Saturday, 23 July 2011

"Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

*petikan dari lagu senyum oleh Raihan. 







Mari berkempen! kempen senyum 1 blogger.. hehe. jom la join.. best tau bab bab senyum ni :)


i already follow ur blog kimiez. teehee


Nak join? ikut step nih :



  • Mestilah menjadi follower blog nie
  • Linkkan dan buat entri bertajuk "Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez"
  • Tepekkan banner senyum 1 blogger yang ader kepala cameleon tue kat entry korang
  • Sertakan gambar korang senyum dengan tagline korang berkaitan senyum (yang kreatif taw)
  • Tag 2 orang kawan yang buat korang tersenyum
  • Letakkan URL kat entry nie..  
Hadiah utama :
1 perfume miniature 5ml berjenama + keychain dari perancis

Hadiah kedua : 
2 perfume miniature 1.2ml berjenama + keychain dari perancis

Hadiah ketiga :
keychain dari perancis

Sebarang penambahan hadiah akan diupdate dari semasa ke semasa.


Tarikh tutup :
jam 12 malam 31 Julai 2011 (sebarang pindaan bergantung pada jumlah penyertaan)

i choose you!!! *macam pokeman daa~


"Senyuman itu indah, tidak kira seburuk mana pun wajah anda, jika anda senyum pasti ada yang tertawan juga akhirnya lagipun dengan senyuman kita boleh mendapat pahala, dah alang alang bersedekah tu kan.." ngeee~

p/s : siapa tak senyum BK tarik pipi dia sampai dia senyum.. haa... takot takot.. grrr.
p/s/s : tengs to madihah :)
ok daa~

Segmen Kami Blogger 1Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih kepada cik pop sebab bagi peluang untuk join benda best ni..

Syarat-syaratnya adalah :


1. Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
2. Tajuk : Segmen Kami Blogger 1Malaysia
3. Wajib jadi follower ( senang nak mengikuti perkembangan blog Cik POP :) )
4. Like page fb dan follow twitter ( kalau ada..ehhee...)
5. Lepas dah letak banner , bgtaw dari negeri mana
6. Letak Bendera negeri anda
7 . Letak lagu negeri anda.( lagu rasmi )
8. Tag kan 2 orang :)
9. Tinggalkan URL korang dalam entry ini :)

Tarikh tutup segmen ini adalah 1hb September 2011
Masa : 11 pm


okay this is the entry



BK dari NEGERI SEMBILAN!! Sapo senegaro ngan den gak eh? meh join meh..hobin jang hobin! *tetibo..ngahaha



Lagu Negeri Sembilan

Berkatlah Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekelian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Nak tag orang perak Madi dan orang JB Bea.. hehe..
Best of luck!:D 

GA:Anis..Nak Kupon Ayamas Boleh??

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Giveaway dibuat khas dari Anis Melon.. jom lah join! mana tau dapat Ayamas sedap ni ke kan...hehe


caranya sangat mudah:



1-Buat satu entry bertajuk..GA:Anis..Nak Kupon Ayamas Boleh??
2-Tepek banner kat atas nie..linkkan..
3-Lengkapkan slogan nie..Anis..saya(nyatakan nama) nak kupon nie sebab....(tak lebih dari 50patah perkataan)
4-Tagkan dua orang rakan anda(tak wajib)kalau rajin..tak nak tag ajak ajak lah rakan rakan anda memeriahkan majlis
5-Dah siap??tinggalkan link entry anda kat entry nie yup..




Anis..saya Belogkayangan nak kupon nie sebab saya suka Ayamas sangat sangat. Ianya terlalu sedap dan enak dimakan lagi lagi nak dekat bulan puasa ni kan. syok dapat berbuka nasi bersama Ayamas ni. Boleh makan bersama keluarga, pasti terasa  kenikmatannya :) 

okeh! sekarang ni BK nak tag : Madi
Gudlak! hehe..

Friday, 22 July 2011

Wahai blog tutorial kenapalah kau...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


BK baru je lepas buat Shoutbox kat sebelah kanan blog ni. Memang ramai orang buat tutorial cara nak hide shoutbox. tapi kebanyakan nya bikin hati ranap.. adoi.. kenapa?


sebabnya, dah nama pun tutorial. suruh copy paste macam macam tapi bila nak click mouse kanan tak boleh copy pulak. tadi kata suruh copy.. baik tak payah buat tutorial kalau macam tu. nasib baik otak geliga pandai lah sikit tekan 'ctrl c'. kalau bagi blogger yang baru yang tak berapa reti nak pakai keybord punya shortcut, mahu pening pening ayam budak tu, dan dan je dah pergi ke blog yang lain pulak..so tak bergunalah anda buat tutorial.. sabar jela..


ya BK tahu, anda tidak mahu entry anda di copy paste oleh orang lain tapi fikirlah jika untuk tutorial ya.. maaf lah kalau terkasar bahasa. ini pendapat BK je.. peace!


Tambahan :


Cara cara buang code verification di ruang komen


Setting > Comments > show word verification for comments > no > save setting




mudah bukan? marilah melakukannya sekarang! ini akan memudahkan pembaca anda untuk mengkomen anda selalu :D


ok daa~

If this don't make you laugh, your dead..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



enjoy! :)

Thursday, 21 July 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Terima kasih kepada Miratun Madiha kerana telah tag BK untuk segmen ni. Memang sangat menarik tapi terhad untuk student UiTM sahaja.. Agak agak siapa student UiTM tu marilah join :)


This is very easy. Follow blog beliau, letak header blogger ni and answer some question. nak tau lebih lanjut klik sini.




Soalannya ialah :

UiTM mana? 
UiTM Segamat, Johor

What Course and part?
Diploma in Information Management - Part 2

BK nak tag siapa ek? ha.. Bea Rocher.. hee :)

ok daa~

Dialah kekasih paling romantik (oh indahnya...)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia






Dialog antara kawan yang sangat menarik.. jelesnye~


A : weh kau tahu tak kekasih aku call 3x sehari, love of my life (sambil buat muka)

B : oh really? kekasih aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)

A : Bestnya, banyak credit kekasih kau?

B : tak lah ni connection wireless

A : (muka tak puas hati) hmm. pukul berapa dia call?

B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi 
macam tu. Masa Dhuha pun ada :D


Sungguh indah bukan? teringin nak jadi kekasih seromantik ni.. :)




♥ Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ♥


p/s : terima kasih dekat kawan fb (Amir) kerana telah memberi dialog yang sangat best ni :)


ok daa~

Doa untuk diingati orang selalu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Ya Allah, sampaikan rinduku padanya
sehingga aku menjadi kerinduannya

Doa ni, BK dapat dari warden time BK form 2. Baca sambil membayangkan wajah orang yang kita suka/rindu/sayang tu. Sampai sekarang BK amalkan :)
Warden BK kata doa ni bagus kalau :

  • kita minat dekat seorang ni, tapi malu nak bagi tau kita minat dia. Insya Allah, orang yang kita minat tu akan minat kat kita juga.
  • Kita rindu dekat orang jauh, dan dah lama orang tu tak contact kita
  • Kita nak berbaik semula dengan musuh kita yang dulu nya kawan kita
Doa ini boleh dituju kepada sesiapa yang kita mahu seperti ibu bapa, adik beradik, yang tersayang, musuh, dan kepada sesiapa sajalah yang kita mahu.

Dan yang lebih baik jika kita tuju doa ini kepada Rasulullah dan Yang Maha Besar yang menjadikan kita. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang dirindui Nya.. amin.

ok daa~


Tuesday, 19 July 2011

Aktiviti cuti seminggu BK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



  1. Bangun pagi, gosok gigi, solat subuh, tidur balik
  2. Bangun tengahari, bukak facebook, dashboard, solat zohor sekali dengan asar *jangan ikut
  3. Makan minum, sambung online sambil baring, terlelap
  4. Menggelabah ayam solat maghrib sekali dengan isya' *jangan ikut juga
  5. Makan minum lagi, sambung online sampai lebam
  6. Jumpa kucing luar rumah, usap usap, kucing masuk rumah, pastu halau balik sebab kucing dilarang masuk rumah
  7. Esemen baru buka sudah tutup balik sebab tak faham macam mana nak buat *lupa mungkin
  8. Online lagi, chatting sampai tak cukup jari tekan keyboard
  9. Buat lagu, cari irama tak jumpa jumpa, fedap, tak jadi buat lagu
  10. Buka youtube, download semua lagu baru, tetiba laptop padam abeh semua hilang *geram
  11. Download game untuk handphone, masuk dalam handphone sampai berat nak buka folder, langsung tak boleh main game, dilit balik semua game
  12. Tengok cerita korea/japan kat youtube, tunggu loading sampai lebam, tak jadi tengok, terus kutuk line lembab dengan youtube youtube sekali kena kutuk
  13. Cari gaduh dengan adik adik, adik menangis, terus kunci pintu tak kasi adik masuk bilik dah, biar adik nangis sorang sorang, tak mau pujuk *walaupun salah sendiri
  14. Belajar bahasa jepun kat youtube dan website jepun, dapat catch up sikit pastu dah letih, terus stop, esok sambung balik *kalau ingat
  15. Iron baju banyak banyak sampai tak cukup hanger, lipat balik baju yang dah di iron -.-
Sambung lagi nanti..

ok daa~

Klinik online

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Sekarang ni ada banyak klinik kat negara kita. tapi kat sini BK nak bagitahu yang kita ada juga klinik online. sesiapa ada mempunyai pelbagai pengakit kecuali mati of course, boleh la tengok kat blog ni, mana tau penyelesaian untuk menyembuhkan penyakit itu ada disini.




Apa itu Homeopathy?

Perubatan homeopathy bukanlah perubatan tradisional atau herba akar kayu tetapi ia adalah berasaskan kajian saintifik dan moden. penjelasan lanjut, boleh tengok sini.

ada macam macam ubat disediakan, antaranya :
  • Bio Brain - untuk kecerdasan otak
  • Demam, selesema, migrain, luka luka
  • Resdung, gatal gatal
  • Kencing manis, darah tinggi
  • insomnia
  • Pil bersalin sebelum, semasa dan selepas
  • dan lain lain lagi
Apa tunggu lagi? mari bertanya Dr Ruslan dan Dr Mahani (suami isteri yang sweet) di blog ni direct then boleh tahu apa penyakit dan ubat untuk penyakit kita.


"SIHAT UNTUK HIDUP, HIDUP DENGAN SIHAT"

ok daa~

Vlogger kids - Nina in Japan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Dah hampir banyak vlogger sekarang ni kan? tetibe BK ada terjumpa vlogger yang sangat comel dan selalu bercakap tanpa henti, ada je ideanya. 


Meet NINA! Nina ni kacukan dari maksaleh dan jepun. Mak = jepun. Ayah = maksaleh.



Nina ni tengah mencuba untuk menguasai English dengan sebaiknya sebab dia stay kat Jepun, sekarang dia boleh cakap dua bahasa jepun + english. kecil kecil lagi dah cerdik, memang seronok tengok budak comel pandai bercakap macam ni.




ok! yang ini sangat comel!! love you Nina :D


nak tengok lebih, boleh tengok kat sini.


p/s : yang yang nanti kita kawen, i nak anak macam ni boleh? *berangan*


ok daa~

Hizami, Nak Header Satu!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hizami blogger lelaki sebelah pintu ada menawarkan untuk membuat header untuk blogger.. nampak menarik bukan? marilah kita mencuba, mana tau dapat nasib kita ke kan.. hehe.

Apa yang perlu korang buat?


1) Buat satu entri pasal Hizami, Nak Header Satu! dengan menggunakan tajuk yang paling hensem di dunia iaitu Hizami, Nak Header Satu!. Tak payah nak tambah please please please kat hujung tajuk tu.

2) Next, letak banner kat bawah ni dalam entri kat blog korang. Dan jangan lupa selitkan pautan link ke entri Hizami, Nak Header Satu! ni. ini url entri :

3) Sila lengkapkan slogan kat bawah ni:

'Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab ..........'
(tidak melebihi 20 patah perkataan)

4) Sila tag seorang sahaja kalau boleh.

5) Nak kena follow Budak Lelaki Sebelah Pintu ke? Up to you la beb.

6) Submit entri korang kat sini.

mudah kan? pe lagi.. marilah mencuba~ ;D
nak tau lebih lanjut boleh terus pergi ke Blog Hizami.





Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab hasil tangan dari Hizami sangat menarik dan simple, saya teringin mendapat hasil itu dari Hizami sendiri. :)

saya tag kamimekdota

ok daa~

Monday, 18 July 2011

Twinkle twinkle in Japanesse

kira kira hikaru
osora no hoshi yo
mabataki shite wa
minna wo miteru


BK heart japanesse :D

Sunday, 17 July 2011

Agak agak la kalau nak mencarut pun

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

BK memang paling tak suka orang mencarut. Ye, BK mengaku yang BK pun pernah mencarut jugak. tapi biar lah kena pada tempat. ni tak, nak cakap pasal benda cantik pun mesti nak kena mencarut. contohnya, "cantik sial tempat ni". ayat baik sikit "cantik nya la tempat ni"
kan lagi elok macam tu. ni tak, semua benda nak kena mencarut. 

lagi lagi kalau kita bengang dengan orang *BK pun buat jugak tp insya Allah BK akan cuba ubah*
contohnya, "woi gila, kau da siap kerja tu? aku belum doh, susah gila sial" haiya.. panas je hati ni.. cuba la ubah dengan ayat yang sedap sikit.. tak pun, ayat macam ni "bukan macam tu la bodoh"

dan macam macam lagi lah ayat mencarut, tak payah la BK nk senaraikan kat sini, kalau da 40 orang baca post ni, jadi teruk la BK nnt. jadi doa kot..


kalau kena pada tempat takpe. contoh, "apalah bodoh sangat orang tu, main jalan je, tengok la kiri kanan dulu. bukannya takde mata nak tengok"


kalau kita cakap setiap hari and lebih dari 40 kali, orang kata boleh jadi doa. korang nak ke jadi gila, bodoh, sial betul betul? mesti lah xmau kan..


cuba ubah ayat mencarut tu kepada kata lawannya. orang pun akan paham jugak even kita cakap terbalik.. contohnya, "kenapa lah kau ni cerdik sangat,benda tu bukannya boleh makan" haa... paham x? siapa tak paham, BK senduk kepala dia.grr.. 


kepada pencarut pencarut sekalian, tolong lah ubah sikit ayat mencarut tu, kang jadi doa BK tak tau. bertambah dosa je kang. ubah sikit je pun. alang alang tu boleh jadi doa jugak. kalau dah 40kali cakap cerdik, mau xcerdik jugak kita/orang lain satu hari nanti. dan dan je kita dapat pahala jugak tau. heee.. peace..jangan marah ha.. BK tak tuju pada sesiapa, untuk BK jugak ni..


ok daa~

Cara belajar bi style BK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Yah, BK ni takdelah pandai sangat speaking bi. memang selalunya berteraburlah. tapi ini ada beberapa cara yang dah banyak tolong BK untuk pandai speaking :


1st : dengar lagu bi yang mudah mudah, no rapping, cuma lagu senang untuk difahami dan diikuti. contohnya, lagu lucky by colbie caillat and jason mraz, lagu lagu westlife *amat digalakkan* dan sewaktu dengannya lah.


2nd : baca buku story bedtime kuat kuat. kalau buku cerita bi biasa pun boleh, dah tak mampu sangat nak beli buku cerita tu, baca je buku teks bi sekolah. senang. tak payah nak bazir bazir duit beli buku. *kalau beli buku yang bermanfaat tak kan ada istilah membazir punya* kompom! contohnya, cindyrela lost her shoes. repunzel with her long hair and etc. baca kuat kuat bukan bermakna menjerit terpekik terlolong macam rumah jiran kena masuk perompak, just dengar untuk diri sendiri sudah. baca sebelum tidur, masyuk weh.


3rd : ajuk cakap maksaleh. korang kan minat tengok cerita cerita maksaleh ni. tak salah kalau kita mengajuk cakap diorang tu. means ulang apa yang diorang cakap dalam cerita tu. diorang takkan marah kita punya sebab diorang dalam tv, bukannya boleh hentam kita pun. contohnya, cerita kartun *baik untuk budak budak nak membesar, dewasa pun boleh* cerita romen romance cintan cintun, komedi, nak up sikit, tengok cerita harry potter. ajuk la cakap diorang tu, kompom da boleh pegi londong lepas ni :)


4th : speaking je, tak kisah betul atau salah. ni memang selalu orang tak mau buat betul x? *angguk jela* BK dah selalu jumpa orang macam ni. takut salah konon. mula mula memang la orang gelak tapi last last diorang betul kan jugak kesalahan kita tu. *belajar dari kesilapan* kan lebih baik. BK salut orang yang berani speaking hentam macam ni sebab BK pun start macam ni jugak.ngehngeh.


5th : lastly baca belog Hanis Zalikha. korang mesti kenal blogger famous ni kan. boleh belajar dari sini jugak. *hai hanis, best dok suluk belingkuk? tetiba*


&& the most important thing is  CONFIDENT! jangan takut adik akak abang mak bapak datuk datin atuk nenen nenek sekalian. try je dulu, baru tau kebolehan kita :)








ok ni je yang BK dapat tolong, kalau siapa siapa yang berminat nak ikut style BK ni, sila sila silakan lah. BK takdelah pandai sangat tapi bak kata kawan seflat BK sharing is caring.


selamat berpraktis. practice make perfect okeh!


ok daa~

Dok je kat masjid tapi perangai macam haram!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Semalam BK pergi masjid dekat Putrajaya. masjid putra tu.. ala yang orang selalu melawat tu. pelancong pelancong ramai datang. BK pun pelancong jugak sebab datang melawat masjid tu. okeh bukan sebagai pelancong, datang sebab nk tengok sepupu menikah.


nak cerita kat sini bukan pasal sepupu menikah atau pasal pelancong.. ni pasal pak guard yang jaga masjid tu. tau la hari minggu ramai orang datang, penat nak jaga pelancong semua supaya diorang tak tersalah masuk dalam masjid tu. habeh di halau nye pelancong pelancong yang nak tengok sepupu BK menikah. bukannye pelancong tu masuk dalam masjid tu pun, dok luar je pun, intai ikut pintu je.. tu pun dia boleh halau.. agak kevangangan la kat situ. mana la tau an, pelancong yang datang tu dapat hidayah dari Allah sebab tengok orang kita menikah then terus nak kawen orang islam kat malaysia ni.. bukannya tak leh cakap leklok, ni main halau je, macam halau kambing masuk kandang. 


ni satu lagi, BK masuk masjid tu pakai baju senonoh je pun, tshirt dengan jeans, tudung of course pakai. mungkin agak pendek la sikit baju tu. pak guard vangang tu boleh terus terjah BK marah marah.


PGV (pak guard vangang) : awak umur berapa tahun?
BK : 21
PGV : gi pakai baju jubah pink tu! awak tak boleh berlegar legar kat sini dengan baju macam ni! *dengan nada memalukan orang and muka bengis.


BK dengan selamba je cakap,
BK : yang garang sangat tu kenapa? bukannya tak boleh tegur elok elok, duduk je kat masjid tapi Vodoh!


kemarahan dah naik kepala memang tak leh elak da la kan.. PGV tu patutnya cakap la macam ni


PGV : adik, boleh tak adik pakai jubah pink kat sebelah sana tu, baju macam ni tak menepati syarat untuk masuk ke masjid ni
BK : oh yeke? jubah pink tu boleh ambil kat mana ye?
PGV : adik jalan depan sikit, dekat kaunter depan tu.
BK : terima kasih.. baiknya pak guard ni *bisik hati BK
PGV : sama sama 


haa.. macam tu kan lebih elok.tak delah kita berdendam dengan PGV tu.. adeh.. hati ni da naik tawar da kalau tengok masjid putra tu.. bengang je bila terbayang muka PGV tu. 


ok daa~

Saturday, 16 July 2011

Rumah manis rumah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


honey! im home :D

semoga mendapat cuti yang bermanfaat utk sesiapa yg bercuti..

Friday, 1 July 2011

Hot stuff

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


KamiMekdota


Satu blog yang best lagi cool sebab blog tu ada gambar2 yang cun melecun tanpa pakai kamera DSLR. pakai kamera hp je kot..


Try la usha.. kamimekdota.blogspot.com



Di kelola oleh : 





credit pic : kamimekdota


ok daa~