Maksudnya : Ya Allah, wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
-----------------------------------------------------------------
Sebenarnya saya ni dah lama nak cari doa lepas azan ni, saya selalu rasa saya baca salah sebab dari kecik saya dengar dari orang baca sahaja.then ikut-ikut macam gitu. tapi tak tahu sebutan dengan tajwid yang sebenarnya. dah tua bangka macam ni baru terhegeh-hegeh nak cari dan betulkan bacaan. apelah~
So, mari sama-sama kita amalkan dengan sebutan yang betul eh. setiap hari 5 kali je kita baca. eh tapi kalau saya mesti 4 kali sebab subuh saya selalu pukul 6.45. tak sempat nak dengar azan.. teehee :p
oh, doa lepas azan ini juga boleh dibaca untuk doa lepas iqamah juga.
bai.
p/s : esaimen dan test sudah mula menjelma. saya perlukan semangat! yeah semangat!.. semangat yang anda berikan amatlah saya hargai :)
terima kasih.. heee