Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Tudung online, tudung online, tudung online..
Setengah orang termasuk BK memang akan terpedaya dengan tudung online ni. Korang setuju tak kalau BK kata tudung yang dijual online cantik cantik dan laku kerana modelnya??
eleh.. jangan kata tak lah.. mula mula kalian angguk dalam hati dulu kan *erk..macam mana tuh? :p
BK selalu tertipu dengan kecantikan model tu sampai terpengaruh nak beli tudung online tu. cari cari size pastu terus isi form. tak sempat nak submit terus cancel sebab nya terasa diri di tipu. bukan ditipu kerana duit, ini ditipu kerana apa yang kita pakai mesti tak sama cantik dengan yang model tu pakai. kiranya tak jadilah dekat kita.
benci. meluat. tak cantik. tak ikut bentuk. tak sesuai. *juih bibir.
Agak agak terpedaya nak beli boleh
klik sini. :)
hehe.. alang alang tu promot blogshop sekali. cantik sangat modelnye..
"memanglah kena ambil model yang cantik cantik kalau tak, tak laku yang dijual tu" sedapkan hati :D
ok ok.. kembali tajuk asal. =.=
Bukan setakat tudung sahaja. ada juga baju/seluar/kasut/handbag/aksesori/contact lens dan macam macam lagi lah yang boleh buat kita terpedaya. terpedaya apa? terpedaya dengan modelnya.. jangan salah faham ye cik jah haaa.. gitu :p
Tapi tak salah kalau kalian nak beli and nak jadi cantik macam model tu janji tak dedah mana mana yang patut ye :)
Sebenarnya, setiap kejadian yang Allah dah cipta tu ada tempat cantiknya. jangan kita selalu merasa kita ni buruk. kalau tak sesuai pakai tudung yang tu, ade tudung yang ni. haa.. cuba try segala jenis tudung yang ada kat muka bumi ni. jangan pakai tudung saji sudah. tapi boleh jugak kalau sesiapa yang reti berfesyen dengan tudung saji tu boleh try pakai..kalau cantik, boleh buat tutorial. mana lah tahu kan boleh jadi trend satu hari nanti.. ngeh2.. :p
ok daa~
p/s : geram tengok blogshop ni. rasa nak beli semua yang diorang jual.. grrr! napsu napsu.
p/s/s : teringin nak pakai shawl dan buat terus dengan furdah. tapi belum terasa nak berubah macam tu. teringin je..mana tau lepas kawen nak try pakai macam tu ke kan.. kiranya cantik untuk suami je..kat luar tutup..hehe.