Sunday 21 April 2013

24 perkara jangan dilakukan

hai ;)

punyalah tak tahu nak update apa, tengok2 sekeliling rumah ternampak satu banner yang berguna. jadi terasa nak kongsi. mari baca semua :)

saya tahu, kalau tengok benda panjang-panjang macam gini mesti orang malas nak baca kan? dan komennya mesti nice sharing, tq for the information and so on. yang itu tahu sangat tak membaca. tapi kalau boleh ambillah masa untuk membaca, tak baca semua, sikit-sikit pun takpelah. dapat juga ilmu kan? eh saya tak paksa. taknak baca pun takpe. chill! :D


  1. Jangan sengaja lewatkan solat. ia tidak disukai Allah swt.
  2. Jangan ke bilik air tanpa alas kaki (selipar). dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang digunakan tidak berbasuh. makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  6. Jangan makan tanpa baca BISMILLAH dan doa makan. nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata meliar di perjalanan. nanti hati gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat rakan taulan. nanti rosak silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap HANYA kepada Allah dalam setiap kerja. nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa --- yang ini memang saya kena elakkan.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah swt.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. akhirat lebih utama, kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama pemakainya (dikhuatiri bergantung kepada tangkal, bukan kepada Allah).
  24. Jangan pertikaikan kenapa Islam berkata Jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah swt itu lebih mengetahui. 

bai.
p/s : bosan teramat dengan ketiadaan duit memang sangat menyiksakan.

14 comments:

  1. <-- terasa

    hahaha.. komen standard la tuh, bila sebut "nice sharing".. tapi kadang2 baca jugak, cma tak tau nk kata apa. so, gna ayat tu je lah..

    anyway (sbgai bukti baca smua), rasanya paling banyak pha is lakukan yg no. 1 tu.. hmm.. nk kena lbih jaga.. solat awal waktu..

    ReplyDelete
  2. jgn bnyak ketawa nanti mati jiwa.. masalahnya sy ni jnis yg bnyak ktawa.. ad kah jiwa sy tlah mati ? :( hik

    ReplyDelete
  3. haaa siapa yang suka mandi lama2 tu, kena ubah tabiat. hehe

    ReplyDelete
  4. sebab semua yang jangan tu ada kebaikannya. bukan sengaja untuk menyusahkan kita. kalau kita orang yang bijak , kita akan tahu berfikir :)

    ReplyDelete
  5. banyak jugak benda yg ct masih buat..thank 4 share,banyak yg perlu diperbaiki..insyaallah...

    ReplyDelete
  6. - owh? makan dalam pinggan yang sumbing, makhruh ? Wieya baru tahu ..
    -hah ? Wieya pun kena kurangkan duduk dalam bilik lama-lama ..
    - , kak, yang number 9 tu wieya tak faham . . kita tak boleh tengok meliar macam mana ?

    ReplyDelete
  7. adoi..lepas nie nak kena lepak dekat luar lepas subuh..selalu terbabas kalau duduk dalam bilik lepas solat subuh..=_="..

    ReplyDelete
  8. imantizz selalu terbabas bantai tido lepas subuh..sedap dikelilingi kura2 tersayang..

    kena ubah tabiat lepas ie..baru mak tak melalak dari dapur..hehehehe

    ReplyDelete
  9. banyak jugak yg jangan dibuat tu tp selalu buat. errr..

    ReplyDelete
  10. siap highlight tu yg xthan tu..ntah2 ko yg kuat gelak.. lalala

    ReplyDelete
  11. Some in the list, I would just say "habit die hard", tp insyaAllah.:) BTW, I follow u.;)

    ReplyDelete
  12. http://ayuadzum.blogspot.com/

    ReplyDelete

  13. Manusia ni lagi di larang...itulah yang ingin di buat.
    Bagus peringatan ini. TQ

    ReplyDelete
  14. <------ bro pn terasa gak huhu..apapn peringatan yg baik.sama2lah saling memperingati

    ReplyDelete