Thursday 19 January 2017

Pertama kali suami demam

Assalamualaikum,

Lama tak menulis, tetiba cerita pasal sakit. macam tah pape kan? hahaha ala biarlah, bukan ada orang baca pun.. hekhek

Sejak-sejak dah kahwin ni, takde apa yang menarik pun dalam hidup ni. Eh jap, ade kot. nanti lah kalau teringat, saya share. hahaha

Ceritanya macam ni, pada 9/1/2017 (isnin) saya perlu ke Uitm Puncak Perdana semula sebab dah habis intern, so ada viva presentation. saya presentation pada hari rabu. jadi saya nak buat persiapan awal, saya pun datang lah uitm awal. maka tinggallah suami keseorangan selama 4hari 3malam tanpa saya disisi.. ingatkan nak stay sana seminggu, tapi fikir semula, karang saya yang tak tahan menanggung rindu. hahahaha (tapi memang betul pun, masuk hari kedua aje, dah menangis rindukan suami.. eeeyekkk geli sangat!) hahaha

lepas hantar saya tu, suami dah mula rasa tak sedap badan. nak demam katanya. aik? tak sampai sehari lagi dah demam rindu? ini lagi parah dari saya! hahahaha. tapi itulah hakikatnya. saya tak pastilah kenapa.. tetiba aja badannya demam. dan berlanjutanlah sehingga ke hari ini. masuk 2 minggu dah. dan sejak semalam dia dah mula teruk. mengadu telinga sakit. mood kelaut.

saya memang cukup tak suka kalau mood suami lari. memang muka dia berubah habis! muka macam ala garang macam tu. saya memang tak suka :'(
setiap kali mood dia tak bagus, mesti saya yang menangis. tah kenapa tah. sejak kahwin, saya makin sensitif. tak leh kena marah sikit, mula la mencebik. tapi dengan suami aje la.. dengan orang lain saya biasa aje. saya ni jenis me-lantak-kan orang. hahaha

jadinya semalaman saya berjaga malam, ganti tuala basah dekat kepala. saya ni jenis tak reti jaga orang sakit. memang tak pernah jaga orang sakit pun. orang jaga saya time saya sakit ada lah. hahaha... jadi waktu suami saya sakit ni, saya jadi bingung. saya macam "eh, aku kena buat apa ni? nak urut mana-mana ke? nak letak ke tak tuala basah? kang kena marah tak?" dapat pula suami jenis tak suka makan ubat. jadi saya malas lah nak memaksa. tekak dia.. lantak dia lah.. hahahahaha

sampailah ke hari ni, disaat saya menulis blog ni, dia masih demam. dan saya? boleh tolong letakkan tuala basah aje. phew! memang tak reti nak jaga macam mana. orang kata lelaki manja bila dia sakit. yes, suami memang macam manja.. dia tak kisah apa yang saya buat dekat dia. dia layankan aje. tapi saya jela yang tak tau apa nak buat. tapi dalam hati tetap berdoa semoga dia cepat sihat. susah nak melawak kalau time dia sakit macam ni. yela mood tak elok kan... huhuhu

saya harap awak cepat sihat lah ye sayang. saya tak pandai nak jaga orang sakit. semoga Allah lekas sembuhkan awak. amin :')


oklah, nanti saya sambung lagi cerita lain.
nak tengok suami jap.
bai.