hai ;)
Semalam saya dengan kawan-kawan pergi jelajah i-city shah alam. sekarang ni dah macam amusement park dah. tapi belum banyak lagi barang-barangnya. rasanya di masa akan datang nanti, mesti dah makin banyak, macam universal studio lah kot. hihi
masa mula-mula dulu hanya ada lampu sahaja. makin canggih dah. seronok main dekat sini. then, kami singgah dekat Trick Art Museum. kat sini kiranya ada gambar-gambar 3D lah. seronok! kalau ada imaginasi tinggi mesti macam-macam cara kita boleh ambil gambar. kalau pakai kamera yang canggih tu, mesti gambar lagi nampak clear. maaflah kamera saya ni, biasa punya sahaja so feel nya tu kurang sikit. so kalian tengok jela gambar-gambar kat bawah ni ek :)
Selamat datang ke sini! :D
peace yoo.. hehe
Mereka yang bersama saya
Ecah, Saya, Shikin, Madi, Syaza, Ng, Wana
Tolak batu pun nak senyum. tah kenapa asal pandang kamera je senyum. tak kena gaya langsung =='
Ding! pecahkan frame ni!
Collect duit banyak-banyak sikit, boleh buat tambang pergi ke sini lagi. kehkeh
Ada banyak lagi gambar dan lukisan. kalau nak tengok lebih kenalah datang sendiri. baru syiok kan?! :)
Oh lupa saya nak bagitahu, nak masuk museum ni kena bayar rm5.00 seorang. Hujung-hujung minggu ni bolehlah bawak family atau kawan-kawan datang. teroka sama-sama! Seronok! tak tipu punya ;)
bai.
p/s : psst psst, nak minta tolong boleh? saya ada assignment yang memerlukan like dari kalian. just like aje, jangan risau, kami takkan ganggu facebook kalian. kami hanya nak mengumpul like dan akan ditunjuk waktu viva presentation kami nanti. harap kalian membantu ye. jangan risau, bila dah habis presentation, facebook page ini akan ditutup.
Klik sini untuk membantu. Sumbangan like anda amatlah saya dan ahli group hargai :D