Sunday, 3 April 2016

Tidak tenang

Hati ini merasa tekanan yang sangat kuat
jiwa terasa sepi, risau, gundah gulana
atas apa yang sudah dilakukan
menyesalnya sudah lama cuma kali ini rasa terpaling terkesan dalam penyesalan

dimohon doa untuk ketenangan
ketenangan abadi

sekarang terasa murung
sekarang terasa serba salah
sekarang terasa semua serba tak kena
sekarang terasa lebih baik mati
tapi tak boleh! 
dosa yang banyak siapa nak taubatkan?
mak ayah adik kakak abang sedara sepupu kawan sahabat?
tidak!
kau sendiri kena buat
malu, hilang kepercayaan diri
hilang kepercayaan pada orang lain
buat aku rasa sepi
terlalu sepi dan sunyi

Allah, datangkan pada aku rasa hidayah mu
tunjukkan aku jalan kebaikan mu
ubahkan aku, kuatkan iman aku
jadikan seorang yang pemalu dan tahu malu

ingin aku bersendirian seketika
jangan kacau aku
mohon fahami aku
aku ingin bersendirian dengan Allah selama mana yang aku mahu
aku menyesal
aku malu
aku
aku

arhghhhh
aku ingin nangis sepuasnya
biar sampai tersedu sedan
biar sampai hilang segala air mata
biarkan aku sendiri
bawa diri



1 - 2 april 2016 jumaat sabtu
dalam bilik rumah sendiri

Wednesday, 23 March 2016

Semester 6, Semester last di UiTM

Hai,

Semester 6 baru bermula.. eh eh bukan. dah sebulan lebih dah kot.. sekarang baru nak tulis. hahaha
bermula 29 feb 2016 haritu.. harini baru dapat nak menulis. ape laa.. sampaikan si Pha Is budak pening tu pun dah bertanya perkembangan terbaru saya.. maaf lah, saya ni dah mula terlalu busy. dah semester akhir kan.. tahu lah macam mana sibuknya, dengan assignmentnnya, eventnya, visitnya, interviewnya, haish banyak sangatlah. minggu pertama aja dah dapat selambak assignment. fening fening.. dah boleh se-geng dengan hikayat budak pening ni. hahaha (jangan marah) ;P

So, saya belanja satu gambarlah ye, mana tau ada yang tak ingat saya lagi ke.. huhu


Saya yang bertudung pink tu.. *hai*
hehehe
Yang lain tu semua housemate saya. ops tak leh nak ngorat sebab semua dah berpunya.. hahaha

Ok lah, nak sambung buat assignment. Insha Allah, jika ada kelapangan nanti, saya cuba update blog ni ya. 

bai.
heeee

Thursday, 10 September 2015

Semester 5 Degree bermula

Hai,

Setelah 2 bulan cuti semester yang sangat mengasyikkan. Asyik lah sangat. akhirnya masuk semula ke tempat belajar. mohon semester 5 memberi semangat yang positif dan cemerlang dengan jayanya.. amin..

kbai.

Friday, 12 June 2015

LDR

Hai,



LDR - Long Distance Relationship

Masa saya dapat tahu dia dapat kerja baru dan terpaksa pergi jauh dari saya, saya rasa sedih dan saya tak percaya cinta jarak jauh. sebab saya pernah pengalaman bercinta jenis macam ni. end up, break. Bosan.

Tapi saya dah move on dah dari break up dulu tu.

Cuma saya rasa tak confident bila berjauhan ni. Ye saya tau, dia bukan jenis mengorat perempuan sebab dulu pun saya yang mengorat dia. haha. saya takut perempuan yang mengada lebih dan perasan dengan dia. aduii.. bila saya dapat tau dia di kenenkan dengan perempuan tempat kerja dia pun saya dah rasa cemburu walaupun saya tau dia tak ambil serious. but still cemburu :(

Sekarang pun kami jarang contact. walau secanggih mana teknologi untuk contact tapi kalau masa takde, tetap juga tak boleh contact. Bosan.

Saya harap hati saya tak berubah.

"Ya Allah, jika benar dia jodohku, engkau dekatkanlah hati kami. Tetapi jika dia bukan jodohku, Engkau redhakanlah hati kami untuk menerimanya"

-Amin.

Bai,

Wednesday, 11 March 2015

Semester 4 Degree's Life

Hai,

Okeh dah start minggu kedua dalam semester 4. Harapnya kalini, saya tidak lagi membuat perkara yang tidak sepatutnya kepada diri sendiri. contohnya buat assignment last minute. oh no! sepatutnya semester ini tidak sepatutnya berlaku tapi apakan daya, esok nak present, semalamnya baru buat slide. perangai masih sama seperti semester lepas. dang! lempang diri jela.

Baiklah, ayuh ready untuk ke kelas. Jumpa lagi bila lapang.

bai.