hai,
well.. saya pun pernah alami zaman tulisan macam ni.
tapi takdelah melampau sangat2.. nak baca pun kemain susah.
awak,
awak nak tau sesuatu tak?
tak salah awak nak tulis macam ni, tapi jangan sampai menyusahkan orang yang nak membaca. kalau kita menyenangkan orang, kita akan dapat pahala. :)
kalau awak terima tulisan yang macam ni jugak, mesti awak pun mengeja2 juga kan?
oh geleng ye..
takpe.. :)
saya sebenarnya kagum kerana awak mempunyai daya kreativiti yang sangat amat maha tinggi. tapi kan awak, daya kreativiti awak ni macam tak berapa sesuai untuk kebanyakan orang. contohnya ibu bapa.
bayangkan,
ibu bapa awak terima mesej macam ni
"MaRx AbAah, Do0AakAn MeELahH BeRrJaYeR jAwAbB EksXeMm YerR"
*bapak payah taip mesej macam ni*
agak2 awak lah kan, mak ayah awak baca tak? terus dipadamnya mesej tu pastu terus call kan?
kalau mesej tu berkaitan dengan kematian? haa.. acane?
awak,
saya tahu awak kreatif tapi biarlah berpada2.. peace :D
bai.
p/s : caye race comel je bile orang mecej, dia tuka huruf 's' jadi 'c'.. comel cangat2, macam manje2 gitu.. co cweet :D
cudah cukup cudah, cukup campai dicini caja ^_^