Wednesday, 23 March 2016

Semester 6, Semester last di UiTM

Hai,

Semester 6 baru bermula.. eh eh bukan. dah sebulan lebih dah kot.. sekarang baru nak tulis. hahaha
bermula 29 feb 2016 haritu.. harini baru dapat nak menulis. ape laa.. sampaikan si Pha Is budak pening tu pun dah bertanya perkembangan terbaru saya.. maaf lah, saya ni dah mula terlalu busy. dah semester akhir kan.. tahu lah macam mana sibuknya, dengan assignmentnnya, eventnya, visitnya, interviewnya, haish banyak sangatlah. minggu pertama aja dah dapat selambak assignment. fening fening.. dah boleh se-geng dengan hikayat budak pening ni. hahaha (jangan marah) ;P

So, saya belanja satu gambarlah ye, mana tau ada yang tak ingat saya lagi ke.. huhu


Saya yang bertudung pink tu.. *hai*
hehehe
Yang lain tu semua housemate saya. ops tak leh nak ngorat sebab semua dah berpunya.. hahaha

Ok lah, nak sambung buat assignment. Insha Allah, jika ada kelapangan nanti, saya cuba update blog ni ya. 

bai.
heeee

Thursday, 10 September 2015

Semester 5 Degree bermula

Hai,

Setelah 2 bulan cuti semester yang sangat mengasyikkan. Asyik lah sangat. akhirnya masuk semula ke tempat belajar. mohon semester 5 memberi semangat yang positif dan cemerlang dengan jayanya.. amin..

kbai.

Friday, 12 June 2015

LDR

Hai,



LDR - Long Distance Relationship

Masa saya dapat tahu dia dapat kerja baru dan terpaksa pergi jauh dari saya, saya rasa sedih dan saya tak percaya cinta jarak jauh. sebab saya pernah pengalaman bercinta jenis macam ni. end up, break. Bosan.

Tapi saya dah move on dah dari break up dulu tu.

Cuma saya rasa tak confident bila berjauhan ni. Ye saya tau, dia bukan jenis mengorat perempuan sebab dulu pun saya yang mengorat dia. haha. saya takut perempuan yang mengada lebih dan perasan dengan dia. aduii.. bila saya dapat tau dia di kenenkan dengan perempuan tempat kerja dia pun saya dah rasa cemburu walaupun saya tau dia tak ambil serious. but still cemburu :(

Sekarang pun kami jarang contact. walau secanggih mana teknologi untuk contact tapi kalau masa takde, tetap juga tak boleh contact. Bosan.

Saya harap hati saya tak berubah.

"Ya Allah, jika benar dia jodohku, engkau dekatkanlah hati kami. Tetapi jika dia bukan jodohku, Engkau redhakanlah hati kami untuk menerimanya"

-Amin.

Bai,

Wednesday, 11 March 2015

Semester 4 Degree's Life

Hai,

Okeh dah start minggu kedua dalam semester 4. Harapnya kalini, saya tidak lagi membuat perkara yang tidak sepatutnya kepada diri sendiri. contohnya buat assignment last minute. oh no! sepatutnya semester ini tidak sepatutnya berlaku tapi apakan daya, esok nak present, semalamnya baru buat slide. perangai masih sama seperti semester lepas. dang! lempang diri jela.

Baiklah, ayuh ready untuk ke kelas. Jumpa lagi bila lapang.

bai.

Monday, 12 January 2015

Kerja part time semasa cuti sem

Hai,

Hari rabu haritu saya dah mula kerja di kedai beg, hari pertama dekat Seremban aje. Esok dan hari seterusnya saya dihantar ke Nilai 3 untuk jaga kedai cawangan dekat sana.

Masa mula saya kerja tu, bos saya memang sporting habis! saya punya laa respek dekat dia sebab dia pandai ambil hati pekerja, tapi dah beberapa hari saya kerja, dia macam suka condemn agama Islam. Dia cina dan agama Buddha. Banyak betul pertanyaan dia pasal Islam. Tapi dia selalu nak cover diri dia, dia terus kata dia bukan anti-Islam, dia cuma nak ingatkan aje.. ceh dan-dan.. hmm.. Ikut pengetahuan saya, bos saya ni sebenarnya tau Islam ni macam mana, dia cuma nak tengok macam mana saya jawab soalan yang dia tanya tu. Saya ni kalau bab-bab agama mana laa tau sangat. Rasa macam rugi pulak tak belajar dalam-dalam pasal Islam, saya sendiri orang Islam pun saya tak tau sangat apa itu Islam. Dan apa yang saya tengok pasal bos saya ni, dia pandai putar belit cerita, last-last nanti kita tak dapat nak jawap dengan apa yang ditanya.. kira macam dalam sesuatu perdebatan tu, dia menang laa sebab saya tak dapat jawab soalan dia. Tapi dia tanya orang yang salah, orang yang tak cukup ilmu, saya selalunya malas nak layan. Dengarkan dan iye kan aje apa yang dia cakap tu, sebab dia jenis nak menang jee.. Haih.

Nasib baik laa kerja sebulan aje. cepat laa lagi 2 minggu habis. Tak larat dah saya nak dengar pasal perdebatan agama-agama ni. Saya bukannya mahir sangat pun.. huhu


okey, belanja selfie gedik sikitttttt.. hewhewhew

Till next time baby,
bai