hai,
Mekdota adalah nama group hot n cool yang gila gambar dan paling awesome!
Mekdota berasal dari nama kedai ayam goreng McDota (kedai ni serupa KFC)
Kebetulan kami berjalan-jalan, lalu tersinggah di sesuatu tempat yang kami rasa sangat cantik untuk photoshoot. bila dah puas bergambar terus ternampak kedai apa di situ lalu officially jadi nama group kami :)
Maka terjadilah Mekdota..
Dibintangi oleh :
Meet me Sanarus aka Sayidah Nafisah Ruslan :)
Paling kecik berketinggian 147cm.
Paling tua berumur 22 tahun.
Kelebihan/keburukan : tak dapat dikenal pasti. kena tanya 4 orang di bawah ini.. hehe
Rapukin aka Raja Putri Ashikin
Beranak mata coklat, punya lesung pipit. Paling kelakar dalam group kami. setiap tulisannya, setiap katanya, setiap perbuatannya, setiap gagapnya membuat kami tak henti gelak sampai sekarang..
Orang kata susut, dikatanya susuk
orang kata rambang mata, dikatanya lambang mata
orang eja helmet, dieja nya helmah
*ketawa kecil*
Nasib baik setiap kata-katanya itu kami fahami
Jangan marah ea sayang. kamu pengubat hati duka lara kami *love love*
Nushamal aka Nurul Shazwana Malek
Paling pandai diantara kami, paling suka buat idea last minute. yang penting semua idea last minute tu menjadi! contoh kata nak pergi melaka, terus call sewa kereta dan pergi.siap tinggal kat hotel lagi.. taktau kenapa kami boleh terikut sekali.
Shahas aka Siti Aisyah Noor Hashim
Beliau sangat speacial.
mempunyai kekuatan seperti lelaki, suara seperti lelaki, boleh menyanyi lagu Awie dan Faizal Tahir dengan baik dan kagum
Tapi beliau berhati tisu.. comelkan? :)
Mimas aka Miratun Madihah Saharudin
atau lebih dikenali dengan Robot Comel
Yeah, kami U-mate, Classmate, Groupmate, makan-mate, borak-mate
Seorang blur dan gagap yang awesome! tidak kedekut airmata. setiap yang dirasanya perlu menangis, mesti akan menangis. kami pun turut sama menangis sebab tengok dia menangis :')
Yeah i know, im the cute one -_-'
Paling kecik. dekat kampus semua orang panggil saya kecik.
Macam mana lah saya nak tinggi??
cuba panggil tinggi, 40 kali lebih panggil, mesti betul-betul tinggi..ehe.
- Kami pernah tunggu hampir sejam untuk tunggu Hanis Zalikha lalu tempat biasa dia lalu untuk bergambar. sayalah yang paling eksaited. terima kasih korang! *Hanis Zalikha bekas student UiTM Segamat, Johor.
- Kami pernah tak berduit tapi Ashikin yang menjadi kewangan utama kami. Terima kasih kawan!
- Kami digeruni, itu tak tahu kenapa.
- Kami tempat mendengar pelbagai masalah, dan cuba mencari jalan bersama Mama. Mama classmate kami yang umpama ibu.
Paling penting, saya rindu mereka ni. Tersangat rindu. Rindu teramat-amat! susah nak tulis and perjelaskan kat sini..
Tak lupa juga Classmate saya yang lain. mereka sentiasa di hati saya. :)
bai.
p/s : ini entry rindu sebenarnya. Tengok gambar2 lama pun masih tak boleh nak ubatkan rindu ni.. Palling susah nak berkomunikasi dengan shazwana and aisyah. tak sabar nak jumpa mereka sabtu atau ahad minggu depan :')