Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Tak sabarnya nak kahwin :D
Aku memang kalau boleh nak bercinta lepas kahwin tapi apakan daya terjumpa cinta dulu pulak. tapi best jugak tau! tetibe aku rasa nak kahwin awal. :)
Sebenarnya ni sebab aku sendiri kenapa aku rasa kahwin awal best. Oleh kerana terpengaruh dengan cerita korea yang kahwin awal time belajar tu, aku pun rasa nak macam tu jugak. siap plan hujung minggu je dapat balik rumah sesama. hari biasa tidur dekat kolej. kiranya kumpul rindu selama seminggu pastu lepaskan rindu time hujung minggu.. hehe
Paling best, kalau nak dating, orang tak boleh nak tangkap kami sebab kami dah kahwin. boleh la berpeluk peluk cium cium sesuka hati (tapi bukan dekat tempat public la) yela, kan dah sah..hehe
Pasal anak mestilah nak kena planning kan. Aku tak mau lah mengandung time belajar tu. kang tak pasal pasal kena buang U nanti. kira kalau nak selamat tu gunalah alat/pil yang tak boleh mengandung. sekarang kan dah banyak alat/pil yang boleh membantu. cuba jelah kan..hehe. tapi kalau dah rezeki nak buat macam mana an. :p
Aku memang sangat bertuah! parents aku kembar, sepupu sepapat ramai yang kembar. dan si dia pun kembar juga. jadi aku memang ada peluang untuk mendapat kembar. Aku suka sangat! tak sabar nak dapat anak kembar ramai ramai.. hehe
hai umi abi! :)
macam cermin kan? :p
Pasal kewangan, kongsi kongsilah.. buat kerja sambilan. yela nak support 2 orang je pun. Tinggal di rumah mak dulu sebelum rasmi tinggal di rumah sendiri. jadi, takdelah nak pakai duit banyak sangat.
Siapa kata kalau dah kahwin tak boleh enjoy? boleh je hai.. kan takde anak lagi, so enjoy la sepuas puas nya. orang pernah kata "kalau belum dikurnia anak lagi, Allah bagi can untuk kita honeymoon lebih" tapi dalam masa yang sama tu berusaha dan berdoa lah ye :)
Bagi aku, kahwin awal ni memang bagus! sebab pertama sekali boleh cegah maksiat. tapi yang penting setiap pasangan tu kenalah bertolak ansur. insya Allah boleh kekal lama :)
Keburukan pun banyak juga, tapi aku tak nak cerita. kalian tahu sendiri kan. sekarang ni nak rasa kebaikan sahaja. hehe..
Doakan sehingga ke jinjang pelamin dan langsung ke hari tua..amin.
Aku tidak memandang paras rupa, yang penting hati saling suka sama suka, tahu selok belok agama dan menghormati orang tua.
Ini blog orang kahwin muda yang best~ Beliau baru je buat blog.. :)
Sweet.. terasa nak kawen terus je.. haha!
ok daa~
p/s : sayang, terasa nak kahwin sekarang lah.. jom! *gatai.. :D
Beliau pandai melukis, nanti nak suruh lukis gambar banyak banyak sampai penuh 1 rumah..hehe