Sunday, 3 February 2013

Cerita blog bvlgarigirl yang sebenar

hai ;)

Dulu saya pernah buat review pasal blog bvlgarigirl ni. Memang ramai gila yang kata blog ni macam fairytale sebab jalan cerita hidupnya yang manis-manis belaka. Pengunaan ayat dia pun memang macam dalam novel. saya dah separuh baca kisah hidup dia ni, tetiba heboh pasal cerita sebenar blog ni. klik sini untuk baca.

Saya sebenarnya sedih. rasanya tak salah dia nak buat macam mana pun jalan cerita hidup dia. blog masing-masing kan? kalau nak baca, baca sajalah. kalau taknak baca, tak usah baca. kalau betul pun dia tipu, saya nak tahu juga pengakhiran kisah cinta dia dengan orang kadazan tu (kevin). adakah kevin tu akan masuk islam dan berkahwin dengan dia? adakah mereka akan bahagia? saya tak kisah pun kalau dia tak pakai gambar dia sendiri. yang pasal clara tu pun takpe kalau dia reka cerita sebab dekat situ saya nampak betapa prihatinnya dia menjaga seorang budak kecil. lagipun dia pandai masak. banyak menu dia share dalam blog dia. kalau pasal dia nak berniaga online pun bagi saya tak salah. kawan saya  pun ada 2 3 blog khas untuk dia berniaga sahaja. itu adalah cara masing-masing macam mana nak berniaga.

Tapi sayang, blog dia dah privatekan. tak dapat lagi saya nak baca kisah hidup dia yang best tu. saya rasa saya tahu kenapa dia privatekan blog dia, sebab dia taknak kena kondem yang melampau. dulu saya ada terbaca komen-komen anon yang singgah dekat blog dia. memang dia kena hentam teruk-teruk. dia pernah privatekan dulu blog dia tu, tapi dia on semula sebab atas permintaan pembaca-pembaca setia blog dia. tapi sekarang dia privatekan balik :(

Kepada blog bvlgarigirl. biarlah orang nak berkata apa pun. awak teruskan la penulisan awak tu, saya nak tahu pengakhiran jalan cerita cinta awak tu. saya tak kisah pun kalau tulisan awak macam novel ke apa ke. saya suka gaya tulisan awak, lain dari yang lain. janganlah privatekan blog ye. huhu

bai.
p/s : ingatkan dekat youtube sahaja yang selalu kena kondem, rupanya dekat blog pun ada. huhu


20 comments:

  1. oh...prnh gk bce blog ni...xsgke dia kene kondem gitu skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm..memang kesian dia kena kondem punye teruk.. tapi nak buat macam mana, dia dah privatekan blog dy dah.. huhu

      Delete
  2. alamak,, baru nak check it out,, tak dapat dah,,

    ReplyDelete
  3. eh tak tau pun pasal blog ni. tp dh private, xdpt la nk baca. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni takdelah femes mana tapi sayang bila dah kena kondem macam gini.. huhu

      Delete
  4. yeke. dia amek entry org lain buat jadi entry dia ke? tak paham sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia amek gambar org lain je. entry dia memang dia tulis sendiri.. tapi orang kondem dy sebab jalan cerita hidup dia macam novel..

      Delete
  5. laaaa :(
    Bila wieya baca entri awak, terasa macam nak baca blog diaa ... berdasarkan kepada yang awak cerita, wieya pun rasa tak kisah apa dia nak buat.

    hmm .. susah betul . salah sikit , teruk kena hentam .. harap dia tabahkan diri . jangan stop dalam bidang blogging .. *sampaikan salamku paddanya . heeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nak baca blog dia lagi. saya nak baca kisah hidup dia lagi tapi dah tak boleh dah.. harap2 dia tak privatekan lagi blog dia.. huhu

      Delete
  6. first time tau ni..
    rasa mcm menari pula blog tu lepas baca citer dia ni..

    ReplyDelete
  7. Tapi dia salah bila dia tipu dlm meniaga. Ambil gmbr org lainpastu claim diri sendri yg buat.kalau sy yg kena, mmg sy akan marahnsgt. Yelah kita penat2 buat produk, ambil gambar sisi terbaik..tiba2 kena curi gmbr utk keuntungan dia..

    Btw ni kali pertama msk blog ni. Salam kenal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. em itu silap dialah sebab dia tak link kan balik ke orang yang dia ambil gmbr tu.. huhu

      Delete
  8. errrr dulu kata kes fida aishah pun macam ni. saya mula tahu pasal kes fida aishah ni bila ada yang claimed namee is fida aishah. sejak tu baru lah saya tahu kes fa tu. skang ni kes yang ni plak...betul ke dia fake ??

    ReplyDelete
  9. Fisahh!! apa khabarkah anda..?ehehe..

    ReplyDelete
  10. kalau best, baik tulis novel...hehehe...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan? tapi dia belum lagi nak jadi penulis novel kot.. hehe

      Delete