Thursday 26 May 2011

Segmen mencari 100 blog list utk dilawati

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tengah2 blogwalking tetibe BK ternampak segmen ni. nampak macam menarik :)
sesiapa yang nak join boleh la klik sini.


ok daa~

Contest : My BFF *boleh pergi bercuti

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia





Gambar tak jelas? nak tahu lebih lanjut? meh klik sini.


ok daa~


p/s: ade planning nak join nih.. nanti tolong la like gambar yang BK letak nanti ek.. haha.

Wednesday 25 May 2011

3.02

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah.. keputusan tidak menghampakan. yang penting tiada repeat dan gagal
Ia memberi semangat permulaan untuk terus belajar sehingga berjaya.

Terima kasih Allah :)

ok daa~

p/s : boleh gelakkan adik sebab dia dapat pointer lagi rendah dari BK.. gahaha

Tuesday 24 May 2011

Dup dap dup dap

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Announcement:

* Final Examination Results for Semester 2 2010/2011 will be sent through email to all students on 25th May 2011. The Final Examination Result can also be accessed beginning 9.00 am, 25th May 2011.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Engkau berikanlah kami keputusan yang bagus2 supaya kami lebih bersyukur dan bersemangat untuk meneruskan ilmu Mu Ya Allah.. amin :) 
 

 Berdebar-debarnya............ T_T

Rasa tak boleh tidur malam ni mengenangkan esok keluar result.. Semoga mendapat terbaik la esok dan harap takde repeat.. Insya Allah :)

ok daa~

p/s : kalau result bagus, BK akan teruskan usaha untuk berjaya sampai habis! kalau tak bagus pun kena berusaha jugak =.='
 

Sunday 22 May 2011

Nothing.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Yah! nothing to do. That's it. Done! 
Korang layan la nigahiga..vlogger famous seh! korang boleh klik sini. Dia memang best tahap dewa sambil tu korang boleh belajar speaking juga..


Have fun!


ok daa~

Saturday 21 May 2011

1 week more - can't wait

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hanya seminggu je lagi nak balik UiTM. Rasa sangat tak sabar kerana :

  • Nak jumpa kawan-kawan yang menggila
  • Lepak makan kat Blok i ramai-ramai
  • Bergosip
  • The best is : tak sabar nak start belajar! *konon~
Seminggu je lagi.. Seminggu je.. sabar2~

ok daa~

Friday 20 May 2011

H O L G A - very the cute one! nak 1 juga

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Holga sebuah kamera analog yang memakai filem untuk mengambil gambar. yah! walaupun kamera tak secanggih mana tapi sangat cute! 


credit pic Madi - the owner of Holga


Haa.. kan cute tu? mahu 1 juga tapi masih tak mampu lagi nak beli. nampak macam mainan kan? tapi tetap boleh ambil gambar.


Jelas terang dan nyata sama sekali yang BK sangat cemburu dengan tuan punya kamera Holga ni.
Madiha untunglah ada kamera cute~ next time bila BK dah kaya, BK pasti angkat 1. bukan setakat Holga je dengan kamera dslr pun BK angkat.. ngaa~


kau pun nak juga? ha.. klik sini boli dan meraso lah kau kemero comey tu ha *slang n9. :D


p/s : angan-angan yang pasti akan dikecapi! BERUSAHALAH!!!!!!!!!!! *nada garang..perlu ke? haha~


ok daa~

Award - suka hati BK cipta dan bagi dekat orang yang BK suka nak bagi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Cuti semester sememangnya buat BK gila! BK siap dah fikir masak-masak untuk isi borang masuk hospital gila kat hospital bahagia atau tampoi. Tapi dua-dua pun macam tak mau terima kemasukan BK ni. yela mana taknya, duduk kat rumah tak ada buat apa. BOSAN ok..(ulang suara)

Buka facebook, twitter, youtube, google sana google sini, tengok video porn maharaja lawak berkali-kali, video tutorial pakai shawl ala-ala hana tajima, cover song by maddi jane dan banyak lagi lah. semuanya tak mampu nak menghilang kan rasa bosan yang terlampau ni. adoi~~

Tapi facebook tetap juga buka *walaupun disenarai hitam bosan. Post status tah hape-hape, kawan-kawan ramai LIKE. Anehnya, terlalu ramai yang like sampai takde satu pun yang kurang dari 10 likers. Status takde la sebagus mana pun. Tetapi BK mempunyai seberapa orang yang selalu like BK punye status. Jadi BK nak la bagi Award-The most likersss on the facebook friends ni kat mereka kerana rajin dan bersusah senang like status BK kat facebook. Bukan status BK je diorang like, status orang lain juga.. diorang ni dapat gaji ke apa kerja like orang punya status ni? kalau ada kerja kosong, BK nk join~ lalala..


Gambar curi dari Google, di edit di paint

Tahniah Bk ucapkan kepada Miratun Madiha dan Shazwana Malek dan Aling dan Nurul Farahin dan Fatin Nuratiqah dan dan dan ramai lagi *malas nak tulis nama sorang-sorang.. Berapa kali dan daa~ terima kasih lah kerana mensapot, mensukai dan mensetujui apa yang di post oleh BK di facebook. :)


ok daa~


p/s : wujud ke award ni? suka hati BK la sebab BK yang cipta. kau ado? haha~

Tuesday 3 May 2011

Cerita header

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


'Cerita header' apa benda yang nak diceritakan disini ialah sekarang BK pakai header baru.


ok tamat~


















































naaaaaaaa~~~




Header lama BK - pudar dan bosan -


Header baru Bk - lebih berwarna dan tidak bosan -




Sebenarnya, BK nak cerita mengenai asal usul nama belogkayangan yang berasal dari bangunan Blok Kayangan *seperti gambar diatas.


Profile bangunan
Nama : Blok kayangan - nama diberi kerana terletaknya bangunan ini diatas bukit dan selalu berkabus selepas hujan.




Bukti kejadian kabus di blok kayangan. Abaikan tangan di sebelah itu.


Lokasi : UiTM Segamat, Johor. Berdekatan dengan padang besar dan Dewan Sri Temenggong.


Tarikh kewujudan : Lupa nak semak berapa haribulan.


Berkemungkinan besar : Bakal menjadi milik Fakulti Pengurusan Maklumat *ini digembar-gemburkan oleh student setempat. (apa? untuk budak DIIM? boleh kurus la BK macam ni) T_T


Keistimewaan : Mempunyai banyak kelas, bilik perbincangan yang kecil dan dewan kuliah yang besar. Sejuk dan menyamankan.




BK Love Belog Blok Kayangan!! Memmuah.. 


ok baru betul tamat..




ok daa~

Sunday 1 May 2011

Exam sudah habis tapi cuti pula yang membosankan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


BK tak paham la, kenapa ye time exam tu kemain lagi demam exam sampai tumbuh jerawat merata-rata tepek kat muka lepas tu boleh nampak red light jerawat tu dari jauh sehingga "heh, jangan tegur jerawat ni, nanti berjangkit kat muka kau pulak" *sigh.




Bila time exam, rasa hati ini tak sabar nak pulang ke rumah
Bila dah habis exam, menangis tersesak-sesak sehingga menetek menitik air mata tanpa henti macam air terjun dekat ledang.. T_T kerana tak mahu berpisah dengan sahabat tersayang. lagi-lagi rumet BK yang paling BK sayang! Beliau part 6, dah habis dah pun.. tak dapat nak melepak-lepak dengan beliau lagi, bergurau senda sampai merajuk tak mahu balik bilik.. hahaha.




Sekarang sudah berada di rumah. Sumpah! BK cakap, sangat bosan ok. Selalunye kalau dekat U mesti dah melepak dengan kawan-kawan yang gila dan sporting. Tapi sekarang bosan je rasanya. Rasa xsabar nak balik U semula.. Mujurlah cuti sebulan je *tu pun tak sampai sebulan rasanya.




Apa yang penting sekarang ni, BK sangat merindui kawan-kawan dan tak sabar nak pulang ke pangkuan U semula!




ok daa~