Wednesday, 21 December 2011

Awesome blog! : cikzuraidah.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

*amaran keras : kepada tuan blog sila sediakan tisu dulu sebelum baca. entry ini berkemungkinan besar boleh menitiskan airmata gembira dan terharu.. :p

Ini mengisahkan seorang gadis baru menyambut hari lahir nya yang ke 24 tahun. selayaknya sudah ada jodoh untuk dinikahi. Sangat bersopan santun, tertib dalam setiap pekerjaannya, tiang agama selalu didahulukan, pendengar yang tegar, tidak mengira dari segi kewangan. hampir semuanya sempurna. sangat sempurna :)
*psst.. cepat cepat lah hantar rombongan meminang, beliau single lagi.. kekeke




Siti Zuraidah Ismail
Studied BBa (Hons) Marketing at UITMT-dah grade dah pun :)
Bekerja di company ESQ Leadership Center Sdn Bhd, Damansara
Baru menyambut hari kelahirannya ke 24 tahun

1st sekali, saya nak ucapkan selamat hari lahir untuk kakzu. semoga dipanjangkan umur dan diperluaskan rezeki. mendapat jodoh yang baik dan dapat mendirikan rumah tangga dengan cepat. hehe

Beliau ini memang seorang yang kreatif. Kalau nak tahu, header yang kat atas tu, beliau lah yang buat.. haaa.. cantikkan? hampir ramai orang puji header kat atas tu.. saya lagi lah puji lebih lebih kan sebab header tu untuk saya dan siap bangga pulak tu. hihi. beliau ada blog. follower tak ramai tapi selalu ada input yang berguna untuk kita semua. tapi kebanyakan nya dalam blog beliau ni cerita pasal hidup beliau je. tapi best tau.. hehe

ok kawan kawan! mari kita mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada tuan blog ini di blog beliau!

Jom penuhkan komen dengan ucapan hari lahir di blog cikzuraidah sekarang!!

ok daa~
happy blogging u'olls :D

Tuesday, 20 December 2011

Terpedaya dengan tudung online

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tudung online, tudung online, tudung online..

Setengah orang termasuk BK memang akan terpedaya dengan tudung online ni. Korang setuju tak kalau BK kata tudung yang dijual online cantik cantik dan laku kerana modelnya??

eleh.. jangan kata tak lah.. mula mula kalian angguk dalam hati dulu kan *erk..macam mana tuh? :p

BK selalu tertipu dengan kecantikan model tu sampai terpengaruh nak beli tudung online tu. cari cari size pastu terus isi form. tak sempat nak submit terus cancel sebab nya terasa diri di tipu. bukan ditipu kerana duit, ini ditipu kerana apa yang kita pakai mesti tak sama cantik dengan yang model tu pakai. kiranya tak jadilah dekat kita.

benci. meluat. tak cantik. tak ikut bentuk. tak sesuai. *juih bibir.


Agak agak terpedaya nak beli boleh klik sini. :)



hehe.. alang alang tu promot blogshop sekali. cantik sangat modelnye..
"memanglah kena ambil model yang cantik cantik kalau tak, tak laku yang dijual tu" sedapkan hati :D

ok ok.. kembali tajuk asal. =.=
Bukan setakat tudung sahaja. ada juga baju/seluar/kasut/handbag/aksesori/contact lens dan macam macam lagi lah yang boleh buat kita terpedaya. terpedaya apa? terpedaya dengan modelnya.. jangan salah faham ye cik jah haaa.. gitu :p

Tapi tak salah kalau kalian nak beli and nak jadi cantik macam model tu janji tak dedah mana mana yang patut ye :)
Sebenarnya, setiap kejadian yang Allah dah cipta tu ada tempat cantiknya. jangan kita selalu merasa kita ni buruk. kalau tak sesuai pakai tudung yang tu, ade tudung yang ni. haa.. cuba try segala jenis tudung yang ada kat muka bumi ni. jangan pakai tudung saji sudah. tapi boleh jugak kalau sesiapa yang reti berfesyen dengan tudung saji tu boleh try pakai..kalau cantik, boleh buat tutorial. mana lah tahu kan boleh jadi trend satu hari nanti.. ngeh2.. :p

ok daa~
p/s : geram tengok blogshop ni. rasa nak beli semua yang diorang jual.. grrr! napsu napsu. 

p/s/s : teringin nak pakai shawl dan buat terus dengan furdah. tapi belum terasa nak berubah macam tu. teringin je..mana tau lepas kawen nak try pakai macam tu ke kan.. kiranya cantik untuk suami je..kat luar tutup..hehe.

Sunday, 18 December 2011

Hello? Pizza hut? ok wait aa..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Aceli.. tiada siapa yang menalipon pizza hut ni. BK serta rakan istimewa Madi Vintage, Ckin Cute serta Wana Gojes telah plan untuk menjejak kan kaki di pizza hut segamat sekejap saja lagi!! yeyey! *riang! :D

rakan istimewa kami seorang lagi Ecah Gebu tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa kerja sebagai deejay untuk program dekat UiTM Segamat ni. kesian beliau.. tapi jangan risau kami akan bungkus kan untuk kamu.. :)

Kami ingin berterima kasih kepada Ckin Cute kerana selalu belanja kami tak kira masa dan bila. Beliau kaya! ya kaya! haha.. Tokey topap. jangan sangka jual topap tak boleh kaya. ini buktinya! mari jual topap semua! *tetibe nak promot.. hihi.



yummeh~ bye kalian! nak gi pukul 11 ni..

ok daa~
p/s : perasan tak ayat skema kat entry kali ni? hihi

Thursday, 15 December 2011

Blog paling Ringan Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pertama sekali nak ucap terima kasih dekat kawan BK yang paling sempoi ni Eqha aka Ratu Zuleyqha kerana telah sudi mengetag BK.

Dengan ini, saya dengan nama timangan BK akan membuat segmen ini.. hehe. *poyo je lebih.

Agak agak kalian lah kan..
Blog BK ni ringan ke berat ek?
hehe..



Hadiah dia boleh tahan menarik tau.
rugi tak join..hihi

kalau nak join, tekan je link kat bawah banner tu ek.

BK nak tag Mieyrah!
*hye awak! kita baru kenal awak, terus nak tag.. hehe*

ok daa~

Monday, 12 December 2011

Wayang free di 1 Segamat!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hello baby baby sekalian!! wa lindu kalian semua.. :D
Semalam BK pergi tengok wayang free.. 2 cerita sekali tau. 
Berbaloi beb walaupun tengok free. hihi
Wayang ni tempat dia memang strategik. Sebelah terminal bas. agak agak lambat nak tunggu bas tu, boleh lah tengok wayang dulu.


 


So, baby mucuk cantik kacak semua yang berada di Segamat sekarang ni.. Jom kita tengok wayang freeeeeee!!
dari 10-14 disember je tau.

Ini memang benefit untuk pelajar pelajar UiTM Segamat.. toksah dah nak pergi Melaka semata mata nak tengok wayang then kena overnight. memang best! wayang ini pun not bad jugak. sejuk giler, sound pun best. overall memang bagus wayang ini diadakan di Segamat.. :D
Khas untuk pelajar UiTM Segamat : Wayang ini semestinya istimewa untuk anda. wayang ini pasti kaya kerana anda. Andalah harapan keuntungan wayang Segamat. Dan juga tempat dating paling best sebab "pak guard UiTM tak dapat tangkap" haha.. ops.

Kepada yang bukan berada di segamat pun boleh tengok jugak.. tempat ini terbuka untuk semua. jangan merajuk ye.. hihi

ok daa~
p/s : nak tengok semua wayang sampai 14hb ni.. ngaum2!