Sunday, 30 October 2011

Korea? Jangan di layan sangat.. Sorry k-pop lovers

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


ye, aku sedang menonton ini.
Dream High

Baru nak tengok ke kak? 
yela..hehe.

Parah kalau kita dah layan cerita korea ni, habis semuanya tak dilayan. blog? facebook? makan? solat? *ish, yang solat tu jangan tinggal..tak baik. (geleng geleng)

Maaflah, aku ni pantang kalau tengok cerita korea, nak blogwalking pun tak sempat.. huhu
*oh, baru tahu kenapa tak aktif blogwalking sekarang ni (angguk angguk).. aigoo.

ok daa~
p/s : kenapalah semua pelakon korea hemsem, tampan, kacak, tinggi, bergaya.. haih.. =.='

Saturday, 29 October 2011

Berita baik untuk perokok.. Baca ni :)

Assalamualakum dan Salam 1 Malaysia

Kami warga yang tidak merokok menyokong beratus ratus persen jika anda mampu buat 2 perkara ini.. :D

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




ok daa~
p/s : Aku tahu, berhenti merokok memang susah, tapi jika usaha lebih dan tekad, benda baik macam ini Insya Allah Dia Yang Maha Besar dan masyarakat di sekililing kita akan membantu. :)

Friday, 28 October 2011

Lagi lagi page menghina Islam

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Petani kerjanya menanam padi,
Apalah nak jadi..
(geleng kepala)

Tak pahamlah kenapa ada juga orang macam ni.. actually kalau nak diikutkan, mereka tak benci Islam tapi benci dengan kaum yang memeluk agama Islam.


Tak paham kan apa yang dia marah sangat sebenarnya?

Apa kata kita semua tak perlu komen dekat page macam ni. 

Lagi ramai orang komen, makin menjadi-jadi. Dia suka lah kita keluarkan ayat ayat mencarut ni kan.. Sebagai orang Islam mari kita sama sama mendoakan dia kembali ke pangkal jalan. tak guna juga kita kutuk kutuk dia sebab nanti kita setaraf juga dengan dia. Apa jua statusnya kita tak perlu kondem. hanya ucapkan yang baik2 sahaja.. nanti mesti dia jem :) sebarkan lah..

Sama sama kita memperbaiki iman kita :)

ok daa~
p/s : Risaunya.. makin ramai orang murtad dari Islam.. yang ramainya adalah remaja.. :'(

Sebab kenapa kahwin muda best :D

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Tak sabarnya nak kahwin :D

Aku memang kalau boleh nak bercinta lepas kahwin tapi apakan daya terjumpa cinta dulu pulak. tapi best jugak tau! tetibe aku rasa nak kahwin awal. :)

Sebenarnya ni sebab aku sendiri kenapa aku rasa kahwin awal best. Oleh kerana terpengaruh dengan cerita korea yang kahwin awal time belajar tu, aku pun rasa nak macam tu jugak. siap plan hujung minggu je dapat balik rumah sesama. hari biasa tidur dekat kolej. kiranya kumpul rindu selama seminggu pastu lepaskan rindu time hujung minggu.. hehe


Paling best, kalau nak dating, orang tak boleh nak tangkap kami sebab kami dah kahwin. boleh la berpeluk peluk cium cium sesuka hati (tapi bukan dekat tempat public la) yela, kan dah sah..hehe

Pasal anak mestilah nak kena planning kan. Aku tak mau lah mengandung time belajar tu. kang tak pasal pasal kena buang U nanti. kira kalau nak selamat tu gunalah alat/pil yang tak boleh mengandung. sekarang kan dah banyak alat/pil yang boleh membantu. cuba jelah kan..hehe. tapi kalau dah rezeki nak buat macam mana an. :p

Aku memang sangat bertuah! parents aku kembar, sepupu sepapat ramai yang kembar. dan si dia pun kembar juga. jadi aku memang ada peluang untuk mendapat kembar. Aku suka sangat! tak sabar nak dapat anak kembar ramai ramai.. hehe


hai umi abi! :) 


macam cermin kan? :p

Pasal kewangan, kongsi kongsilah.. buat kerja sambilan. yela nak support 2 orang je pun. Tinggal di rumah mak dulu sebelum rasmi tinggal di rumah sendiri. jadi, takdelah nak pakai duit banyak sangat. 

Siapa kata kalau dah kahwin tak boleh enjoy? boleh je hai.. kan takde anak lagi, so enjoy la sepuas puas nya. orang pernah kata "kalau belum dikurnia anak lagi, Allah bagi can untuk kita honeymoon lebih" tapi dalam masa yang sama tu berusaha dan berdoa lah ye :)

Bagi aku, kahwin awal ni memang bagus! sebab pertama sekali boleh cegah maksiat. tapi yang penting setiap pasangan tu kenalah bertolak ansur. insya Allah boleh kekal lama :)

Keburukan pun banyak juga, tapi aku tak nak cerita. kalian tahu sendiri kan. sekarang ni nak rasa kebaikan sahaja. hehe..


Doakan sehingga ke jinjang pelamin dan langsung ke hari tua..amin.

Aku tidak memandang paras rupa, yang penting hati saling suka sama suka, tahu selok belok agama dan menghormati orang tua. 

Ini blog orang kahwin muda yang best~ Beliau baru je buat blog.. :)
Sweet.. terasa nak kawen terus je.. haha!

ok daa~
p/s : sayang, terasa nak kahwin sekarang lah.. jom! *gatai.. :D 
Beliau pandai melukis, nanti nak suruh lukis gambar banyak banyak sampai penuh 1 rumah..hehe


Thursday, 27 October 2011

Aku di attack orang Israel

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Israel sedang usha aku

Harap harap lah diorang tak aim aku
harap harap lah ini orang Israel yang baik
harap harap lah beliau singgah dan baca je entry aku dengan tujuan yang baik
harap harap lah orang malaysia yang baca dan beliau menetap di Israel


yang kemain cuak ni kenapa? haha

ok daa~