lelaki selalu nak perempuan yang cantik, pandai memasak, pandai jaga anak dan macam lagi.
perempuan pula nak lelaki yang boleh menjaga keluarga dan boleh menjadi imam.
tapi bagi BK kedua-duanya pun perlu. tak guna kalau muka cantik/hemsem/kacak/jelita tapi kalau bab agama dua-dua pun tak tahu.
kita tak boleh nak mengharapkan lelaki sahaja yang tahu bab agama. perempuan pun perlu tahu juga. kalau lelaki itu ada tersilap atau terlupa, perempuan boleh mengingatkan. baru lah perfek! :)
tetiba BK nak cerita pasal ni sebab BK selalu tengok masalah ni berlaku time kita solat jemaah lagi lagi dekat surau atau masjid. Kenapa ramai sangat yang suka memutuskan saf?
sebagai contoh BK ambil time solat terawih :
*sorilah BK tak pandai nak melukis cantik cantik. orang lidi je yang mampu..kau mampu? hee~
semua berada dalam saf yang sebaris dan selari
situasi kedua selepas 2 rakaat solat terawih
saf dah mula renggang
situasi ketiga selepas rakaat seterusnya
haa yang ni renggang melampau. bila dah ada yang start terkentutlah, nak terberonlah, anak terkencing dalam seluarlah dan apa apa jelah, dia mula meninggalkan barang kat tempat yang dia berdiri tadi, kononnya dia akan datang balik kat tempat dia solat tadi. tapi haremlah kan..tak sempat punya nak datang balik sebab imam dah angkat takbir. maka kain atau barang *sebagai tempat jejak atau cop tadi pun ditinggallah kat situ sebagai penanda.
tapi yang peliknya, orang disebelah kain atau barang tadi tu macam tak reti reti nak alihkan barang tersebut. takut kena marah mungkin. maka saf pun dah terputus. apalah salahnya kalau kita alihkan dan sambung saf tersebut. orang yang tinggalkan barang tadi tu tak kan marah punya. mesti lagi dia suka sebab barang dia tak jadi penyebab pemutus saf.
sila ambil langkah mudah untuk bergerak
senang je step nya. hanya memerlukan 3 langkah kecil atau bersesuaian dengan kepanjangan ruang pemutus saf tu. bergerak memanglah tak boleh lebih 3 kali kan? tapi yang tak boleh tu kalau buat secara mendadak, kalau buat slow slow step by step mesti ok punya. insya Allah tak batal solat tersebut. jangan gelojoh cik abang / cik kak oi.
kalau terasa ruang pemutus tu panjang dan rasa rasa tak dapat nak buat dalam 3 langkah kecil tadi. tak salah kalau orang yang dibelakang saf kita menuju ke depan dengan menggunakan 3 langkah kecil tadi juga. haa pastu pandai pandailah masing masing rapat rapatkan apa yang patut. eh, rapat bahu ke bahu. senang je kot.
BK ni takdelah baik sangat nak menegur orang tapi bak kata pantun cempedak
"kalau salah tolong tunjukkan"
ini apa yang BK tahu, BK kongsikan dengan semua pembaca.
segala yang baik datang dari Allah, segala yang silap dan salah datang dari BK sendiri. kalau BK ada tersilap dalam entry ni, mintalah ditegurkan.
terima kasih kerana membaca
ok daa~
kalau boleh, bergerak satu satu, dan kira berapa step yg dah diambek. kena agak2, jarak kaki kena kangkang. hehehe
ReplyDeletenew entry : Kenapa Lelaki Makin Pupus?
taufiq tiramisu : betul tu betul :)
ReplyDeletekat masjid tempat kite solat tarawikh pun salalu cam ni.. :D
ReplyDeletepastu bila budak2 yg belum baligh solat kat tengah2 saf..hayyaa..musykil2... :)
btw, good entry :)
rara aziz : hm.. tula paseynye. =.='
ReplyDeletekadang2 kan orang tak faham betapa pentingnya rapatkan saf tu kan...contoh, hari tu saya solat kat surau..saya dekatkan diri dengan dia. then dia jauhkan.saya tanya kenapa..dia kata..saya nk slat sendiri.. hehe. saya pun wat taktau jela. ke badan saya berbau ke tak tau lah plak. hihihi
ReplyDeletenamee : mungkin orang2 macam ni jarang nak solat berjemaah kot. so dia tak biasa nak rapat2 ni.. -think positif =.='
ReplyDeleteSS pown pna alami situasi nie tw , tp org tu xnk b'gnjak pown . . mungkin tak tahu kowt . . hehe , thankx belongkayangan sbb berkongsi ilmu..;)
ReplyDeletesue sweet : yang baik kita kongsi bersama, yang buruk sama2 kita betulkan :)
ReplyDeletemm, common case kat mana-mana pon. tulah, sama ada tak biasa ke tak tahu ke tak selesa ke. entahlah kan.
ReplyDeleteizzati liyana : tu la kan, boleh jadi konpius dengan orang macam ni..
ReplyDeletebenda ni mesti nampak masa solat jemaah. masa tak boleh la.
ReplyDeletetapi kalau jadi kat kita, mmg nak gerak bagi rapat, tapi langkah kecik jela. maksudnya betul3x kecik haha. sbb kain tu tesangkut2 la pulak. haihh
key : hehe.. janji kita terasa nak rapat. bg yg xterasa nak rapat ni, bikin hati panas je. dah boleh batal kita punye smyg tahu.. haih!
ReplyDelete