
Presentasioniah
Reportiah
Finali Testiah

Meh come to mammah meh
Mammah nak sayang sayang sikit
Biar rapat dengan mammah selalu
Biar jadi rajin nak menjaga kamu semua

Ikhlas dari hati,
Mammah Ploso

bai.
p/s: Mammah bermaksud Mama. Ploso bermaksud pomaleh.sekian.


Friday 15 February 2013

Trick Art Museum, i-City Shah Alam

hai ;)

Semalam saya dengan kawan-kawan pergi jelajah i-city shah alam. sekarang ni dah macam amusement park dah. tapi belum banyak lagi barang-barangnya. rasanya di masa akan datang nanti, mesti dah makin banyak, macam universal studio lah kot. hihi
masa mula-mula dulu hanya ada lampu sahaja. makin canggih dah. seronok main dekat sini. then, kami singgah dekat Trick Art Museum. kat sini kiranya ada gambar-gambar 3D lah. seronok! kalau ada imaginasi tinggi mesti macam-macam cara kita boleh ambil gambar. kalau pakai kamera yang canggih tu, mesti gambar lagi nampak clear. maaflah kamera saya ni, biasa punya sahaja so feel nya tu kurang sikit. so kalian tengok jela gambar-gambar kat bawah ni ek :)



Selamat datang ke sini! :D
peace yoo.. hehe


Mereka yang bersama saya
Ecah, Saya, Shikin, Madi, Syaza, Ng, Wana


Tolak batu pun nak senyum. tah kenapa asal pandang kamera je senyum. tak kena gaya langsung =='










Ding! pecahkan frame ni! 



Collect duit banyak-banyak sikit, boleh buat tambang pergi ke sini lagi. kehkeh





Ada banyak lagi gambar dan lukisan. kalau nak tengok lebih kenalah datang sendiri. baru syiok kan?! :)
Oh lupa saya nak bagitahu, nak masuk museum ni kena bayar rm5.00 seorang. Hujung-hujung minggu ni bolehlah bawak family atau kawan-kawan datang. teroka sama-sama! Seronok! tak tipu punya ;)

bai.
p/s : psst psst, nak minta tolong boleh? saya ada assignment yang memerlukan like dari kalian. just like aje, jangan risau, kami takkan ganggu facebook kalian. kami hanya nak mengumpul like dan akan ditunjuk waktu viva presentation kami nanti. harap kalian membantu ye. jangan risau, bila dah habis presentation, facebook page ini akan ditutup. Klik sini untuk membantu. Sumbangan like anda amatlah saya dan ahli group hargai :D


Monday 11 February 2013

HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE

hai ;)

saya join segmen lagi. kali ni giveaway pulak.
tq awak yang tag kita ni :)



tarikh tamat pada 9/3/2013

siapa saya nak tag ye?
haaa... awak! awak yang tengah baca tu. saya tag awak eh.
siapa suruh awak baca.. hihihi 

bai.
p/s : nanti saya nak buat satu jualan, siapa tahu gamis tu apa? haa.. bagi yang tak tahu tunggu entry pasal gamis nanti ek. murah-murah je :D

Segmen Random oleh Honey Yeo

hai ;)

saya di tag oleh wieya. tq tag saya. dah lama saya tak join segmen-segmen macam ni. hehe..




Dia minta saya tag 3 orang sahaja, tapi dekat sini saya taknak tag 3
tapi saya nak tag semua yang datang menjengah ke blog saya. hehehe
selamat bersegmen semua!
hadiah-hadiahnya menarik tau :)

bai.


Sunday 3 February 2013

Cerita blog bvlgarigirl yang sebenar

hai ;)

Dulu saya pernah buat review pasal blog bvlgarigirl ni. Memang ramai gila yang kata blog ni macam fairytale sebab jalan cerita hidupnya yang manis-manis belaka. Pengunaan ayat dia pun memang macam dalam novel. saya dah separuh baca kisah hidup dia ni, tetiba heboh pasal cerita sebenar blog ni. klik sini untuk baca.

Saya sebenarnya sedih. rasanya tak salah dia nak buat macam mana pun jalan cerita hidup dia. blog masing-masing kan? kalau nak baca, baca sajalah. kalau taknak baca, tak usah baca. kalau betul pun dia tipu, saya nak tahu juga pengakhiran kisah cinta dia dengan orang kadazan tu (kevin). adakah kevin tu akan masuk islam dan berkahwin dengan dia? adakah mereka akan bahagia? saya tak kisah pun kalau dia tak pakai gambar dia sendiri. yang pasal clara tu pun takpe kalau dia reka cerita sebab dekat situ saya nampak betapa prihatinnya dia menjaga seorang budak kecil. lagipun dia pandai masak. banyak menu dia share dalam blog dia. kalau pasal dia nak berniaga online pun bagi saya tak salah. kawan saya  pun ada 2 3 blog khas untuk dia berniaga sahaja. itu adalah cara masing-masing macam mana nak berniaga.

Tapi sayang, blog dia dah privatekan. tak dapat lagi saya nak baca kisah hidup dia yang best tu. saya rasa saya tahu kenapa dia privatekan blog dia, sebab dia taknak kena kondem yang melampau. dulu saya ada terbaca komen-komen anon yang singgah dekat blog dia. memang dia kena hentam teruk-teruk. dia pernah privatekan dulu blog dia tu, tapi dia on semula sebab atas permintaan pembaca-pembaca setia blog dia. tapi sekarang dia privatekan balik :(

Kepada blog bvlgarigirl. biarlah orang nak berkata apa pun. awak teruskan la penulisan awak tu, saya nak tahu pengakhiran jalan cerita cinta awak tu. saya tak kisah pun kalau tulisan awak macam novel ke apa ke. saya suka gaya tulisan awak, lain dari yang lain. janganlah privatekan blog ye. huhu

bai.
p/s : ingatkan dekat youtube sahaja yang selalu kena kondem, rupanya dekat blog pun ada. huhu


Sunday 20 January 2013

Bacaan doa selepas azan

hai ;)


Maksudnya : Ya Allah, wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. 





-----------------------------------------------------------------

Sebenarnya saya ni dah lama nak cari doa lepas azan ni, saya selalu rasa saya baca salah sebab dari kecik saya dengar dari orang baca sahaja.then ikut-ikut macam gitu.  tapi tak tahu sebutan dengan tajwid yang sebenarnya. dah tua bangka macam ni baru terhegeh-hegeh nak cari dan betulkan bacaan. apelah~

So, mari sama-sama kita amalkan dengan sebutan yang betul eh. setiap hari 5 kali je kita baca. eh tapi kalau saya mesti 4 kali sebab subuh saya selalu pukul 6.45. tak sempat nak dengar azan.. teehee :p

oh, doa lepas azan ini juga boleh dibaca untuk doa lepas iqamah juga.

bai.
p/s : esaimen dan test sudah mula menjelma. saya perlukan semangat! yeah semangat!.. semangat  yang anda berikan amatlah saya hargai :)
terima kasih.. heee 


Friday 18 January 2013

What i feel like saying..... #6

Hai ;)


No butthurt okeh :)

Peringatan KERAS untuk diri sendiri. Selalu sangat memualkan orang sekeliling :'(
Sebelum menegur, baik tengok diri sendiri dulu. Kang tak pasal-pasal kena mengata semula. 
*sakit betul hati bila terkena kat batang hidung sendiri. tapi padanlah muka kan*

baru beberapa hari tak update blog, dah rasa macam bertahun-tahun! O.o'


bai.
p/s : Teringin nak tegur/ajak orang yang jarang menegakkan tiang agama, tapi diri sendiri pun selalu culas :(
Ya Allah, sentiasalah pelihara hati ini, jangan pesongkan ia. amin.



Saturday 12 January 2013

Macam mana nak tau rebat dapat atau tak

Hai, 

Selalunya bila lepas je apply, dia akan terus hantar kata PERMOHONAN BERJAYA dan boleh terus print. dan boleh terus ikut arahan dekat gambar bawah ni. mudahkan? :)



klik untuk gambar lebih jelas.

Selamat berembat smarphone bagi yang boleh apply. yang tak boleh tu tak mengapa, boleh pakai duit sendiri. hehehe

oh ye. tempoh untuk rebat selepas permohonan berjaya hanya SEBULAN SAHAJA. dalam masa sebulan tulah awak kena beli smartphone. kalau tak, nak apply semula kena tunggu dua bulan kemudian. kira bagi peluang dekat orang lain pulak lah kan.. em saya dah apply, dah berjaya dah pun tapi duit tambahan pulak yang takde. maknanya saya kena apply dua bulan kemudianlah nampaknya. sob. :(

bai.
p/s : sekarang ni setiap petang saya main rounders. siapa pernah main rounders? :D