Sunday 5 February 2012

Idola hati seorang perawan

hai,


Aku menarik kerusi
Aku duduk
Aku ambil buku di tepi meja komputer
“Siapalah yang baca buku serupa ini” getus hati comelku
Aku baca
Tak perasan kali ketiga aku baca buku itu
Timbul satu perasaan tersangat rindu
Terasa sangat ingin berjumpa empunya yang diceritakan
Aku berangan indah

Oh kacaknya
Oh gagahnya
Oh baiknya
Oh mulianya
Oh aku inginkan manusia serupa yang dicerita
Sempurna sekali sifat luar dan dalam
Terasa rindu membuak-buak
Sumpah! Aku ingin jumpa mu Ya Rasulullah

“ummati, ummati, ummati”
Kau ingati aku walau kita tak pernah jumpa
Kau tinggalkan pula Quran dan Sunnah untuk aku pegang erat
Kau manusia bawa ke syurga
Aku ingin ikut kau
Aku nak berjumpa dengan kau
Kaulah selayaknya menjadi idola kepada orang seangkatanku

Aku muda remaja yang hanyut pelbagai durjana dunia
Di zaman kau, remaja terdedah dengan menyelamatkan agama mulia
Di zaman aku, tiada yang setanding dengan kau
yang mampu menyeru orang serupa aku berjuang demi agama mulia
Padahal orang gagah inilah yang perlu dipupuk
Semuanya terbengkalai
Ulama bersepah
Fitnah merata
Halal haram sudah diterbalikkan
Pasti kau menangis menyaksikan ini
Aku juga
Tapi kemampuanku hanya setakat ini
Aku bagai satu nisbah seribu yang berani mempertahankan agama mulia
Beri kekuatan Ya Allah
Beri semangat Ya Rasulullah
Datangkan tentera yang mampu membantu aku
Menyelamatkan agama kita, agama islam yang mulia
Hanya kepada engkau Allahhu Rabbi tempat aku memohon..

Salam Maulidur Rasul. 



bai.

14 comments:

  1. selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi muhammad saw... Moga diangkat ke langit 7 nukilan ini oleh para malaikat...

    menarik nafa yang dalam ketika satu persatu ayat-ayat ini dibaca... cukup mengisafkan...

    salam mauidur rasul... allah humma salli a'la muhammad...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabat.. semoga sama2 kita berjuang :)
    amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
  3. comel blog ni.

    salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul :)

    ReplyDelete
  5. idola yg tiada tandingan
    salam maulidur rasul ;)

    ReplyDelete
  6. Salam Maulidur Rasul.. :)

    perasaan kita sama, alangkah indahnya jika kita antra mreka yg awl trun k dunia..bsama Baginda..

    ReplyDelete
  7. Salam Maulidur Rasul :)

    BTW,

    Feel free to visit our shop. We are selling bags below RM 50. This is serious :) Do come

    http://thepuffyclouds.blogspot.com

    or find us on FB : The Puffy Clouds

    ReplyDelete
  8. Hummm...tu lah remaja skang memang bermacam-macam masalah...huuuu*insaf

    ReplyDelete
  9. lepas tengok ustaz don ckp pasal Nabi Muhammad s.a.w....rasa diri kita ni kerdil sangat.

    indahnya akhlak Rasulullah.

    ReplyDelete