Friday 28 June 2013

Bagus betul nuffnang ni

hai,

Time orang memang tak rajin update, banyak pula iklan yang dia bagi. lepastu tak dapatlah kita nak menabung duit kat situ. geraknya pun sikit-sikit je. sabar jela.

oklah. saya nak bagitau tu je.. kekeke

bai.

Sunday 16 June 2013

11 soalan dari Pais

Hai,

Dan-dan je kita kena tag, kita saja komen kata macam nak buat tapi takde masa. terus si pais ni tag kita. soalan pun boleh tahan. tapi bolehkan kalau kita taknak tag orang lain? hehehe

Dan ini dia 11 soalan dari pais. mari kita mulakan dengan bismillah..

1. suka warna apa? why? (5 markah)

Of course pink. kenalah dengan jiwa perempuan kan. tapi saya banyak baju, tudung, seluar warna hitam. konpius juga ni, hitam ke pink eh? agagaga

2. kalau dapat anak, nak letak nama apa? 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. (4 markah)

Perempuan, saya nak mula dengan nama intan. suka sangat nama ni. tak tahulah kenapa. macam comel-comel je. hahaha. Lelaki pulak em tak fikir, rasa nak anak perempuan je. boleh ke macam tu? kikiki.. er yang penting mula dengan muhammad.

3. jika tetiba dapat duit RM 9.5 billion, berikan SATU benda yang  pertama sekali yang akan dibeli.  (2 markah)

Beli rumah siap dengan segala perabot dan kereta yang tahan lama yang comel. sesuai untuk orang kecik macam saya.. balance buat kenduri kahwin. hahaha

4. ciri-ciri pasangan idaman/ideal? (10 markah)

TIDAK MEROKOK. tak handsome takpe, tak kaya takpe, yang penting bersederhana. hormat orang, jujur dan setia. hehe

5. aktiviti masa lapang/hobi ? (5 markah)

Online.tu je yang mampu, nak tengok tv, dah setahun rosak. huhu

6. subjek yang paling suka dan paling tak suka masa kat sekolah? (6markah)

Subjek ye? belajar ni saya kureng sikit, tapi kalau cikgu saya sukalah. saya suka cikgu matematik sebab dia kelakar. kikiki. cikgu yang tak suka, haruslah cikgu yang garang yang suka baling duster kat saya, nak tidur sebentar dalam kelas pun tak boleh.. kedekut betul..hmm *eh, macam lari je soalan dia*

7.  makanan kegemaran? (4 markah)

Segala jenis sup. memang feveret.

8. siapakah yang paling disanjungi/dijadikan inspirasi? (5markah)

Ramai sangatlah. kebanyakannya akan berubah-rubah mengikut mood masa tu. hahaha

9. suka makan ubat tak? (4 markah)

Haruslah tak suka, tapi kita paling suka makan ubat Homeopathy. pais pernah dengar tak? hehe

10. kartun/anime yang paling suka dan berikan watak yang paling disukai dalam kartun/anime tersebut. kalau tak suka, berikan sebab kenapa. (5 markah)

Minion-minion dari cerita Despicable Me. comel sangat. nak cubit-cubit je rasa.

11. ceritakan sikit antara pengalaman manis yang ada sepanjang hidup.. (10 markah)


Banyak sangat sampai nak ingat salah satu pun susah.. huhu


Ok, dah habis 11 soalan. ala kita takde idea nak buat soalan lain. siapa rasa nak jawab soalan-soalan ni, boleh pergi ke blog pais ni. hehehe

bai. 

oh sebelum tu, kita nak ucapkan selamat hari ayah kepada abi tersayang. Moga Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang baik dari abi. Ya Allah, berikan kesihatan yang sempurna buat abi, saya sangat sayangkan abi wahai Allah. 



Thursday 13 June 2013

Apa saya buat sekarang ni?

Hai,

Lama tak berjumpa kan?
Semua sihat? Saya? Sihat terlebih-lebih. heee tapi menten kurus. gagaga

Ok, apa saya buat sekarang ni? tu yang kat bawah tu. haaa
Saya jadi ahli keluarga GIANT sekarang ni. bukan giant nobita tu tapi giant shopping mall. hehe

Kerja sementara dulu sebelum mendapat kerja yang lebih baik dan sesuai dengan saya, kalau boleh biar sama dengan apa yang saya belajar dekat UiTM Segamat dulu. tapi saya suka kerja ni. rasa sayang nak tinggal. huhu.

Takpelah. Kerja saja dulu. nanti kalau dapat tawaran yang lebih baik, kita pergi jela kan. heee


13hb ni, genaplah saya kerja sebulan di Giant ni. :)

bai.
p/s : kalau ternampak saya dekat Giant tu, tegur-tegurlah saya. heeee :D