Tuesday, 2 April 2013

Lawak ke der 2

hai ;)


Saya nak tengok dekat istana budaya dah tak sempat, nak tengok dekat pawagam, takde masa pulak. so akhirnya keluar juga cerita ni dekat youtube. maka dapatlah saya tengok walaupun broadband saya dah semput-semput. hihi

ok, bagi saya not badlah. bolehlah buat saya ketawa. boboy, kurang menyengat sikit, nabil pun sama, jozan macam biasalah tak pernah buat saya kecewa dan Harith Iskander is the best! pakej sungguh lawak yang dia buat, sekali dengan mimik muka. kemain comel! dah lah bulat-bulat macam gitu.. mihmih

tapi dalam banyak-banyak lawak tu, saya paling ingat yang harith iskander punya, katanya "When woman say NOTHING, it means EVERYTHING" yeah.. memang betul pun apa yang dia cakap. lelaki ni kadang-kadang tak faham perempuan kan. macam contoh yang dia bagi lah. diorang jalan-jalan dekat shopping mall then terserempak dengan ex-girlfriend, yang si girlfriend ni dah mula rasa tak best kan, then teruslah buat muka, bila si boyfriend tanya kenapa? girlfriend kata, nothing. so yang si boyfriend ni pun fikirlah yang memang tak ada apa-apa, padahal yang nothing tulah membawa maksud segala-galanya. marah, geram, apesal tak pernah bagitahu, apesal itu, apesal ini. haaa.. itulah realiti perempuan.

dulu pun saya pernah macam gitu. bila ada sesuatu yang saya tak suka terjadi, si dia tanya, kenapa ni? and then saya kata, takde apa-apa lah *sambil senyum buat-buat* dalam hati saya, dia ni tak nampak ke perubahan muka aku? ish dia ni. buat-buat tak faham pulak. and then, sampailah ke sudah saya merajuk lepastu baik sendiri. sebenarnya senang aje. pujuk aje, cerita perkara sebenar and puji-pujilah sikit then baiklah hati tu. kan? :) itu saya lah.. orang lain saya tak tahu.. hehe

so far, jozan tetap the best. dengan gedik-gedik zizan tu. dengan muka johan yang hodoh ketika membetulkan tudung tu, memang buat saya ketawa aje. alaa.. kalian tengoklah sekali, baru tahu apa yang saya ceritakan ni.. huhu. ape? nak tengok juga? cari sendiri link nye dekat Youtube. hehehe
saya nak masukkan link dekat sini tapi tah kenapa youtube saya hang aje tiap kali buka, tak tahu nak buat macam mana. takpe, kalian taip je lawak ke der 2. mesti ade keluar punya nanti. hehe.. kalau takde saya minta maaf dulu eh, takut dah tak boleh tengok.. huhu

oklah selamat menonton! :)
have a nice day kalian semua! ;)

bai.


27 comments:

  1. yes!! harith iskandar the best..cakap benda yang betul..jozan memang best la tak dinafikan..mereka mmg gabungan terbaik ofcos. boboi lawak part yang jadik stewardess tu je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. part boboy memang kat situ aje yg lawak nya.. huhu

      Delete
  2. wahhhh ! macam best je .. nak tengok jugak lah . haha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat2 lah tengok, boleh kita story sesame. hehe

      Delete
  3. sy hari tu tgk istana budaya..tapi lgk sedap lawak ke der 1...yg pentang harith iskandar plg kelakar...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. yang pertama punya lagi best. tapi yang kedua punya pun boleh tahan juga.. hehe

      Delete
  4. alaa ni yang tak tahan gila nak tengok gak. hehe. tapi ye la, harith tak pernah tak lawak. lawak dia makan dalam pulak tu. haha.boboy dah a bit slow , entah nape. hihi.nak tengokjugak. thanks for the review sweety ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah keluar kat youtube balik, namee tengok lah ek :)

      Delete
  5. belum tgk lagi. td mcm nampak iklan dah keluar astro first. :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. cube tengok dekat youtbe.. huhu. kita tak tahu link yg sekarang, link tu dah padam dekat youtube. :(

      Delete
  7. hehehe.. terima kasih kerana mengingatkan.. betullah.. perempuan ni selalu kta tak ada apa2, tapi padahal di sebalik tak ada apa2 tu, tersimpan segala maksud yang tersirat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam banyak2 komen, boni paling nampak apa yang saya cuba saya sampaikan :)
      terima kasih.

      Delete
  8. cerita kat wayang ehhh? kne tgk nih! sukaa jozannnn :D

    ReplyDelete
  9. ada rumate tengok kat laptop beliau hari tu.. nnti nk copy dari belau lah. hehehe

    ReplyDelete
  10. Sampai sekarang, aku masih tidak punya masa menonton. kekangan masa, mungkin.

    *senyum*

    -AsaSiaga-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bila ada masa, boleh lah tengok ya :)

      Delete
  11. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  12. ct ade tgk ni...ct pon suka ngan kenyataan harith tu..mmg terkena kt btg hidung sndri..pompuan mmg mcm tu...ngade merajuk,nk dipujuk je sebenarnyer..hehehe

    ReplyDelete