Monday, 20 February 2012

Awesome movie! : This means wars

hai,



Baru je tengok cerita ini.. Boleh tahanlah.. :)
Cerita ini mengenai : 
  • 2 orang sahabat baik yang kerja sebagai Spy yang minat dengan seorang perempuan ni
  • Diorang ni bekerja keras untuk memenangi hati perempuan ni *part yang ni memang serius gilerlah, semuanya pakai alat Spy..canggih2 la maksudnya kan..
  • Perempuan ni ada seorang kawan baik yang sentiasa bagi nasihat dekat dia tapi agak bengong jugaklah kadang2 idea yang dia bagi tu.. kikiki
  • Macam2 cara diorang buat hinggakan perempuan ni tak tahu nak pilih mana satu
  • Akhirnya perempuan ni telah buat keputusan dan siapakah yang dia pilih?
  • Saksikanlah di panggung wayang terdekat anda.. hehe
  • Dan nak tahu cara apa yang mereka buat untuk menarik hati perempuan ini? Kena tengok cerita ni dulu baru tahu.. hehe
Cerita ni memang boleh dikategorikan sebagai aksi, lawak, dan agak luc.. hehe. thats why 18 tahun ke atas je boleh tengok :p

bai.

Sunday, 19 February 2012

KamiMekdota rok yu!!!

hai,

Dah lama kami sebagai sahabat berlima tak ambil gambar bersama.. aku rindukan saat2 tu semua.. dan kami sangat gila gambar sebenarnya.. ehe. tapi dalam tahun lepas kami tak banyak ambil gambar, kalau ambil pun mesti kurang seorang sebab tolong jadi photographer.. saksikan gambar2 kami ni.. hehe


Ini adalah kami. diri kami.


Sahabat baik walau dimana jua.


ketika susah ketika senang, semua dikongsi


say : Haiwan Teladan! :D


say : tunjuk pelangi! :D
ada cerita mengatakan, kalau nampak pelangi jangan tunjuk pakai tangan nanti kudung, so tukar dengan siku..haha


ini trademark lecturer kami :)


Tabik! haip! hehe

Orang selalu kata, kalau nak berkawan jangan no ganjil nanti banyak perkara buruk berlaku. tapi kami tak percaya! kerana.. kami telah berkawan selama setahun dan tiada satu benda buruk pun terjadi kepada kami.. dan kami sangat bersyukur kerana Allah memperkenalkan kami :)

Bila salah seorang dari kami tiada bersama, pasti orang akan tertanya2 "eh! mana sorang lagi?" haaa... nampak tak yang akrab nya kami ni :)

Doakan kami sentiasa bersama until Jannah :D
lapchu all!

Ingin mengenali kawan2 ni semua? boleh klik link bawah ni untuk tengok blog mereka :

bai.

Monday, 13 February 2012

Waktu paling sesuai minum air kosong

hai,



2 gelas air selepas bangun tidur - membantu mengaktifkan organ-organ dalaman

1 gelas air 30 minit sebelum makan - dapat membantu sistem penghadaman

1 gelas air sebelum mandi - Membantu merendahkan tekanan darah

1 gelas air sebelum tidur - mengelakkan strok atau serangan jantung

nak praktis lah semua ni nanti.. and and and yang paling penting air kosong ni memang feveret kita.. yeah. so, jadikanlah air kosong ni air feveret kalian nanti banyak penyakit boleh sembuh... betul :)



bai.

Sunday, 5 February 2012

Idola hati seorang perawan

hai,


Aku menarik kerusi
Aku duduk
Aku ambil buku di tepi meja komputer
“Siapalah yang baca buku serupa ini” getus hati comelku
Aku baca
Tak perasan kali ketiga aku baca buku itu
Timbul satu perasaan tersangat rindu
Terasa sangat ingin berjumpa empunya yang diceritakan
Aku berangan indah

Oh kacaknya
Oh gagahnya
Oh baiknya
Oh mulianya
Oh aku inginkan manusia serupa yang dicerita
Sempurna sekali sifat luar dan dalam
Terasa rindu membuak-buak
Sumpah! Aku ingin jumpa mu Ya Rasulullah

“ummati, ummati, ummati”
Kau ingati aku walau kita tak pernah jumpa
Kau tinggalkan pula Quran dan Sunnah untuk aku pegang erat
Kau manusia bawa ke syurga
Aku ingin ikut kau
Aku nak berjumpa dengan kau
Kaulah selayaknya menjadi idola kepada orang seangkatanku

Aku muda remaja yang hanyut pelbagai durjana dunia
Di zaman kau, remaja terdedah dengan menyelamatkan agama mulia
Di zaman aku, tiada yang setanding dengan kau
yang mampu menyeru orang serupa aku berjuang demi agama mulia
Padahal orang gagah inilah yang perlu dipupuk
Semuanya terbengkalai
Ulama bersepah
Fitnah merata
Halal haram sudah diterbalikkan
Pasti kau menangis menyaksikan ini
Aku juga
Tapi kemampuanku hanya setakat ini
Aku bagai satu nisbah seribu yang berani mempertahankan agama mulia
Beri kekuatan Ya Allah
Beri semangat Ya Rasulullah
Datangkan tentera yang mampu membantu aku
Menyelamatkan agama kita, agama islam yang mulia
Hanya kepada engkau Allahhu Rabbi tempat aku memohon..

Salam Maulidur Rasul. 



bai.

Saturday, 4 February 2012

Tutorial letak link blog sendiri dekat profile

hai,

Amaran: Pastikan setiap blogger buat ini! ini untuk memudahkan orang nak klik ke blog kita. 



----------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------


Sesiapa yang ada blog lebih pada 1 tu boleh la letak link lagi ek..
----------------------------------------------------------------------


see.. dah ade link blog kat situ :)
senang orang nak klik blog kita nanti.. 

Selamat mencuba~!

bai.

Bahana merenung laptop lama-lama

hai,

lama mengadap laptop
renung-renung fikir idea
tadi rasa banyak gila nak tulis kat blog
sekali hilang semua idea
nak tulis apa ni??
arghhhh!!!

bai.

P/s: haa.. kan dah jadi entry tu.. =.='