Thursday 31 May 2012

Bloglist Bulan Jun 2012

hai,

Easy.

Letakkan link blog anda di ruangan komen.

Done.

Insya Allah akan ditukar setiap bulan, siapa rasa dia nak stay dalam bloglist saya setiap bulan, pastikan kalian letak link blog kalian diruangan komen bila saya publish entry macam ni lagi.

Hanya sehari sahaja berlangsung.
Jangan risau, siapa yang tak sempat tu, boleh try untuk bulan depan.. teehee.

bai.
p/s : Saya suka sangat blogwalking sampaikan saya tak tahu nak tengok blog siapa lagi. so saya fikir dengan cara ni saya boleh blogwalking dengan senang. hehe

Update : dah tamat.

Wednesday 30 May 2012

Barbie hidup yang sangat cantik

hai,

Yea, setiap anak perempuan mesti ada anak patung masing2 kan..
Macam saya, saya minat patung Barbie. Saya tak minat patungnya tapi minat baju2 dengan aksesori.. hehe

ok.

Tadi saya jalan2 dekat youtube ternampak seorang perempuan cantik. Gila cantik. Macam barbie. Then yes, dia memang femes sebab wajah nya macam barbie. Baju dia semua cantik2.
Dia lahir dekat USA tapi tinggal dekat Japan so dia boleh cakap dua2 bahasa tu. Umur dia baru 16 tahun..


hey barbie! ops Dakotalah..







yang ni tak macam barbie sangat.. ehe




dia memang suka buat tutorial dekat youtube. cantik2 belaka! :D


Sama kan?



Dia memang cantik serupa itu patung barbie.

Cantikkan? Saya memang suka tengok orang cantik2 ni :)

Nak tengok lebih dekat dia punya profile? boleh pergi :

Blog : Kotakoti.com (kat sini ada lagi banyak gambar2 serupa barbie yang sangat cantik)
Youtube : Dakotakoti (dia memang suka buat tutorial hair style dengan make up)
Twitter : Dakotakoti (Jom follow untuk tengok perkembangan dia)

bai.
p/s : siapa kata dia tak cantik, dia salah. setiap orang ada kecantikan masing2. mungkin bukan dari segi fizikalnya tapi dalamannya.. cantik hati budi, cantik budi bahasa.. budi setahun segunung intan.. eh?? itu lagu feveret saya.. ngee ;D

Friday 25 May 2012

Jeans berkualiti dengan harga murah

hai,

Saya tercari-cari nak seluar jeans baru. nak yang cantik dimata, selesa dipakai dan berkualiti. Then, mata saya terpandang ini. saya pun macam eh? ade diskaun? harganya memang mahal gila  sampai rm400-500 tapi bila dah di diskaunkan ia menjadi murah.


warna putih ni cun kan?
banyak lagi kat sini

Saya ingin beli satu nanti. :)
cepat2 grab ya.. harga ni tamat pada 1 june. masih sempat lagi ni..hehe

bai.
p/s : dah lama usha seluar dekat romp tapi tak beli2 lagi, asyik takde peluang je -_-

Thursday 24 May 2012

What i feel like saying..... #4

hai,


bai.
nowplaying : Boyfriend by Justin Bieber

Tuesday 22 May 2012

Mari berchatting dengan saya! ^^

hai,


Saya dah ada ini :D
tengok tu.. gedik kan? siap ada testing-testing lagi..

Sebenarnya kewujudan formspring ni dah lama tapi disebabkan takde geng so terbengkalailah ia.. So kali ni, saya bawakan ia ke dalam blog saya!

Formspring sudah baru meh. Dah lama gila saya tak buka benda alah ni. bila buka je terus rasa wow! santek betull nih.. hehe

Jadinya, kalian boleh lah tanya saya apa-apa saja soalan.. Soalan berbaur kotor saya takkan jawap.. ulang sekali lagi.. Soalan berbaur kotor saya takkan jawap.. hee. Amaran keras ni.

Agak-agak kalau kalian nak tinggalkan jejak kat situ pun boleh kot tapi sertakan kalian punya link blog eh.. ngee :D

oh! kalau siapa-siapa takde akaun formspring, boleh log in pakai fb.. senang kan? :)

bai.

p/s : minggu depan saya dah berhenti kerja sebagai promoter. bersambung pula sebagai student. Rindu zaman belajar, rindu sama kawan-kawan, rindu semua yang ada di UiTM Segamat, Johor.. :')

Sunday 20 May 2012

Selamat Pengantin Baru kakakku, Ros Farina

hai,

12 Mei 2012..
Telah berlangsungnya pernikahan kakak saya. Ini kira melangkah bendullah sebab saya ada lagi 2 abang yang belum berkahwin. tapi lelaki takpe kan kalau kahwin lambat, yang perempuan ni tak boleh lambat2, susah pulak nak beranak nanti..hehe


Sebelum akad nikah
Cantikkan kakak saya :)


Kemain cuak lagi..
tok imam : "saya ada soalan nak tanya awak ni, tapi jangan risau, awak jawab tak jawab soalan ni, awak tetap boleh kahwin"
*bunyi drum tanda debar2*

....


....



....




...



...


Tok imam : "Awak sembahyang tak?"
Bakal pengantin : "sembahyang" *cakap sambil senyum tanda lega*

Soalan macam ni pun tok imam tanya tau.. hehehe

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sudah dapat abang ipar :)
dan kakak saya pun sudah menjadi isteri abang Farid.. Tahniah kakak! Semoga menjadi isteri yang solehah, dan menjadi ibu yang mithali untuk anak2 buah saya nanti.. hehehe


Mabruk kakak ku, Ros Farina :D


---------------------------------------------------

Dulu kecik2 selalu buli adik sebab saya lagi tinggi dari diorang.. tapi sekarang diorang dah jadi dinasour! lagi besar dan tinggi dari saya.. dan kemungkinan besar diorang akan bertambah besar dari saya lagi.. haish. nanti habis saya diorang buli balik... 



See.. how kecik am i?? -_-'
Macam pakwe makwe gitu.. ngeh ngeh ngeh..

bai.
P/s : kalian mesti ada soalan bila saya nak kahwin pulak kan? yes.. tau dah tu.. hehe..
Saya ada target saya sendiri. umur 25 tahun saya akan berkahwin. tapi saya percaya pada CINTA SELEPAS KAHWIN.. cinta sebelum kahwin dah buat saya patah hati dan takkan nak bercinta macam tu lagi..sob sob sob..

*cemburu tengok Dena Bahrin.. Saya nak jadi macam dia* :D

Soalan cepu emas,perak,berlian,permata : Siapa nak kahwin dengan saya?? :p

Friday 18 May 2012

What i feel like saying..... #3

hai,


bai.
nowplaying : Kosong oleh Najwa Latiff

Monday 14 May 2012

Jawatan kosong di Parkson, Terminal 1

hai,

Anda tengah cuti?
Tak tahu nak buat apa?
Tapi mahu duit?

Parkson ada menawarkan pelbagai jawatan kosong! :D

Bagi sesiapa yang menetap di area Seremban atau yang berdekatan dengannya, bolehlah datang interview dengan segara kerana Parkson memang sangat memerlukan pekerja seperti anda..



Jawatan yang disediakan adalah promoter :
- Part Time
- Permanent

Brand Ladies :
- Biem
- Nicole
- Bontton
- Be Girl
- Half
- Ladylike
dan banyak lagi! kebanyakannya semua bahagian pakaian wanita.

Lokasi :
- Parkson Terminal 1

Pekerja yang diperlukan :
- Wanita
- Lelaki pun boleh apply juga sebab selain bahagian pakaian wanita, mereka memerlukan pekerja lelaki juga untuk diletakkan di bahagian lain :)

Cara-cara apply :
- Pergi bahagian ladies, tingkat 1, terus je pergi dekat brand-brand yang dah disebut diatas tadi. Mudahkan?

Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti terindu-rindu.. alang-alang tu dapat duit sekali tuu!! hehehe..

bai.

Friday 11 May 2012

Daripada Apple, Baik Oren, Daripada Couple, Baik Kahwin.

Hai,



Saya baru je daftar ini hari ni, tak faham apa lagi sebenarnya ni.. sape sape yang tahu, meh la ajar saya! :)
Macam seronok je kat sini. Hehe..

Sori, tajuk takde kena mengena dengan entry.. hahaha

bai.

Wednesday 9 May 2012

Hari hari, hari ibu :)

hai,

Sayidah Nafisah bermaksud ketua pemimpin yang bernilai.
Masa kecil2 selalu bangga dengan nama sendiri sebab rasa tak pernah jumpa lagi orang yang nama macam saya.
bila masuk darjah 5, hamek kau sekali 4 orang nama Sayidah Nafisah. hee

Terima kasih umi abi kerana bagi nama yang begitu cantik sekali sampaikan jadi nama watak dalam cerita Tujuh Petala Cinta.. hehe

Terima kasih sudi memberikan kasih sayang yang penuh dan menatang kami adik beradik bagai minyak yang penuh..muah! :)

Kami anak2 umi abi yang mencintai mu kerana Allah akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk umi abi :)


Dulu dulu selalu kena dukung, ajarkan tatih, ajarkan mengunyah, ajarkan menyebut, ajarkan menyayangi mu, kini kita sudah sama tinggi malah lebih tinggi 3 inci.. hee.
Terima kasih umi abi..

Setiap hari pun akan sentiasa menghargai jasa jasa mu.. 
Maafkan selalu marah marah
maafkan selalu arah arah
maafkan selalu tidak menurut perintah
maafkan selalu menipu sunat
maafkan selalu tidak menolong kemas rumah dan masak masak
maafkan selalu menyusahkan
maaf yang terlalu banyak sehingga tidak dapat disenaraikan

Terima kasih melahirkan, menyusukan, membesarkan
Terima kasih yang sentiasa ada bila diperlukan
Terima kasih yang tak terhingga

Umi, 
Tak sanggup rasanya nak tinggalkan umi bila saya berkahwin nanti. nak duduk rumah sama sama dengan umi, nak jaga umi, tapi umi kata "isteri yang solehah kalau nak bau syurga kena selalu mendengar kata suami"

Umi, 
Nanti tolong jadi bidan untuk anak pertama saya eh, janji tau :D
Fyi, umi ni doktor bidan.

"Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampunilah dosa dosa kami, dosa dosa kedua ibu bapa kami, kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi kami semenjak kami kecil.. Redhakanlah hidup kami kerana Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.. Berkatilah hidup kedua ibu bapa kami Ya Allah, tempatkan mereka disyurga bersama para solihin.. Amin Ya Rabbal alamin"

Ketahuilah, saya, Sayidah Nafisah serta adik adik menyayangi umi abi setiap hari :)

bai.

Tuesday 8 May 2012

What i feel like saying..... #2

hai,


bai.
nowplaying : Sudah cukup sudah oleh Nirwana Band

Sunday 6 May 2012

Siapa ada doa tahan sakit hati?

hai,

Sesiapa yang ada harap dapat bagi.
Doa tenangkan hati pun boleh.
please.. Saya sangat memerlukan doa2 macam tu.
:'(

bai.

Saturday 5 May 2012

La tahzan ya akhi

hai,

Jangan bersedih wahai saudara (lelaki) ku..


Allah itu Maha Penyayang
Allah itu Maha Pengasih
Hati itu Allah yang punya
Cinta itu Allah yang punya

Jangan meminta pada manusia
Mintalah pada Pencipta manusia
Jangan bersedih dan berduka
Sesungguhnya Allah itu tempat mengadu domba

Setiap kejayaan akan ada kegagalan
Dari gagal itu, kita naik dan terus naik
Jangan menyerah dan putus asa
Allah bersamamu


bai.

Thursday 3 May 2012

Video Jawarab seperti yang dijanjikan

hai,

Seminggu saya dekat terengganu kerana ini video.. hampir seminggu berlatih akhirnya inilah hasilnya..


mana saya?
yang nampak silap tu, saya lah tu..
ingat main pusing2 tu senang ke? siap bertongkat dengan tangan lagi tau.. macho giler! hehe

bai.

Wednesday 2 May 2012

Cercur (Cerita Curang)

Hai,

Boy : Would you be my girlfriend?
Girl : Err.. Let me think first.. (adoi ramainya orang tengok, takkan aku nak tolak.. aku pun sayang mamat ni juga..)
Angguk angguk sambil senyum.
Boy : Thanks

Kring kring..
Girl : Kenapa tak angkat?
Boy : Hm.. Malaslah.. dia ni adik angkat.. kacau kita nak dating je..
Girl : (oh adik angkat)
*rupanya itu awek ke berapa pun tak tahu. kaver line kata adik angkat*

Facebook
Girl : ok ok demi awak saya sanggup unfriend semua kawan lelaki saya even sepupu and pakcik sedara.
Boy : (Senyum)

Girl : Hm.. kenapa kita tak boleh komen komen, tapi awak boleh?
Boy : Sorry sayang, ok saya unfriend semua perempuan ok.
Girl : (Senyum)

Boy : Hey, saya dapat kawan baru! minah salleh.. saya chatting, video cam dengan dia.. seronok sangat!
Girl : (hm.. bukan kata tak mahu friend dengan perempuan ke? ini siap video cam lagi)
Bergaduh hujung dia clash.

Boy : ok saya deactivate facebook saya.
Girl : (percaya)

Kantoi
Girl : Kenapa awak block saya di fb awak? kenapa awak tipu? Demi awak nak seronok, awak sanggup tipu saya.
Boy : (Cry) Please dont leave me sayang, saya akan berubah. saya tak akan tipu awak lagi
Girl : (kerana sayang aku maafkan)

Boy : (send friend request)
Girl : (em nak approve ke tak nak ek? hm.. approve jela walaupun hati sakit)

Girl : awak.. siapa perempuan ni?
Boy : kawan
*Komen komen kemain seronok, sweet sweet ayam macam tu dikatanya kawan)
Girl : (Awak sakiti hati saya lagi sayang)
Girl : saya sudah tidak punya hati untuk awak. berkali-kali saya ditipu dengan senang. saya dimainkan dengan mudah. awak ikat saya dengan janji. tapi awak tak ikut pun janji awak. awak biarkan saya dengan janji awak. saya menjaga hati awak kerana janji awak bagi. rupanya awak seperti bukan yang dalam janji. tapi hati saya still dengan janji awak kerana awak berJANJI nak berubah.

Girl : maaf kalau saya tidak mampu melayan awak sebaiknya kerana awak tak pernah menghargai saya dengan baik. maafkan saya.

"Perhubungan yang MULA dengan penipuan, akan berAKHIR dengan penipuan juga"
*tak sure dari mana saya dapat quote ni tapi agak seram kalau jadi macam ni*

So, what is your opinion with this story? sharing is caring.. hehe

bai.

Tuesday 1 May 2012

1st day at Parkson, Terminal 1

hai,

hey.. siapa sini orang seremban?
siapa selalu pergi Terminal 1?
hehe..

Meh la singgah kedai kita. kita jadi promoter sekejap kat situ. cari bahagian ladies, tingkat 1 kalau tak silap, brand Half. haa.. jangan nak say hi je.. belilah barang sekali. ade sale 20%, 50% dengan 70% tau! hehe..


*ini bukan parkson terminal 1, saja je letak gambar ni.. hehe*

Bermula 1 may 2012, cuti hari pekerja. Ia hari pertama yang memang penat. Taulah kan kerja promoter macam mana, kena berdiri sepanjang hari. Pergh! Penat. Sumpah penat. kaki den ni ha, dah naik longuh dah.. tumit kaki raso macam tak berpijak di bumi yang nyato.. kobeh weh.. haha.
buku lali pulak tersakit sebab pakai kasut baru beli..

Semalam bertungkus lumus pergi beli baju kemeja sekolah, tudung sekolah, dengan seluar slack semua. lengkaplah untuk menjadi pekerja promoter. Bersyukur sangat sebab dapat kenal dengan orang yang baik-baik dan mereka sangat awesome! even kita tak berapa peramah kan..tapi pekerja pekerja lain memang sangat cool! Love you all.. heee

Esok masuk syif petang, so dapat rehatkan kaki yang sakit ni. ingatkan nak cuti je tapi nampak sangat mengada kan. awal awal kerja dah nak cuti bagai. mengada betul!

hee... ok lah. nanti papehal kita update lagi :)
Btw, kerja promoter ni memang seronok, even gaji sedikit tapi bolehlah untuk orang yang tak tahu nak kerja apa kan.. Part time sebulan pun diorang terima je. so next cuti sem, mungkin boleh kerja kat sini lagi.. hehe

p/s : pekerja pekerja perempuan kat sini cun cun weh. yang handsome belum jumpa lagi..tak cari pun sebenarnya.. haha

p/s/s : im officially dah deactivate facebook and twitter.. rasa macam dah tak perlu lagi kot dengan semua tu. facebook dan twitter banyak beri kesakitan dekat saya. so better saya padamkan aje, takut jumpa benda yang menyakitkan hati saya lagi. T_T

hey, kamon.. blog saya still on lah.. boleh kontek kontek kat sini kan.. hehe

bai.