hai ;)
Dulu saya pernah buat review pasal blog
bvlgarigirl ni. Memang ramai gila yang kata blog ni macam fairytale sebab jalan cerita hidupnya yang manis-manis belaka. Pengunaan ayat dia pun memang macam dalam novel. saya dah separuh baca kisah hidup dia ni, tetiba heboh pasal cerita sebenar blog ni.
klik sini untuk baca.
Saya sebenarnya sedih. rasanya tak salah dia nak buat macam mana pun jalan cerita hidup dia. blog masing-masing kan? kalau nak baca, baca sajalah. kalau taknak baca, tak usah baca. kalau betul pun dia tipu, saya nak tahu juga pengakhiran kisah cinta dia dengan orang kadazan tu (kevin). adakah kevin tu akan masuk islam dan berkahwin dengan dia? adakah mereka akan bahagia? saya tak kisah pun kalau dia tak pakai gambar dia sendiri. yang pasal clara tu pun takpe kalau dia reka cerita sebab dekat situ saya nampak betapa prihatinnya dia menjaga seorang budak kecil. lagipun dia pandai masak. banyak menu dia share dalam blog dia. kalau pasal dia nak berniaga online pun bagi saya tak salah. kawan saya pun ada 2 3 blog khas untuk dia berniaga sahaja. itu adalah cara masing-masing macam mana nak berniaga.
Tapi sayang, blog dia dah privatekan. tak dapat lagi saya nak baca kisah hidup dia yang best tu. saya rasa saya tahu kenapa dia privatekan blog dia, sebab dia taknak kena kondem yang melampau. dulu saya ada terbaca komen-komen anon yang singgah dekat blog dia. memang dia kena hentam teruk-teruk. dia pernah privatekan dulu blog dia tu, tapi dia on semula sebab atas permintaan pembaca-pembaca setia blog dia. tapi sekarang dia privatekan balik :(
Kepada blog bvlgarigirl. biarlah orang nak berkata apa pun. awak teruskan la penulisan awak tu, saya nak tahu pengakhiran jalan cerita cinta awak tu. saya tak kisah pun kalau tulisan awak macam novel ke apa ke. saya suka gaya tulisan awak, lain dari yang lain. janganlah privatekan blog ye. huhu
bai.
p/s : ingatkan dekat youtube sahaja yang selalu kena kondem, rupanya dekat blog pun ada. huhu