Monday 25 February 2013

Mammah Ploso

hai ;)

Kehadapan anak-anak sekalian,

Assignmeniah
Testiah
Commonen Testiah
Presentasioniah
Reportiah
Finali Testiah

Meh come to mammah meh
Mammah nak sayang sayang sikit
Biar rapat dengan mammah selalu
Biar jadi rajin nak menjaga kamu semua

Ikhlas dari hati,
Mammah Ploso

bai.
p/s: Mammah bermaksud Mama. Ploso bermaksud pomaleh.sekian.


Friday 15 February 2013

Trick Art Museum, i-City Shah Alam

hai ;)

Semalam saya dengan kawan-kawan pergi jelajah i-city shah alam. sekarang ni dah macam amusement park dah. tapi belum banyak lagi barang-barangnya. rasanya di masa akan datang nanti, mesti dah makin banyak, macam universal studio lah kot. hihi
masa mula-mula dulu hanya ada lampu sahaja. makin canggih dah. seronok main dekat sini. then, kami singgah dekat Trick Art Museum. kat sini kiranya ada gambar-gambar 3D lah. seronok! kalau ada imaginasi tinggi mesti macam-macam cara kita boleh ambil gambar. kalau pakai kamera yang canggih tu, mesti gambar lagi nampak clear. maaflah kamera saya ni, biasa punya sahaja so feel nya tu kurang sikit. so kalian tengok jela gambar-gambar kat bawah ni ek :)



Selamat datang ke sini! :D
peace yoo.. hehe


Mereka yang bersama saya
Ecah, Saya, Shikin, Madi, Syaza, Ng, Wana


Tolak batu pun nak senyum. tah kenapa asal pandang kamera je senyum. tak kena gaya langsung =='










Ding! pecahkan frame ni! 



Collect duit banyak-banyak sikit, boleh buat tambang pergi ke sini lagi. kehkeh





Ada banyak lagi gambar dan lukisan. kalau nak tengok lebih kenalah datang sendiri. baru syiok kan?! :)
Oh lupa saya nak bagitahu, nak masuk museum ni kena bayar rm5.00 seorang. Hujung-hujung minggu ni bolehlah bawak family atau kawan-kawan datang. teroka sama-sama! Seronok! tak tipu punya ;)

bai.
p/s : psst psst, nak minta tolong boleh? saya ada assignment yang memerlukan like dari kalian. just like aje, jangan risau, kami takkan ganggu facebook kalian. kami hanya nak mengumpul like dan akan ditunjuk waktu viva presentation kami nanti. harap kalian membantu ye. jangan risau, bila dah habis presentation, facebook page ini akan ditutup. Klik sini untuk membantu. Sumbangan like anda amatlah saya dan ahli group hargai :D


Monday 11 February 2013

HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE

hai ;)

saya join segmen lagi. kali ni giveaway pulak.
tq awak yang tag kita ni :)



tarikh tamat pada 9/3/2013

siapa saya nak tag ye?
haaa... awak! awak yang tengah baca tu. saya tag awak eh.
siapa suruh awak baca.. hihihi 

bai.
p/s : nanti saya nak buat satu jualan, siapa tahu gamis tu apa? haa.. bagi yang tak tahu tunggu entry pasal gamis nanti ek. murah-murah je :D

Segmen Random oleh Honey Yeo

hai ;)

saya di tag oleh wieya. tq tag saya. dah lama saya tak join segmen-segmen macam ni. hehe..




Dia minta saya tag 3 orang sahaja, tapi dekat sini saya taknak tag 3
tapi saya nak tag semua yang datang menjengah ke blog saya. hehehe
selamat bersegmen semua!
hadiah-hadiahnya menarik tau :)

bai.


Sunday 3 February 2013

Cerita blog bvlgarigirl yang sebenar

hai ;)

Dulu saya pernah buat review pasal blog bvlgarigirl ni. Memang ramai gila yang kata blog ni macam fairytale sebab jalan cerita hidupnya yang manis-manis belaka. Pengunaan ayat dia pun memang macam dalam novel. saya dah separuh baca kisah hidup dia ni, tetiba heboh pasal cerita sebenar blog ni. klik sini untuk baca.

Saya sebenarnya sedih. rasanya tak salah dia nak buat macam mana pun jalan cerita hidup dia. blog masing-masing kan? kalau nak baca, baca sajalah. kalau taknak baca, tak usah baca. kalau betul pun dia tipu, saya nak tahu juga pengakhiran kisah cinta dia dengan orang kadazan tu (kevin). adakah kevin tu akan masuk islam dan berkahwin dengan dia? adakah mereka akan bahagia? saya tak kisah pun kalau dia tak pakai gambar dia sendiri. yang pasal clara tu pun takpe kalau dia reka cerita sebab dekat situ saya nampak betapa prihatinnya dia menjaga seorang budak kecil. lagipun dia pandai masak. banyak menu dia share dalam blog dia. kalau pasal dia nak berniaga online pun bagi saya tak salah. kawan saya  pun ada 2 3 blog khas untuk dia berniaga sahaja. itu adalah cara masing-masing macam mana nak berniaga.

Tapi sayang, blog dia dah privatekan. tak dapat lagi saya nak baca kisah hidup dia yang best tu. saya rasa saya tahu kenapa dia privatekan blog dia, sebab dia taknak kena kondem yang melampau. dulu saya ada terbaca komen-komen anon yang singgah dekat blog dia. memang dia kena hentam teruk-teruk. dia pernah privatekan dulu blog dia tu, tapi dia on semula sebab atas permintaan pembaca-pembaca setia blog dia. tapi sekarang dia privatekan balik :(

Kepada blog bvlgarigirl. biarlah orang nak berkata apa pun. awak teruskan la penulisan awak tu, saya nak tahu pengakhiran jalan cerita cinta awak tu. saya tak kisah pun kalau tulisan awak macam novel ke apa ke. saya suka gaya tulisan awak, lain dari yang lain. janganlah privatekan blog ye. huhu

bai.
p/s : ingatkan dekat youtube sahaja yang selalu kena kondem, rupanya dekat blog pun ada. huhu