Monday, 24 December 2012

Gabungan muzik tradisional dan terkini korea - Habanera

Hai,



Diambil dari cerita heartstrings episod 8
lakonan Park Shin Hye dan Jung Yong Hwa (CN Blue)

Well not bad right?
Gabungan muzik yang sangat awesome bagi saya :)
Nak dengar lagu penuh klik sini
Bila lagi muzik kita nak bergabung ni? heeee

bai.
p/s : Saje nak bagitau, saya tengah tengok cerita ni.. (n_n)v


Thursday, 20 December 2012

Telan kahak time puasa

Hai,

Kalau kahak tu still dalam mulut and then kita telan, its ok.. tak batal. as long as kita tak keluarkan dari mulut dan sedut balik. yang tu kompom batal. lebih baik buanglah kahak tu kan.. hehe

kalau kita sahur pulak, then time subuh tu terasa ada makanan lekat dekat gigi. jangan ditelan.. nanti batal. tapi cepat-cepat kumur.. takdelah batal puasa.. :)

......................................................

Dua perkara diatas terjadi dekat saya beberapa hari lepas, saya risau kalau puasa saya batal. terus saya tanya ayah saya. then, saya kongsi pula dengan semua orang. maaf kalau ada salah. sila betulkan saya :)

niat saya hanya nak berkongsi saja. alang-alang tu saya dapat ilmu lebih. ngeee..


bai.


Saturday, 15 December 2012

Facepalm


Bila tengah seronok rasa nak buat assignment --> Google --> Google --> Google --> Tak jumpa --> Facepalm

mencik! 
taknak kawan dengan google. assignment pun taknak kawan juga. 
*mengeluh*



Thursday, 13 December 2012

Menjadi terkenal

Hai,



Tak semua orang terasa nak menjadi terkenal. ada orang yang secara tak sengaja menjadi terkenal.
Dulu masa mula-mula saya membuat blog, memang takde terfikir langsung nak orang tahu blog saya ni. tapi bila dah ramai pembaca, mulalah perasaan ni nak menjadi terkenal. dah pandai letak nuffnang bila orang kata boleh dapat duit. tapi belum pernah cash out lagi. dah 2 tahun dah ni. so memang kena bersabar.

And then, bila orang dah mula letak dekat dalam bloglist diorang, saya dah mula rasa terkenal sikit. sebab dah ada ramai blogger letak saya punya blog di bloglist mereka. perasaan tu, memang happy sangat. :D

Tapi menjadi terkenal tu bukanlah impian terbesar saya. Saya ni penyegan. tak pernah lagi jumpa blogger-blogger lain selain robot comel dan myera nyera. Teringin juga nak join blogger yang jumpa-jumpa tu, apa? gathering? haa.. tapi segan. hihihi.

Kalau boleh biarlah kita menjadi terkenal tu dengan perkara-perkara baik. memang perkara tak baik tu senang orang ingat, tapi sampai ke sudahlah orang asyik ingat yang buruk tu je, so tak best lah kan. jadi, majulah diri untuk negara! *tetibe sangat*

bai. 
p/s : Malu, bila ada orang kata saya blogger famous dekat UiTM Segamat. hewhewhew.. *auta sangat orang yang cakap tu*
p/s/s : sebenarnya bukan terkenal tapi TER-kenal -_-'



Wednesday, 5 December 2012

Vision, Mission, Goal

Hai,

Ini assignment kedua yang saya kena buat. So untuk memahamkan diri sendiri, saya tulis didalam blog ni dan mudah untuk saya dan kawan-kawan menyemak semula. secara tak langsung, kalian pun boleh belajar sama :)

Goal - Yang paling saya inginkan... (target)
Cth : Saya nak jadi Jutawan yang dermawan

Vision - Saya akan dapat... (impian pada masa akan datang)
Cth : Saya akan mendapat CGPA yang cemerlang serta  memegang jawatan yang tinggi dan pekerjaan yang terbaik bila saya bekerja nanti.

Mission - Saya kena buat... (tindakan kita untuk mencapai vision)
Cth : Saya kena belajar bersungguh-sungguh dan usaha untuk terus berjaya mencapai vision dan goal saya.

So, ini hasil vision, mission dan goal saya. Kalian punya bagaimana??
kalau ada salah silap, sila betulkan saya :)

bai.
p/s : saya dapat reference dari internet je.huhu..