hai,
Mula.
“Awak dapat bilik A130”
“Em.. Kat mana ek bilik tu?”
“Meh saya tunjukkan” Sambil senyum.
Aku pun dengan perasaan curious dan berdebar-debar ikut akak tu. Aku tengok biliknya kecil, punya dua katil, dua almari baju, dua meja study, dua penyangkut tuala dan satu cermin. Satu? Argh! Mana boleh. Aku dah lah gila cermin. Nanti berebut macam mana? Aku fikir begitu dalam hati. Aku masuk dan mengucapkan terima kasih kepada akak yang tunjukkan aku bilik tu. Akak tu angguk dan senyum sambil berkata sama sama dik. Bagi aku, adik ke? Entah-entah sebaya. Oh hai! Aku lupa perkenalkan diri. Aku berumur 21 tahun yang tinggal di Negeri Sembilan dan telah mendapat tawaran Diploma Pengurusan Maklumat. Dalam pada umur 21 tahun ni, memang baya-baya masuk degree dah, yang aku ni baru terhegeh-hegeh nak masuk Universiti. Ah! Peduli hape aku, yang penting aku nak belajar dan dapat result yang bagus dan yang paling penting aku dapat gaji besar dengan ilmu yang aku ada nanti. Aku mahu jadi kaya! Ulang lagi sekali. Kaya! Ye. Itu memang impian aku. Sekian.. hee.
Seminggu berlangsungnya MDS as known as Minggu Destini Siswa. Sejujurnya, aku memang benci tahap gaban dengan orientasi. Tahulahkan macam mana diorang buli budak-budak baru yang comel macam aku ni. Nak protes tak boleh, jadinya aku ikut ajela.. Selesai seminggu berorientasi. Aku menunggu roommate aku yang baru tu datang. Agak lama aku tunggu, kawan-kawan aku yang lain semua sudah ada kawan dalam bilik. Oh aku lupa lagi. Aku duduk di bilik yang muat dua orang sahaja.
Tengah-tengah berangan. Tiba-tiba..
“Arianna, tolong ambil kakak punya barang kat dalam kereta lagi tu” Gadis tinggi lampai dan free hair masuk dengan tak sempat nak pandang aku,jeling apatah lagi. Terus dia keluar bilik ambil barangnya lagi. Aku menafsir, kalau macam ni gaya pakaiannya, surely lah budak KL. Memang betul pun, orang Ampang rupanya. Aku perhati je setiap perbuatan dia. Dah lama lepas tu baru dia perasan ada aku dalam bilik. Kurang hasam punya roommate.
“hai! Nama akak, nissa” Senyum sampai gigi tau.
“oh hai, nama saya fisa. Em.. Umur berapa ek?”
“21 tahun”
“Er.. kita sama.. Teehee”
“Laaaa.. Kenapa tak bagitahu? Segan kita berakak-akak tadi tau”
Aku sengih je. Padan muka kau, malulah kau sorang-sorang. Hahaha aku gelak jahat weh. Dalam hati je. Hee... Dan tiba-tiba..
“Eh, kita belum hug lagi”
Begitu saja dia peluk aku. Dah kenapa perempuan ni kan? Aku pun tah kenapa boleh sambut pulak hug dia. Mungkin ini cara orang KL lah kot. Aku orang Negeri Sembilan. Haa.. Kan dah takde kena mengena. Kemudian dia sambung kerja kemas-kemas barang dia. Sikit punya banyak barang dia bawa. Ingat nak duduk kat Segamat ni selamanya ke? Dia budak final year. Mungkin ini last dia duduk di Segamat, jadi dia bawalah barang banyak-banyak kan. Padahal memang setiap sem pun dia bawa barang banyak tu. Puih.
Sebelum tidur, dia beri pesanan ikhlas “Subuh esok tolong kejut ea” sambil senyum. Aku? Oh ok. Angguk dalam hati je.
.................................................................................
Jam pukul 6.30 pagi. Bunyi alarm. Aku snooze. Bunyi alarm lagi. Aku snooze lagi. Eh aku tak snooze dah, aku stop kan je terus. Aku tengok jam pukul 6.45. Ok aku kena bangun ni, nak solat subuh. Aku kejut Nissa. Aku pergi ambil air sembahyang, balik bilik Nissa baru nak bangun dari katil, dan dia pesan suruh tunggu dia. Aku dah lah mengantuk ni, boleh pulak dia suruh tunggu.
Nissa pakai telekung dan terus kata, “kita jemaah eh?” Aku terkejut weh. Orang yang pertama kali aku tengok yang jenis tak sembahyang, free hair pulak tu, pakai baju ala-ala nampak pusat. Pergh! Cantik macam model weh. Aku menjadi imam. Itu pun kena paksa dalam mamai. Kalau tak aku memang dah suruh dia yang jadi imam sebab aku nak test dia boleh jadi imam ke tak. Sampai habis sem aku yang jadi imam. Cis!
Aku siap-siap nak pergi kelas. Aku sarung tudung. Aku tengok Nissa tengah iron rambut. Memang dia free hair, tapi pakai baju sopan je. Baju kurung. Ehem.. Memanglah kena pakai baju kurung. Hari isnin pulak hari tu kan. Aku pun pakai juga.. Puih! Sebelum keluar bilik, dia pesan lagi “Nanti zohor, kita jemaah lagi ok?” Aku terkedu. Sangkaan aku memang meleset pada pertama kali dulu, dia kuat sembahyang, siap nak jemaah lagi. Yang aku ni? Tak pernah rasa nak jemaah siap ada malas nak sembahyang lagi. Haa.. Se-alim mana pun orang tu, kalau syaitan dah hasut jangan sembahyang, kau lemah, memang kau tak kan buat. Tapi aku kagum dengan roommate aku yang seorang ni. Dia free hair, pakai baju agak dedah tapi sopan tapi sembahyang tak pernah tinggal. Bagi aku, dia sangat perfek kalau dia tutup aurat juga macam aku. Lengkap dah semua yang disuruh agama. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku yang bertutup aurat ni pun selalu tinggal suruhan Allah macam mana? Haaa... Termuhasabah diri secara tak sengaja ye kat dalam cerpen ni.. Gitu.
Aku masih ingat lagi.
Aku sekolah Maahad Ahmadi, dengar nama je dah tahu yang sekolah tu macam islamik gila. Ye memang islamik dan tahulahkan bagaimana pakaiannya. Bertudung labuh, ada yang pakai furdah. hand sock and leg sock (stokinglah maksudnya) memang tak pernah lupa nak pakai kalau nak keluar ke mana-mana. Tapi yang malangnya mencarut tak hengat dunia. Segala nama binatang yang haram habis disebut. Aku hampir terjerumus untuk ikut tapi aku telah dididik untuk tidak ikut yang buruk. Alhamdulillah. Aku syukur punya family yang bagus. Aku dengan automatic nya terbandingkan roommate aku dengan kawan-kawan sekolah aku. Dua-dua punya kelebihan dan kelemahan.
Jadi, apa yang aku dapat dengan mengenali orang sebegini rupa, kita tak boleh nak judge orang dari luar, kena kenal luar dalam diri baru boleh judge. Bak kata orang jawa, “Don’t judge a book by its cover”. Mungkin satu hari nanti Nissa akan berubah sepenuhnya. Aku tak mengharapkan dia bertudung labuh, berjubah siap berfurdah bagai tapi mencarut-carut. Cuma aku harap dia dapat menutup auratnya sehingga yang sah sahaja dapat melihatnya. Nissa selalu membuat aku ingat Allah bila sampai seruan-Nya yakni azan, kami solat berjemaah. Aku bersyukur Allah memberi orang yang sederhana tapi tak pernah lupa untuk mengingati Dia. Semoga Allah memberinya hidayah secepat mungkin untuk dia menutup aurat sebelum dia meninggal. Akhir sekali, untuk diri aku ini. Aku harap dapat memantapkan lagi diri untuk sentiasa sembahyang dan tidak pernah lupa dengan Allah. Amin.
Tamat.
bai.
p/s : tegurlah kalau ada salah silap. boleh alter balik sebelum hantar 26hb ni..cerpen percubaan pertama ni.. hehe. tengku kalian! memuah.. hee