Thursday, 13 December 2012

Menjadi terkenal

Hai,



Tak semua orang terasa nak menjadi terkenal. ada orang yang secara tak sengaja menjadi terkenal.
Dulu masa mula-mula saya membuat blog, memang takde terfikir langsung nak orang tahu blog saya ni. tapi bila dah ramai pembaca, mulalah perasaan ni nak menjadi terkenal. dah pandai letak nuffnang bila orang kata boleh dapat duit. tapi belum pernah cash out lagi. dah 2 tahun dah ni. so memang kena bersabar.

And then, bila orang dah mula letak dekat dalam bloglist diorang, saya dah mula rasa terkenal sikit. sebab dah ada ramai blogger letak saya punya blog di bloglist mereka. perasaan tu, memang happy sangat. :D

Tapi menjadi terkenal tu bukanlah impian terbesar saya. Saya ni penyegan. tak pernah lagi jumpa blogger-blogger lain selain robot comel dan myera nyera. Teringin juga nak join blogger yang jumpa-jumpa tu, apa? gathering? haa.. tapi segan. hihihi.

Kalau boleh biarlah kita menjadi terkenal tu dengan perkara-perkara baik. memang perkara tak baik tu senang orang ingat, tapi sampai ke sudahlah orang asyik ingat yang buruk tu je, so tak best lah kan. jadi, majulah diri untuk negara! *tetibe sangat*

bai. 
p/s : Malu, bila ada orang kata saya blogger famous dekat UiTM Segamat. hewhewhew.. *auta sangat orang yang cakap tu*
p/s/s : sebenarnya bukan terkenal tapi TER-kenal -_-'



22 comments:

  1. Menjadi blogger bukan untuk menjadi terkenal...tapi setiap yg ditulis pasti mahukan ada pembacanya... tipulah kalau kata hanya utk diri sendiri.
    Pasti happy jika jika ada org suka dgn artikel kita dan beri komen...betul tak?

    My recent post: http://relakssminda.blogspot.com/2012/12/keindahan-bunga-dan-alam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu.. kalau takde pembaca rasa macam tak bermakna je blog ni.. huhu

      Delete
  2. tak auta la,, memang femes pun,, nanti kalau ada gathering yang fisa pergi, ajak muja k,, nak sangat jumpa si comel ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. muja lagi femes emes.. hehehe..
      tapi muja boleh ke datang tempat fisa? jauh.. huhu

      Delete
  3. bosan setiap hari gua pi kelas asyik nampak muka lu je, lulz. hahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ha ah kan? kita ni pun kira kenal dgn tak sengaja.. hahaha

      Delete
    2. yeah.. betul tu.. kenalan alam maya namanya ni :)

      Delete
  5. salam
    Singgah pg jumaat di blog terkenal.hehehe
    Nak ikut!

    ReplyDelete
  6. gule gule mahal tu sila bagi saya eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem.. mana boleh senang2 nak bagi awak.. kene kiss fisa dulu :p

      Delete
  7. salam
    Alamak ta masuk blog terkenal ni.
    Larilah dulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh janganlah lari.. nanti siapa nak masuk blog fisa ni lagi :(

      Delete
  8. kiss? nanti tetiba saya jumpa awak, saya kiss, kalau tak kena cop lesb, orang ingat gile. wakakkakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..betul jugak tu.. kita buat salam ukhwah jela :)

      Delete