Saturday, 20 August 2011

Kentut 'belon' ketika solat..sah kah solat kita?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Petang tadi sewaktu solat asar, tetiba kawan BK ada tanya soalan ini "time aku solat tadi, aku ada rasa angin keluar dari kemaluan aku tapi aku tak sure tu kentut atau tak sebab angin tu macam 'belon' keluarnya, sah tak ek solat aku?" ----> ini memang selalu terjadi dekat wanita.


BK pun pernah rasa macam ni jugak. maka tanpa melengahkan masa, BK terus google cari jawapan untuk soalan ni. 


Dan jawapannya adalah :


Mengenai persoalan kentut ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a: "Tidak wajib wudhu' kecuali kerana kedengaran bunyi atau bau". (Hadis Riwayat At-Tarmizi)
Melalui hadis diatas, jelas kepada kita kentut yang membatalkan wudhu' adalah kentut yang kedengaran bunyinya (kentut yang kuat) atau sekiranya tidak kedengaran bunyinya (kentut yang perlahan), kita dapati terdapat bau kentut di tempat duduk kita itu. manakala angin yang keluar di hadapan (biasanya wanita). ia bukan kentut. ia adalah angin biasa yang terkumpul di bahagian farajnya dan keluar apabila dia melakukan perbuatan yang membolehkannya untuk keluar. -sumber www.iluvislam.com

haa.. terjawab sudah.. yey! tak batal! sah la solat kawan BK tu..

ok daa~

15 comments:

  1. oooo..
    macam tu ;).
    naseb baik laki tak ada keluar angin sebelah depan.hahaha

    ReplyDelete
  2. hai BK.. snanye kita ni pun kecik jugak :)
    kat u semua orang panggil kita kecik.. heee

    ReplyDelete
  3. datang dari blog namee^^

    erkk^^ bagus la. kita pun selalu macam ni^^

    entry best^^

    ReplyDelete
  4. sendawa tak sama macam kentut kan?? ngehhe, baru saya tahu perihal ni. kentut belon tu macam kentut buih dalam air ke apa? gehhehe. ok joke. tapi mak saya kata kentut saya tak berbau n jarang sekali berbunyi..so saya selamat lah kot. :P hihihi

    ReplyDelete
  5. namee roslan : snanye xtau nak describe macam mane kentut tu.. dalam bahasa budak2 'kentut belon'.. hahaha.

    ReplyDelete
  6. haha. kentut belon eh. saya faham. mmg slalu jd. and pernah dibincangkan time plkn dulu. betul lah yg awk search tuh. tak batal kalau tak bau dan tak bunyi. sebab dia kadang-kadang banyak kali kn. takkan berapa kali nak g amek wudhu'

    ReplyDelete
  7. izzati liyana : memang xsolat lah kalau selalu kena amek wuduk.. boleh jadi fedap.. haha

    ReplyDelete
  8. Tak batal la ye. fuhhh haha :)

    ReplyDelete
  9. Kentut klau keluar dr kemaluan atau faraj membatalkan wuduk.Hadis yg awak tulis tu mmg sahih tetapi hadis tu untuk kentut yg keluar drpd dubur sahaja.Cuba awak search tentang kentut yg keluar dr kemaluan/faraj pulak utk pastikan kesahihan kata2 saya tu.maafkan saya klau tersalah bicara..saya cuma ingin menegur.. :)

    ReplyDelete
  10. Sis, penjelasan sis tu blm cukup utk dibuat kesimpulan. Ada keadaannya, jenisnya etc.... google lagi ye...

    ReplyDelete