Wednesday, 31 August 2011

Merdeka cara aku..kau ado?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Mendeka! Mendeka! Mendeka!
time kecik kecik tak pernah faham pun maksud yang disebut ni,pakat main sebut je. hahaha.
bila dah start belajar sejarah, barulah faham asal usul nya.
"oh, Merdeka rupanya" tertukar "r" dengan "n". er..korang faham tak ek? ehe..

Merdeka dulu, bersusah payah bapa kemerdekaan berjuang bebaskan negara kita.
Merdeka sekarang, bersusah payah nak membebaskan mentaliti kita. nak kata usaha, dah banyak dah tapi kenapa ek macam tak berkesan dengan kita? *oh maybe sebab setan dah dibebaskan kot. ah kau! jangan nak salahkan setan pulak..diri sendiri tu yang kena berusaha untuk membebas kan mentaliti buruk kau tu.. amerikaa mu ni.. *berpesan pada diri sendiri juga.

Entah start bila, bila malam kemerdekaan, ramai yang 'menyambutnya' *ya Allah, memanglah. bukanlah..aku taulah orang sambut tapi? dengan cara apa? konsert kau kata. memang pun, tapi disebalik kejadian konsert tu? jangan kata kau tak nampak couple couple berasmaradana. haa, part yang ni kita belum merdeka.kita masih dijajah pemikiran untuk menyambut kemerdekaan seperti ini. tahun ni je bernasib baik sebab sekali dengan raya and baru lepas puasa. hahaha. *asal kau gelak? gila.


ok ok dah. jangan nak mengata je lebih. di kesempatan ni, dengan suka hatinya lah ingin mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54
piciu! bom kebabom! bunyi mercun bunga api warna warni

semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Peliharalah diri kita dari melakukan perkara terlarang. *psst..setan dah terlepas ni weh. diorang dah merdeka. jaga diri kau baik baik -sekali lagi pesan untuk diri sendiri juga.

ok daa~
p/s : jom tengok robot comel kat sini :)

9 comments:

  1. selamat merdeka dan selamat raya juga.. hehe

    ReplyDelete
  2. hehe, sama lah. saya dulu pun selalu mendeka mendeka! :D haha, selamat hari raya dan merdeka day! :)

    ReplyDelete
  3. namee : hehe.. time kecik2 ape tau kan.. :p

    madi : jum2! nak rempit mana?

    ReplyDelete
  4. bila baca entry ni baru teringat time kecik2 dulu sebut mendeka. ahaha siyes lupe.

    ReplyDelete
  5. key : hakikatnya kita semua sama.. haha

    ReplyDelete