Tuesday, 30 April 2013

The most beautiful snake on earth

hai ;)

meet me Atheris Squamigera!


Enjoy your day!

bai.


Monday, 29 April 2013

URGENT! - Kerja kosong di Parkson Seremban Parade

hai ;)

Perhatian! perhatian!

Ada satu kerja kosong di parkson seremban parade (depan ktm). boleh buat part time and full time. kalau boleh nak dalam minggu ni. tq.

Urgent tau ni.

kalau ada kawan-kawan yang nak kerja pun boleh. please sebarkan.

nak tahu lebih pasal gaji or pape.. please straight email kat saya di belogkayangan@gmail.com

Tq ye semua :)

bai.

urgent tau.



Sunday, 28 April 2013

Something about me

Hai ;)

This is what happen to me when i see my crush.. ouh~
haha


9gag is the best place to lepak when you get boring and nothing to do -_-'

bai.


Sunday, 21 April 2013

24 perkara jangan dilakukan

hai ;)

punyalah tak tahu nak update apa, tengok2 sekeliling rumah ternampak satu banner yang berguna. jadi terasa nak kongsi. mari baca semua :)

saya tahu, kalau tengok benda panjang-panjang macam gini mesti orang malas nak baca kan? dan komennya mesti nice sharing, tq for the information and so on. yang itu tahu sangat tak membaca. tapi kalau boleh ambillah masa untuk membaca, tak baca semua, sikit-sikit pun takpelah. dapat juga ilmu kan? eh saya tak paksa. taknak baca pun takpe. chill! :D


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. ia tidak disukai Allah swt.
  2. Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang digunakan tidak berbasuh. makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  6. Jangan makan tanpa baca BISMILLAH dan doa makan. nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata meliar di perjalanan. nanti hati gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat rakan taulan. nanti rosak silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada Allah dalam setiap kerja. nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa --- yang ini memang saya kena elakkan.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah swt.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. akhirat lebih utama, kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama pemakainya (dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kepada Allah).
  24. Jangan pertikaikan kenapa Islam berkata Jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah swt itu lebih mengetahui. 

bai.
p/s : bosan teramat dengan ketiadaan duit memang sangat menyiksakan.

Sunday, 14 April 2013

DIY - Tshirt lama jadi cardigan

Hai ;)

Siapa ada baju-baju lama yang tak pakai tu, bolehlah try buat sesuatu untuk baju tu.. nak buang sayang, nak bagi kat orang pun kadang-kadang sayang jugak kan? so boleh jadikan cardigan.

eh macam mana nak buat tu?

Senang je, benda yang diperlukan gunting + baju lama.
Okeh, ce tengok video ni.



nak cepat tengok ke minit 0:40
See! senang je kan?



ok ini saya punya :)
saya tak potong collar pun sebab saya punya V neck. so saya potong tengah terus.
Baju ni dah kecik and tak muat nak pakai lagi. color dia cantik sangat, sayang saya nak kasi orang atau buang, so saya jadikan cardigan. mudahkan? oh kalau tak nak nampak buruk kesan gunting tu, bolehlah jahit sikit. tapi itu semua usaha sendiri lah ye.

Sesiapa rasa sayang yang teramat dengan baju lama tu, memang tak boleh nak buat apalah kan. simpan jela sampai berhabuk dan berkurap.. kekeke

Selamat bergunting! :D

bai.

Saturday, 13 April 2013

Freedom

Hai ;)


Now its time to freedom!!! iyahu! Rasa seronok gila bila dah habis final exam, dan insha allah kalau ada rezeki nak grad on time teruih. Ya Allah moga tiada satu pun paper yang bakal aku repeat. amin. oh dengan kawan-kawan ku sekali. aaminn~

Tuhan tolonggg~ lembutkan hati pemeriksa.. ehem ehem 

So, lepas ni memang tiba masanya untuk hidup diluar sangkar. mencari rezeki sendiri untuk terus hidup. penuh dugaan dan cabaran namun kita seharusnya menghadapinya dengan penuh tabah! *nada penuh semangat*

Oh takutnya bila fikir nak kerja, ada ke orang yang nak ambil saya bekerja ek? saya ni kuat bekerja, kalau dah mula kerja memang sayang nak berhenti tapi penyakit M saya tetap ada. well, semua orang pun ada penyakit M kan? hihi

Haritu ada offer kerja dekat dalam Giant, bukan sebagai promoter, bukan sebagai cashier, bukan sebagai supervisor.. no no no, tapi kerja dalam officenya, tak tahu lah kerja macam mana tapi akak tu kata kerja bahagian IT, IT macam mana? haa yang tu kita tak tahu. kita try pergi tanya isnin nanti ea. doakan saya ye kawan-kawan :)

Oh mengenangkan perpisahan terakhir dengan kawan-kawan masa last exam pagi tadi, memang sangat mengayat hati. menangis bak dalam cerita bersamamu. sedih kemain. tapi saya tetap cover macho, tak mahu menangis, perlulah control supaya nampak tabah kan. tapi dalam hati, Allah je tahu betapa meraungnya saya menangis :(

Semoga kita ketemu lagi ye kawan-kawan. pasti semuanya akan sambung ke degree, tapi saya mungkin akan menyusul kemudian kerana family lebih memerlukan saya untuk menguruskan perihal kewangan keluarga. susah juga bila ada adik beradik ramai ni, semua nak kena bayar. kalau duit senang kutip macam daun gugur kan best. hmmm

okeh semua! semoga semuanya terus usaha hingga mencapai cita-cita! Muah semua kawan-kawan! 27.12.2010 - 13.04.2013 banyak kenangan kita bersama, moga kekal abadi yang indah-indah. yang pahit-pahit jangan dikenang tapi jadikan pengajaran ;)


Aceli tak cukup korum ni, nanti kita cukupkan ye. Sayang Ecah takde.. huhu


bai.

Saya sebenarnya ada buat sedikit video tapi cannot upload pulak. sedih mak. *cembeng*

Tuesday, 2 April 2013

Lawak ke der 2

hai ;)


Saya nak tengok dekat istana budaya dah tak sempat, nak tengok dekat pawagam, takde masa pulak. so akhirnya keluar juga cerita ni dekat youtube. maka dapatlah saya tengok walaupun broadband saya dah semput-semput. hihi

ok, bagi saya not badlah. bolehlah buat saya ketawa. boboy, kurang menyengat sikit, nabil pun sama, jozan macam biasalah tak pernah buat saya kecewa dan Harith Iskander is the best! pakej sungguh lawak yang dia buat, sekali dengan mimik muka. kemain comel! dah lah bulat-bulat macam gitu.. mihmih

tapi dalam banyak-banyak lawak tu, saya paling ingat yang harith iskander punya, katanya "When woman say NOTHING, it means EVERYTHING" yeah.. memang betul pun apa yang dia cakap. lelaki ni kadang-kadang tak faham perempuan kan. macam contoh yang dia bagi lah. diorang jalan-jalan dekat shopping mall then terserempak dengan ex-girlfriend, yang si girlfriend ni dah mula rasa tak best kan, then teruslah buat muka, bila si boyfriend tanya kenapa? girlfriend kata, nothing. so yang si boyfriend ni pun fikirlah yang memang tak ada apa-apa, padahal yang nothing tulah membawa maksud segala-galanya. marah, geram, apesal tak pernah bagitahu, apesal itu, apesal ini. haaa.. itulah realiti perempuan.

dulu pun saya pernah macam gitu. bila ada sesuatu yang saya tak suka terjadi, si dia tanya, kenapa ni? and then saya kata, takde apa-apa lah *sambil senyum buat-buat* dalam hati saya, dia ni tak nampak ke perubahan muka aku? ish dia ni. buat-buat tak faham pulak. and then, sampailah ke sudah saya merajuk lepastu baik sendiri. sebenarnya senang aje. pujuk aje, cerita perkara sebenar and puji-pujilah sikit then baiklah hati tu. kan? :) itu saya lah.. orang lain saya tak tahu.. hehe

so far, jozan tetap the best. dengan gedik-gedik zizan tu. dengan muka johan yang hodoh ketika membetulkan tudung tu, memang buat saya ketawa aje. alaa.. kalian tengoklah sekali, baru tahu apa yang saya ceritakan ni.. huhu. ape? nak tengok juga? cari sendiri link nye dekat Youtube. hehehe
saya nak masukkan link dekat sini tapi tah kenapa youtube saya hang aje tiap kali buka, tak tahu nak buat macam mana. takpe, kalian taip je lawak ke der 2. mesti ade keluar punya nanti. hehe.. kalau takde saya minta maaf dulu eh, takut dah tak boleh tengok.. huhu

oklah selamat menonton! :)
have a nice day kalian semua! ;)

bai.