Monday 12 January 2015

Kerja part time semasa cuti sem

Hai,

Hari rabu haritu saya dah mula kerja di kedai beg, hari pertama dekat Seremban aje. Esok dan hari seterusnya saya dihantar ke Nilai 3 untuk jaga kedai cawangan dekat sana.

Masa mula saya kerja tu, bos saya memang sporting habis! saya punya laa respek dekat dia sebab dia pandai ambil hati pekerja, tapi dah beberapa hari saya kerja, dia macam suka condemn agama Islam. Dia cina dan agama Buddha. Banyak betul pertanyaan dia pasal Islam. Tapi dia selalu nak cover diri dia, dia terus kata dia bukan anti-Islam, dia cuma nak ingatkan aje.. ceh dan-dan.. hmm.. Ikut pengetahuan saya, bos saya ni sebenarnya tau Islam ni macam mana, dia cuma nak tengok macam mana saya jawab soalan yang dia tanya tu. Saya ni kalau bab-bab agama mana laa tau sangat. Rasa macam rugi pulak tak belajar dalam-dalam pasal Islam, saya sendiri orang Islam pun saya tak tau sangat apa itu Islam. Dan apa yang saya tengok pasal bos saya ni, dia pandai putar belit cerita, last-last nanti kita tak dapat nak jawap dengan apa yang ditanya.. kira macam dalam sesuatu perdebatan tu, dia menang laa sebab saya tak dapat jawab soalan dia. Tapi dia tanya orang yang salah, orang yang tak cukup ilmu, saya selalunya malas nak layan. Dengarkan dan iye kan aje apa yang dia cakap tu, sebab dia jenis nak menang jee.. Haih.

Nasib baik laa kerja sebulan aje. cepat laa lagi 2 minggu habis. Tak larat dah saya nak dengar pasal perdebatan agama-agama ni. Saya bukannya mahir sangat pun.. huhu


okey, belanja selfie gedik sikitttttt.. hewhewhew

Till next time baby,
bai 

Tuesday 6 January 2015

Misi mencari kerja part time

Hai,

Tepat je hari ahad lepas (4/1/2015) Habis sudah paper untuk degree sem 3 saya. I mean saya seorang. Ada je lagi paper untuk student lain yang tak habis. Padan muka.. Selamat laa korang study sampai lebam.. bahahaha

Okeh, untuk mengisi masa lapang sewaktu dengannya, eh eh bukan.. demi mengisi masa lapang yang terluang semasa cuti semester ni, amboi ayat tak menahan.. mihmih. Ok, isnin lepas saya dah gegila mencari kerja part time, ke satu kedai ke satu kedai yang lain saya mencari dan akhirnya saya jumpa kedai jual beg. ok. Saya pun try masuk dan tanya. Dan harini, saya sudah interview lalu saya dapat kerja. Esok boleh mula. yey! hmm

Bila fikir balik macam malas je nak kerja tapi hmm kang takde duit pulak nak enjoy untuk sem depan. hoih. eh eh saya kumpul duit nak kahwin ni. ehem ehem.. umur guwe sudah dua puluh lima dong. Perempuan mana boleh kahwin lelambat kang mulalah ada yang kata andartu la andalusia laa, malas mak nak dengar nok..


Keluar bersama teman wanita ni, Ema Rona namanya. Saya yang menambah nama rona tu.. mihmih

Okeh, disebabkan esok dah boleh mula kerja, saya seharusnya! pergh semangat. Harus kerja dengan bersungguh-sungguh walaupun gaji tak seberapa. Tapi boleh laa. awak tu kerja untuk sebulan aje, mengada nak demand gaji memahal, jaga kedai beg aje. hmm hmm *tetibe emo, pehal tah*

Till next time baby,
bai.

Friday 2 January 2015

Dip n Dip, Sunway Pyramid

Hai,

Amboi berjalan sakan harini, Tak sedar yang hari ahad ni ada exam. Gila jalan betul. Konon-konon nak keluar tak sampai malam. Last-last pukul 8,30 malam juga baru sampai rumah. Amboi sangat. Bila nak start study pun tak tau la ni..

Sambil jalan-jalan tadi, terserempak pulak dengan dip n dip. Ok, bagi saya, memang sedap laa makanannya tapi agak mahal. Err memang mahal sebenarnya. Sekali sekala nak makan boleh laa. Tadi pun makan 2 makanan (dah lupa namanya) dengan 3 air mineral dah rm54.45. Nasib baik makan 4 orang.. Boleh laa share duit sikit-sikit sorang..

Lokasi yang saya makan ni terletak di Sunway Pyramid, tingkat LG2 kedai no 83. (LG2.83)


omnomnomnomnom


Aaaaaa pipi tu kenapa macam gemmsss sangat?? :'((((

Ok nampaknya saya sudah tahu apa azam saya tahun ni. Perempuan ni biasalah, dah biasa kurus, and then bila tiba-tiba gemmss, mula laa meroyan tak tentu pasal. Macam saya ni laa :'(

Hmm dah laa, nak pergi kurus kejap.

Till next time baby,
bai.

Everybody Loves Me

Hai,
2 pages of 365

Awal-awal tahun saya dah buat hal. Niat dan azam dihati nak jadi Muslimah.. Hmm muslimah laa sangat. Hari pertama 2015 je saya dah post gambar nampak leher dekat instagram. Habis semua orang tegur. Tapi nampak laa ramai yang sayang saya.. Saya sayang semua yang menegur saya. Kira macam ingat-mengingati la ni.. Bagusnya ada kawan macam nieeee... Tapi nasib baik saya dapat terima teguran.. Kalau ada setengah orang mesti dah marah-marah kan?

Apalah nak jadi, awal tahun je dah memberi impak negative pada diri sendiri. Padan muka.. :(

Hmm, okay laa.. Saya ni ada exam hari ahad ni, nak study kejap. Semoga apa yang saya dengan kawan-kawan study dapat laa masuk dalam otak tu.. Amin..

Saya nak belanja selfie tahun baru sikit.. hihi



Sebenarnya nak tayang sweater baru tu je.. mihmihmih

Till next time baby,
bai.