Friday, 28 December 2012

Permohonan rebat rm200 smartphone

Hai,

Seperti yang kita semua tahu, kerajaan ada bagi rebat rm200 kepada belia yang berumur 21 - 30 tahun untuk membeli smartphone. Diperuntukkan untuk 1.5 juta belia sahaja. ok, disini ada serba sedikit info tentang rebat ini.


  • Terbuka kepada semua yang berumur 21 - 30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan rm3000 dan ke bawah
  • Pelajar layak memohon mengikut syarat yang ditetapkan
  • Tarikh apply bermula 1 januari 2013 - 31 disember 2013
  • First come first serve (sebab peruntukan untuk 1.5 juta belia sahaja)
  • Handphone hendaklah berharga rm500 dan ke bawah

Dan ini adalah antara beberapa handphone yang boleh di rebat :


1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 23
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

*Model handphone akan di-update dari semasa ke semasa.

Ok, rebat ni macam ni.. harga handphone rm500, kerajaan bagi rm200, so kita kena tambah lagi rm300 untuk beli handphone yang kita nak tu. faham? hehe.. bukan main rembat aje. :p
Harga handphone mestilah tak melebihi rm500. kalau tak, tak dapat. beli pakai duit sendiri jela.. hihi

Sumber :
Untuk apply, boleh Klik sini. (mula 7.00 pagi - 11.00 malam)
Untuk apa-apa pertanyaan yang tak faham, boleh klik FAQ ni. (digalakkan baca)
Untuk tahu lebih lanjut, boleh klik sini.


Thursday, 27 December 2012

Cinta pandang pertama

Hai,

Tengah-tengah tak tahu nak update apa, sekali teringat yang harini 27 disember adalah hari dimana pertemuan cinta pandang pertama saya dengan batch-mate. Terasa kejap benar masa berlalu. dah 2 tahun dah pun. kalau ikutkan budak-budak, dah pandai bercakap dan berjalan dah pun. 

Entry ni pun Artis ni yang suggestkan untuk buat. yela, tengok lama sangat tak bertulis agak eh. ehe..

Lepasni, bila dah grad. tah bila lagilah dapat berjumpa. nak harapkan call dengan sms memang tak la kan, time belajar je boleh nak buat 2 benda ni. nanti dah habis belajar dah tak boleh nak harap dah sebab masing-masing dah sibuk kerja. sedih macam ni. sobsob


Action kamen style
ini semua classmate saya yang awesome!


Aceli, masa kami part 1 dulu, kami ada ambil gambar dekat tangga ni ramai-ramai macam ni. then, bila dah final sem ni, sekali lagi kami ambil dekat sini. tapi sayanglah, gambar masa part 1 tu tah kemana hilangnya. penat godek file dalam laptop ni. huhu

Banyak sangat kenangan. lepasni mesti rindu-rinduan. harap semuanya baik-baik belaka lepas grad nanti :)

Happy 2nd anniversary batch-mate love. 

bai.


Monday, 24 December 2012

Gabungan muzik tradisional dan terkini korea - Habanera

Hai,



Diambil dari cerita heartstrings episod 8
lakonan Park Shin Hye dan Jung Yong Hwa (CN Blue)

Well not bad right?
Gabungan muzik yang sangat awesome bagi saya :)
Nak dengar lagu penuh klik sini
Bila lagi muzik kita nak bergabung ni? heeee

bai.
p/s : Saje nak bagitau, saya tengah tengok cerita ni.. (n_n)v


Thursday, 20 December 2012

Telan kahak time puasa

Hai,

Kalau kahak tu still dalam mulut and then kita telan, its ok.. tak batal. as long as kita tak keluarkan dari mulut dan sedut balik. yang tu kompom batal. lebih baik buanglah kahak tu kan.. hehe

kalau kita sahur pulak, then time subuh tu terasa ada makanan lekat dekat gigi. jangan ditelan.. nanti batal. tapi cepat-cepat kumur.. takdelah batal puasa.. :)

......................................................

Dua perkara diatas terjadi dekat saya beberapa hari lepas, saya risau kalau puasa saya batal. terus saya tanya ayah saya. then, saya kongsi pula dengan semua orang. maaf kalau ada salah. sila betulkan saya :)

niat saya hanya nak berkongsi saja. alang-alang tu saya dapat ilmu lebih. ngeee..


bai.


Saturday, 15 December 2012

Facepalm


Bila tengah seronok rasa nak buat assignment --> Google --> Google --> Google --> Tak jumpa --> Facepalm

mencik! 
taknak kawan dengan google. assignment pun taknak kawan juga. 
*mengeluh*



Thursday, 13 December 2012

Menjadi terkenal

Hai,



Tak semua orang terasa nak menjadi terkenal. ada orang yang secara tak sengaja menjadi terkenal.
Dulu masa mula-mula saya membuat blog, memang takde terfikir langsung nak orang tahu blog saya ni. tapi bila dah ramai pembaca, mulalah perasaan ni nak menjadi terkenal. dah pandai letak nuffnang bila orang kata boleh dapat duit. tapi belum pernah cash out lagi. dah 2 tahun dah ni. so memang kena bersabar.

And then, bila orang dah mula letak dekat dalam bloglist diorang, saya dah mula rasa terkenal sikit. sebab dah ada ramai blogger letak saya punya blog di bloglist mereka. perasaan tu, memang happy sangat. :D

Tapi menjadi terkenal tu bukanlah impian terbesar saya. Saya ni penyegan. tak pernah lagi jumpa blogger-blogger lain selain robot comel dan myera nyera. Teringin juga nak join blogger yang jumpa-jumpa tu, apa? gathering? haa.. tapi segan. hihihi.

Kalau boleh biarlah kita menjadi terkenal tu dengan perkara-perkara baik. memang perkara tak baik tu senang orang ingat, tapi sampai ke sudahlah orang asyik ingat yang buruk tu je, so tak best lah kan. jadi, majulah diri untuk negara! *tetibe sangat*

bai. 
p/s : Malu, bila ada orang kata saya blogger famous dekat UiTM Segamat. hewhewhew.. *auta sangat orang yang cakap tu*
p/s/s : sebenarnya bukan terkenal tapi TER-kenal -_-'



Wednesday, 5 December 2012

Vision, Mission, Goal

Hai,

Ini assignment kedua yang saya kena buat. So untuk memahamkan diri sendiri, saya tulis didalam blog ni dan mudah untuk saya dan kawan-kawan menyemak semula. secara tak langsung, kalian pun boleh belajar sama :)

Goal - Yang paling saya inginkan... (target)
Cth : Saya nak jadi Jutawan yang dermawan

Vision - Saya akan dapat... (impian pada masa akan datang)
Cth : Saya akan mendapat CGPA yang cemerlang serta  memegang jawatan yang tinggi dan pekerjaan yang terbaik bila saya bekerja nanti.

Mission - Saya kena buat... (tindakan kita untuk mencapai vision)
Cth : Saya kena belajar bersungguh-sungguh dan usaha untuk terus berjaya mencapai vision dan goal saya.

So, ini hasil vision, mission dan goal saya. Kalian punya bagaimana??
kalau ada salah silap, sila betulkan saya :)

bai.
p/s : saya dapat reference dari internet je.huhu..