Wednesday 31 August 2011

Abang Ben Ashaari blogger otai.. tak sombong :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

tengah tengah tengok siapa follower blog BK ni, tetiba terperasan ade abang ben! *sekali lagi. ADA ABANG BEN LAH! bila masa dia jadi follower BK ek? rasanya dah lama gila kot. time awal awal BK buat blog lagi. sekarang baru perasan. teruk teruk teruk..

Terima kasih abang ben kerana sudi jadi follower blog saya yang baru nak up ni :)
saya selalu tengok blog abang ben. pernah join sekali je segmen yang abang ben buat. bukan saya tak support tapi saya tak berkesempatan nak join.. maaf ya.


bukti abang ben jadi follower..hehe

terima kasih sekali lagi abang ben :)

ok daa~
p/s : siapa kata blogger otai sombong? abang ben tak sombong pun tau.. hehe. lapchu. ngehehe..

Menjadi pelancong di negara sendiri

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

sampai sampai je aku kat KL, aku dah kompius. kat KL ke kat indoneladesh ke banglanesia ni? aku dah risau dah, sebab tertidur dalam bas tadi. cubit pipi gebu aku ni, memang tak mimpi. betul la aku kat malaysia. tapi sumpah aku cakap kau.. bapak ramai orang asing time time perayaan ni.. bersepah sepah. tak kan jumpa orang melayu kita!

dah orang kita balik kampung, diorang pulak la yang beraya di KL kan? hehe..

ok daa~

Merdeka cara aku..kau ado?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Mendeka! Mendeka! Mendeka!
time kecik kecik tak pernah faham pun maksud yang disebut ni,pakat main sebut je. hahaha.
bila dah start belajar sejarah, barulah faham asal usul nya.
"oh, Merdeka rupanya" tertukar "r" dengan "n". er..korang faham tak ek? ehe..

Merdeka dulu, bersusah payah bapa kemerdekaan berjuang bebaskan negara kita.
Merdeka sekarang, bersusah payah nak membebaskan mentaliti kita. nak kata usaha, dah banyak dah tapi kenapa ek macam tak berkesan dengan kita? *oh maybe sebab setan dah dibebaskan kot. ah kau! jangan nak salahkan setan pulak..diri sendiri tu yang kena berusaha untuk membebas kan mentaliti buruk kau tu.. amerikaa mu ni.. *berpesan pada diri sendiri juga.

Entah start bila, bila malam kemerdekaan, ramai yang 'menyambutnya' *ya Allah, memanglah. bukanlah..aku taulah orang sambut tapi? dengan cara apa? konsert kau kata. memang pun, tapi disebalik kejadian konsert tu? jangan kata kau tak nampak couple couple berasmaradana. haa, part yang ni kita belum merdeka.kita masih dijajah pemikiran untuk menyambut kemerdekaan seperti ini. tahun ni je bernasib baik sebab sekali dengan raya and baru lepas puasa. hahaha. *asal kau gelak? gila.


ok ok dah. jangan nak mengata je lebih. di kesempatan ni, dengan suka hatinya lah ingin mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54
piciu! bom kebabom! bunyi mercun bunga api warna warni

semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Peliharalah diri kita dari melakukan perkara terlarang. *psst..setan dah terlepas ni weh. diorang dah merdeka. jaga diri kau baik baik -sekali lagi pesan untuk diri sendiri juga.

ok daa~
p/s : jom tengok robot comel kat sini :)

Monday 29 August 2011

Weh setan dah datang! boikot diorang weh! pulau pulau..

Assalamualaikum semua..


Kalau diawal ramadhan dulu, mereka diikat. tetapi sekarang mereka terasa bahagia untuk bebas dari diikat.
Selepas ini agenda mereka tetap akan diteruskan iaitu "MENGAJAK KITA MASUK KE NERAKA BERSAMA MEREKA" hok aloh, amerikaa mu ni.. ;p

Jangan kita ikut mereka pula.. yela kang dah raya ada banyak makanan makanan sedap. ape lagi kan? melahap lah kita kang.. sabar sabar, jaga kesihatan anda. jangan gelojoh. jangan ambil makanan yang banyak kang membazir pastu tak habis. kan dah tak elok tu.. 

"berhentilah kamu sebelum kenyang" atau "membazir amalan syaitan"
mana pilihan anda? so, berpada-padalah ye :)

p/s : weh setan! jangan kau coba coba mengajak aku serta umat nabi muhammad yang lain bermaksiat, sesungguhnya kami akan berusaha melawan mu.. Ya Allah Engkau bimbinglah kami, tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang diredhai oleh Engkau. amin.

ok daa~

>>sedang mendengar cinta arjuna :)

Sunday 28 August 2011

100 followers

yah.. 100 followers today..

tengkiu very mush! 
selamat hari raya! :)


fisabiliabadan91

Maaf umi, anakmu terpaksa menipu

umi : baju raya ada? ...ada
umi :tudung? ..............ada
umi : kasut?................ada
umi : stokin?...............ada
umi : anak tudung?......ada
umi : mana semuanya? umi nak tengok...... hm jap ea *godek2 almari* 
umi : la.. pakai yang lama punya ke?
aku : takpe umi asalkan ada..*senyum*


hm.. sedihnya bila hari raya pun kita terpaksa menipu. maafkan anak mu ini umi. tidak terniat untuk menipu. ya aku tahu aku bukan dari golongan yang mampu membeli semua yang baru. sekadar ada boleh la. lagipun umur dah mencapai 21. rasanya dah cukup untuk merasa semua yang baru baru. terasa betapa susahnya umi nak membeli semua pakaian baru untuk anak-anaknya even duit tiada. aku jadi pelik, mana lah umi dapat semua duit tu. datang dari langit ke ape? tapi Allah maha Kuasa, umi selalu berdoa Ya Allah, ya fattah, ya ghani, ya mughni, ya basir. 

Ya Allah engkau berikan lah kekayaan dan kesenangan untuk kedua ibu bapa ku.

umi pernah kata, raya Aidilfitri ni tak sebesar raya Aidiladha. raya Aidiladha merupakan hari raya yang penuh makna yang mana menyaksikan kisah nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mengharungi dugaan yang Allah berikan pada mereka. raya aidilfitri pula mengenangkan kemenangan umat islam.

yang peliknya, orang kata raya aidiladha lagi besar dari raya aidilfitri kan? tapi kenapa raya itu tak se-havoc raya aidilfitri? jarang tengok orang dok pegi beli belah, beli semua yang baru baru.yang mereka ingat "abang, gi la masjid tu, gi ambil daging yang dah dilapah, kang tak dapat pulak kang" *beristighfar*

terdetik dalam hati, "takpelah, yang penting time raya kita saling maaf bermaafan, lupakan perkara yang tak best dan hidup dengan perkara yang terbest" :)

akhir kata :
saya Sayidah Nafisah Ruslan
ingin memohon  sebilion kemaafan kepada semua yang pernah
disakiti, dinodai, dipukuli, disepaki,ditendangi, diterajangi, diperkosai,  segala yang bermula dengan di-
samaada secara langsung atau tidak langsung
semoga hidup ini akan lebih bermakna tanpa dendam
saya sudah pun memaafkan kalian semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

p/s : jom tengok blog best ni :)
ok daa~

Saturday 27 August 2011

6 new blogs that interest me the most

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

sedang tengok tengok nuffnang punya website, terserempak dengan benda alah ni.. memang sangat menarik. kita boleh choose 6 blog yang menarik perhatian kita dan cerita kan serba sedikit tentang blog itu. tarikh tamat pada 31 ogos 2011. nak join? boleh klik sini.



ok. ini antara selalu yang BK akan buka kalau tiap kali on blog. tapi kenapa 6 je? BK ada banyak buka blog yang lain? macam mana? nak tulis lebih dari 6 boleh? hehe.. takpelah, kita ikut kehendak nuffnang ni :)



selalu buka blog ni sebab beliau selalu memberi kan pendapat dan pandangan nya sendiri mengenai apa yang terjadi di sekeliling.. gaya bahasa beliau sangat sempoi. memang tertarik siapa yang baca. orangnya pun cantik walaupun beliau selalu tak mengakuinya. hehe.. namee memang best! :)


Blogger famous ni tipulah kalau siapa yang tak kenal, nak kata blogger baru, takdelah baru tapi BK memang sangat tertarik blog cikepal ni. beliau sangat suka buat review filem yang belum keluar and yang dah ada di pawagam. kalau beliau kata best cerita tu, mesti terus nak pergi panggung wayang.. hee~ beliau juga selalu beri pendapat dan pandangannya sendiri.. sangat menarik :)


kalau nak baca cerpen cerpen yang best gila, boleh pergi ke blog ni.. cerpen beliau memang sangat tak boring dan kalau dah baca, rasa nak baca sekali lagi. sesiapa yang meminati menulis cerpen boleh baca di blog ini dan mana tahu anda boleh mendapat idea baru dari sini.and and kalau sesiapa yang tak pernah minat baca cerpen, mungkin akan minat juga lepas baca blog ni... :)


apa yang best tentang blog ni, BK sangat suka tengok gambar gambar beliau. beliau sangat comel dan cantik, memang pandai bergaya depan kamera. memang tak pernah mis kalau ade entry baru, ada saja idea beliau nak menulis. BK suka dengan header blog ni..menarik sangat :)


kat sini memang selalu update pasal percintaan. kalau ada sesiapa ada masalah cinta mungkin blog ini ada jawapannya.. Dr Love. hehe.. boleh tahan kelakar blog ni. boleh menggembirakan hati sesiapa yang membaca :)


Blog komik yang paling kelakar dialam muka bumi. pertama kali tengok sebijik macam facebook. ingatkan akaun facebook betul rupanya blog ini diedit memang sebijik macam facebook. dah la kelakar gila nak mati. kalau sesiapa yang memang tengah boring tak tahu apa nak buat. anda disarankan baca blog komik ni. sumpah kelakar :)

ok dah cukup 6.. nak tambah lagi :(
tapi apakan daya, 6 sahaja yang dibenarkan oleh nuffnang ni. kamu semua bolehlah tengok tengok di blog ini mana tahu kita boleh kongsi minat blog yang sama. boleh story mory nanti.. hehe.

ok daa~








Friday 26 August 2011

Bila si kembar ber-akustik

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

sekarang ni dah ramai penyanyi muncul tak kira secara official atau tak. ada yang solo, ber-duet dan berkumpulan. tetapi yang menarik perhatiannya disini.. pasangan ber-duet. uniknya ialah mereka adalah twins!! sekali lagi.. twins!

i love twins

penyanyi akustik yang berasal dari Malaysia ini memang sangat best suara mereka, comel dan cantik2. yang penting kembar seiras! memang tak tahu nak bezakan mana akak and adik. PERKENALKAN.... ten tereng!

Atikah dan Atirah


sekali tengok memang susah nak beza kan?

lagu "Dalam hati" merupakan lagu feveret tip top Bk sekarang ni. tak pernah muak dengar lagu ni.. ulang berjuta kali..makin sedap pulak rasanya.. diorang banyak lagu yang dicipta sendiri. 

nak kenal diorang ni? korang boleh add and tengok diorang sepuas puas nya di,
youtube : atikah1808


 

Dalam hati oleh Atikah dan Atirah


Selain Malaysia terdapat juga dari negara lain seperti yang BK nak perkenalkan ni, pasangan kembar dari Australia. Janice and Sonia. susah juga nak kenal diorang ni..



macam tengok cermin kan??

memang banyak gila lagu yang diorang dah cover ni.. diorang suka ubah ubah lagu menjadi sangat sedap.
begitu juga dengan pasangan kembar ni, kalau korang nak usha usha, meh klik sini..

facebook : JayessleeFB
youtube : Jayesslee



price tag oleh jessie j

p/s: teringin nak anak kembar.. hihi
ok daa~




Thursday 25 August 2011

GA - PERTAMA DARI CIK MAY

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

jalan jalan blogwalking, terjumpa GA cik may ni.. jom lah kita join ramai ramai..
syaratnya sangat senang :


  • Terbuka kepada blogger...
  • Kalau belum follow,sila la follow dengan penuh keikhlasan ye...Tak paksa untuk follow blog kerdil ni.
  • Tajuk entry tu adalah "GA - PERTAMA DARI CIK MAY"
  • Pastu copy gambar yang tak santek kat atas ni dalam entry yer...
  • Then, link kan gambar tu kat entry INI....
  • Karangan yang korang nak taip dalam entry tu adalah bebas...kalau tak nak letak pape entry pun tak pe..nak ucap selamat hari raye pun boleh..
  • Tag kan kat 2 orang member..nak tag lagi ramai lagi best.. ^^
  • Dah siap?? Letak link entry korang tu dalam ruangan komen katentry ni..okei??
  • Tarikh tutup untuk join GA ni adalah pada 06hb September 2011 (1pm)
  • Pemilihan pemenang guna random.org

    tag semua blogger :)

    ok daa~

Monday 22 August 2011

Wow! mahu penyampai ERA datang beraya di rumah anda?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Teringin berjuma dengan artis?? penyampai radio ERA?? Mahu duit raya dari mereka? Jom KLIK SINI.


Anda peminat setia ERA.fm? ERA ade buat kunjungan ke rumah terbuka anda! senang je nak invite diorang ni. hanya perlu isikan borang yang disediakan.



mudahkan? ape tunggu lagi? jom lah KLIK sini sekarang! mana tahu anda kunjungan yang bertuah? Setiap rumah yang terpilih akan menerima buah tangan kuih raya serta duit raya daripada keluarga ERA.. *masyuk beb :D


p/s : Dapat duit raya woi.. tak nak ke? ehe.. 

Sunday 21 August 2011

I follow u, u follow i

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Fenomena follow memfollow dalam arena berblogging ni memang dah lama wujud. tetapi bagi BK kalau nak ajak orang follow tu tak yah lah sampai memaksa kan. lagi lagi kat dalam facebook dah banyak group group blog tertubuh. kat situ ramai lah orang bagi link untuk tengok blog diorang. tapi yang tak berapa nak bestnya status tu "done follow u, please follow me back!!nak cukup kan 100 follower nih. follow tau!!" aih! suka hati aku la nak follow ke tak nak kan? yang nak paksa paksa tu kenapa? lagipun tak suruh pun hang follow blog aku. tapi last last, dia unfollow kita jugak.. tah pape je.

dah lama lama tak goma lak den nak baco status macam tu *slang nogoghi sombilan. kalau blog tu menarik, banyak story mory yang best tak pe lah jugak kan.. yang paling penting blog berkualiti. insya allah ramai orang akan follow.

to all bloggers, please jadi blogger yang ikhlas dan terima aja berapa banyak pun follower anda. sekarang BK ada 80 follower. terima kasih siapa yang sudi follow :)

ok daa~

Kau si cantik Jelita ---> Ashikin Johan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


sewaktu mula mula kenal, tak nampak sweet macam ni.. bila dah lama lama kenal rupa rupanya beliau sangat cantik dan comel..mempunyai mata coklat dan lesung pipit di pipi sebelah kanan. manis sekali.

sekarang comel banget :)



mula mula kenal :)


dress up nya seperti lelaki membuatkan ramai orang sangka BK couple dengan dia..hehe


beliau lagi comel dan ayu bila memakai tudung


perubahan wajah pabila make up..terpesona okeh!


selalu kena buli, namun hati tetap tabah =.='


beliau merupakan kawan yang setia dengan BK, tak kira susah atau senang.
terima kasih Ashikin Johan :)

p/s : jom tengok blog ni kamimekdota
ok daa~

Saturday 20 August 2011

Kentut 'belon' ketika solat..sah kah solat kita?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Petang tadi sewaktu solat asar, tetiba kawan BK ada tanya soalan ini "time aku solat tadi, aku ada rasa angin keluar dari kemaluan aku tapi aku tak sure tu kentut atau tak sebab angin tu macam 'belon' keluarnya, sah tak ek solat aku?" ----> ini memang selalu terjadi dekat wanita.


BK pun pernah rasa macam ni jugak. maka tanpa melengahkan masa, BK terus google cari jawapan untuk soalan ni. 


Dan jawapannya adalah :


Mengenai persoalan kentut ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a: "Tidak wajib wudhu' kecuali kerana kedengaran bunyi atau bau". (Hadis Riwayat At-Tarmizi)
Melalui hadis diatas, jelas kepada kita kentut yang membatalkan wudhu' adalah kentut yang kedengaran bunyinya (kentut yang kuat) atau sekiranya tidak kedengaran bunyinya (kentut yang perlahan), kita dapati terdapat bau kentut di tempat duduk kita itu. manakala angin yang keluar di hadapan (biasanya wanita). ia bukan kentut. ia adalah angin biasa yang terkumpul di bahagian farajnya dan keluar apabila dia melakukan perbuatan yang membolehkannya untuk keluar. -sumber www.iluvislam.com

haa.. terjawab sudah.. yey! tak batal! sah la solat kawan BK tu..

ok daa~

Friday 19 August 2011

Tak guna muka cantik/hemsem kalau..................

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


lelaki selalu nak perempuan yang cantik, pandai memasak, pandai jaga anak dan macam lagi.
perempuan pula nak lelaki yang boleh menjaga keluarga dan boleh menjadi imam.
tapi bagi BK kedua-duanya pun perlu. tak guna kalau muka cantik/hemsem/kacak/jelita tapi kalau bab agama dua-dua pun tak tahu

kita tak boleh nak mengharapkan lelaki sahaja yang tahu bab agama. perempuan pun perlu tahu juga. kalau lelaki itu ada tersilap atau terlupa, perempuan boleh mengingatkan. baru lah perfek! :)

tetiba BK nak cerita pasal ni sebab BK selalu tengok masalah ni berlaku time kita solat jemaah lagi lagi dekat surau atau masjid. Kenapa ramai sangat yang suka memutuskan saf? 
sebagai contoh BK ambil time solat terawih :
*sorilah BK tak pandai nak melukis cantik cantik. orang lidi je yang mampu..kau mampu? hee~

situasi pertama waktu mula mula solat



semua berada dalam saf yang sebaris dan selari

situasi kedua selepas 2 rakaat solat terawih


saf dah mula renggang

situasi ketiga selepas rakaat seterusnya


haa yang ni renggang melampau. bila dah ada yang start terkentutlah, nak terberonlah, anak terkencing dalam seluarlah dan apa apa jelah, dia mula meninggalkan barang kat tempat yang dia berdiri tadi, kononnya dia akan datang balik kat tempat dia solat tadi. tapi haremlah kan..tak sempat punya nak datang balik sebab imam dah angkat takbir. maka kain atau barang *sebagai tempat jejak atau cop tadi pun ditinggallah kat situ sebagai penanda.

tapi yang peliknya, orang disebelah kain atau barang tadi tu macam tak reti reti nak alihkan barang tersebut. takut kena marah mungkin. maka saf pun dah terputus. apalah salahnya kalau kita alihkan dan sambung saf tersebut. orang yang tinggalkan barang tadi tu tak kan marah punya. mesti lagi dia suka sebab barang dia tak jadi penyebab pemutus saf.

sila ambil langkah mudah untuk bergerak


senang je step nya. hanya memerlukan 3 langkah kecil atau bersesuaian dengan kepanjangan ruang pemutus saf tu. bergerak memanglah tak boleh lebih 3 kali kan? tapi yang tak boleh tu kalau buat secara mendadak, kalau buat slow slow step by step mesti ok punya. insya Allah tak batal solat tersebut. jangan gelojoh cik abang / cik kak oi.

kalau terasa ruang pemutus tu panjang dan rasa rasa tak dapat nak buat dalam 3 langkah kecil tadi. tak salah kalau orang yang dibelakang saf kita menuju ke depan dengan menggunakan 3 langkah kecil tadi juga. haa pastu pandai pandailah masing masing rapat rapatkan apa yang patut. eh, rapat bahu ke bahu. senang je kot. 

BK ni takdelah baik sangat nak menegur orang tapi bak kata pantun cempedak 
"kalau salah tolong tunjukkan"
ini apa yang BK tahu, BK kongsikan dengan semua pembaca.
segala yang baik datang dari Allah, segala yang silap dan salah datang dari BK sendiri. kalau BK ada tersilap dalam entry ni, mintalah ditegurkan.

terima kasih kerana membaca
ok daa~




Doa elak malas, rasa keluh kesah, sifat kedekut dan tekanan hutang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Mari sesama kita amalkan doa ini :)



Maksudnya : "ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku belindung kepada Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia"


Cara mudah menghafal style BK :



  • Allahumma inni
  • a'uzubika / minal hammi / wal hazan
  • wa a'uzubika / minal 'ajzi / wal kasal
  • wa a'uzubika / minal jubni / wal bukhl
  • wa a'uzubika / min ghalaba tid daini / wa qohril rijal
selamat beramal!
ok daa~

Thursday 18 August 2011

Kisah paderi berdebat dengan si pengembala kambing

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Teringat waktu kecil dengar cerita ni tak pernah muak. sehinggalah blogwalking ke blog potret achu tadi, terjumpa balik kisah ini. bacalah dengan hati..





Kejadian ini berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.


Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah:
  • jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.
  • jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. 
Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan.....

Soalan pertama
Cendekiawan : menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing : menunjukkan dua jarinya pada hadirin.
Dan jawapannya betul!


Soalan kedua
Cendekiawan : menunjukkan dua jari pula
Gembala kambing : menunjukkan lima jari
Jawapannya juga betul.

Soalan ketiga
Cendekiawan : menunjukkan lima jari
Gembala kambing : menunjukkan enam jari.
Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.


Soalan keempat
Cendekiawan : dengan rasa tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya
Gembala kambing : menunjukkan penumbuk tangannya.
Betul lagi...


Soalan kelima
Cendekiawan : dengan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit.
Gembala kambing : mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi.
Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.


Soalan terakhir
Cendekiawan : menunjukkan seekor ayam ditangan
Gembala kambing : menunjukkan telur ayam ditangan.
Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima je kan...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. lepas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela..

semoga terhibur! :D
ok daa~

Wednesday 17 August 2011

Kalau ada gadis-gadis tanya kenapa lelaki main ragbi? ini jawapannya.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



lapchu abang rugby!! :D


Kalau ada gadis-gadis tanya kenapa lelaki main ragbi? ini antara sebab-sebabnya :


1)jangan cari bf yang main bola, sebab nanti dia akan sepak sepak kita.
2)jangan cari bf yang main badminton, sebab nanti dia akan pukul pukul kita.
3)jangan cari bf yang main volleyball, sebab nanti dia akan tampar tampar kita.
4)jangan cari bf yang main takraw, sebab nanti dia akan timbang timbang dan lipat lipat kita.
5)tapi cari lah bf yang main RUGBY, sebab dia akan peluk dan sentiasa lindungi kita.


just joking,
hahahahaha :D


ok daa~

Wednesday 10 August 2011

Nissa Jamal - wanita idaman malaya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Nissa Jamal

Nissa ni memang best, lemah lembut, periang, comel cantik jelita menawan, suka makan nasi goreng ayam kunyit, kurus, tinggi melangit, boleh jadi model, pandai speaking, pandai bergurau, suka bercakap, kalau ada info baru mesti kongsi bersama and semua yang best best..PERFECT-lah! 

pertama kali jumpa, nampak macam sombong gila tapi bila dah berdepan. peh! kemain baik lagi tak sombong pun. kami disatukan di dalam satu bilik..ngaa~ Nissa masuk je bilik terus kemas kemas barang mcam kelam kabut pun ada. pastu tetiba dia duduk and baru nak tanya nama. dah lama duduk dalam bilik tu, baru teringat nak tanya nama masing masing. yang paling mengejutkan tetiba dia kata "eh! kita belum hug lagi kan?" eh? watdeh.. BK pun layan kan ajelah.. pastu borak2 perkenalkan diri, terus terasa ada chemistry antara kami. 


Nissa juga sangat rajin. ini buktinya.


mempunyai ciri-ciri seorang ibu yang penyayang 


She is the best room-mate, soul-mate and everything-mate ever lah! bila senang sesama gembira, bila susah sesama sedih. macam nilah namanya kawan ^^

Nissa ni dah ada buah hati pengarang jantung. abaikan lah rasa nak mengusha tu..hehehe

Nissa ni dah habis study pun dekat Uitm Segamat ni..sedih :(
Insya Allah ada rezki kita jumpa lagi ye kak nissa! *jangan marah~

ok daa~

p/s : Nissa i miss you so damn mush.. rindu nak main peluk peluk.. grrr

Saturday 6 August 2011

Siapa berani, jom main game nih!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Terbaca dalam facebook, member yang masukkan game ni.. jom lah main! best tau.. credit to miratun madihah.


i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

pe lagi? jom gabungkan semua nih!

BK punya : aku dating dengan polis sebab aku gila.. hahaha..sengel!

p/s : semua ni hanyalah gurauan semata mata, jangan ambil serius pulak ek. anda dibenarkan untuk menulis result anda di ruangan komen dibawah.


ok daa~