Friday 30 September 2011

Aku cantik, bak duit! (",)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


source : tumblr

ok daa~
p/s : what's on ur mind? ;P

Thursday 29 September 2011

Umie Artoqiemie, ken yu hep mi? ^^

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia




Credit picture Umie Artoqiemie

Macam mana edit gambar jadi macam ni? nak! nak! nak! nak tahu..
dah try cari software tapi semuanya tak boleh bukak.. haremmmm~
pergi dekat devian ART pun tak boleh donlod.. kejam lah :(

Plis hep mi umieeeeeeeeee ^^

ok daa~
hehe

Wednesday 28 September 2011

"Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita !"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia




Terima kasih kepada jehan frhin kerana telah mengetag BK untuk join ini.. memang menarik!

syarat syaratnya senang saja :
1) mesti jadik follower blog eyryn <wajib yerr>
2) like sini kalau sudi. .  <tak wajib langsung>
3) buat entry simple bertajuk "Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita !"
4) copy header ryn kat atas dan letak dalam entry korang <link kan balik ke entry nie>
5) tag 2 orang blogger lain and pastikan diorang tahu yerr. .
6) hantarkan link entry korang dekat komen entry nie =)

Perhatian:

ryn akan pilih 10 blog yang ryn minat and suke untuk di review. .
ryn akan buat entry khas untuk promote blog2 yang ryn pilih selame 5 hari. .
so, doa2 laa blog korang akan dipilih yerr ! =)

TARIKH TUTUP : 14 OKTOBER 2011 <sempena birthday adik eyryn >

okeh sekarang BK nak tag:


ok daa~

Tuesday 27 September 2011

Sesi bergambar bersama : Fitri Haris - ex UNIC

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Pertama kali jumpa depan depan sewaktu beliau join training EFA (ESQ For All) tahun berapa entah.. lupa dah..ehe.

then, habis training malam tu, beliau belanja makan tomyam.. sedappp.. baik sangat beliau ni :) tengkiu abg fit! next time belanja lagi eh.. ngehehe..

lagu suara azan memang jadi pujaan saya sampai sekarang.. :)

Hope to see u again! dan semoga berjaya dalam semua bidang yang abg fit ceburi.. nak kenal atau teringin nak menjemput beliau untuk membuat persembahan, boleh contact terus disini.

ok daa~
p/s : boleh nyanyi satu lagu khas untuk saya x?? hehe

Contest Hot and Cool

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

nak join klik sini.

Mari kita tengok syarat syarat nya.. mudah sangat! 

  • follow AM Blog! (tak wajib)
  • buad entry psl contest ni ! (jgn panjang sgt)
  • pemenang 3 org.. :)
  • contest mula dari -- 22/9/2011-20/10/2011
  • hantar link entry tuh (bkn url blog ok)
  • tampal banner skali ;)
  • 100 bloggers~
  • kalo byk tag! menang satu doodle!
  • tag 2 bloggers (makesure dieorang tahu)

tadi kita dah tau syarat syarat. sekarang cara nak menang pulak. sangat mudah sekali lagi.

  • kemas dan tersusun
  • pandai bodek di entry :D

"Blog saya warna pink dan ianya sangat cool! juga header buatan sendiri yang lagi cool! e'eh blog kita samalah, awak pun minat pink ye :) boleh la saya menang contest ni.. kalau saya menang, blog awak berganda ganda cool! *over tau..ngehehe. Marilah melawat blog saya yang cool giler nih!"

BK mahu tag ramai giler orang :


okeh cukup 15 orang di tag.. hehe

tapi kalau sesiapa yang nak join, jangan segan silu untuk join k! :)
BK tag orang yang baca blog ni juga..

ok daa~

Monday 26 September 2011

Antara kawan dan kekasih. mana perlu diutamakan?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Benda ini biasa terjadi dekat semua yang pernah berkapel dan juga punya kawan. pasti anda pernah dilema macam ni kan?

contoh dilema :
  • bila dua dua pun ajak pergi makan
  • bila dua dua plan untuk bertemu pada hari dan waktu yang sama
  • bila dua dua merajuk serentak, tak tau nak pujuk mana dulu
  • bila dua dua saling cemburu.. haa, jangan ingat kapel je boleh cemburu. antara kekasih dan kawan pun boleh cemburu tau
  • dan pelbagai lagi, anda senaraikan sendiri.
BK selalu kalah kalau kena macam ni. mula mula try ok kan diri mereka, kalau tak jadi, BK diam *konon merajuk tak layan langsung mereka. tapi last sekali diri sendiri yang kecewa.

kawan dan kekasih, kedua-duanya pun tempat kita mengadu dan tempat kita merasa gembira. kedua-duanya pun rapat. tak tahu antara dua bak kata farah dengan adam.

bagi anda, mana pilihan utama anda?
atau anda tahu bagaimana mengatasi masalah ini?
atau anda tahu cara membahagikan mereka?
kongsikan.. BK perlu semua nasihat.

ok daa~
p/s : kawan biar beribu, kekasih biar satu. tapi apa pun tak boleh~

How to remove malware from blog?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Baru pagi tadi terkena serangan virus malware gila ni. ini semua terkena sebab main accept je tanpa tengok dulu apa yang tulis *amaran sebelum masuk blog orang.. aiyoyo..

Rasanya virus ni takdalah bahaya sangat pun.. cuma risau kalau terberjangkit dekat blog kita/orang lain pulak kan..
Jadi, caranya senang saja..

  • kalau anda ada bloglist, remove saja bloglist tu. Pastu clear cache. tutup browser. then cek balik sendiri. 
  • ada juga sebab widget lain. contohnya: nombor pengunjung. dan lain2. senang citer buang semua widget. tapi buang satu satu lah. jangan terus buang semua.. menangis tak berlagu kang. =.=' pastu clear cache and tutup browser. cek sendiri balik. 
  • kalau anda pakai dashboard baru, tengok kat sini.
  • cara lain pulak. boleh cek sini.
* cache boleh cari di bahagian options browser anda.

harap ini dapat membantu anda :)
bak kata orang kampung BK "sharing is caring" 

kalau ada lagi malware ni kat blog BK. please please please kamu jangan nakal bagitau BK eh..

ok daa~
p/s : tengkiu awak yang baik hati.. selamat dah sekarang. grrr!

Sunday 25 September 2011

Blog kena VIRUS!! Argh!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Ni virus ke ape ek? macam dah terbejangkit dekat blog orang lain pulak.. kepada blogger kat atas tu.. please cek balik blog anda.. BK dah terkena! fuuu!

ok daa~
p/s : blog BK memang takde virus. harap maklum.. ada sesiapa tahu macam mana nak buang benda alah ni? huhu

Saturday 24 September 2011

Awesome blog! : mywithoutreasonii.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia




Nama diberi Myera
study dekat UiTM Segamat
suka ketawa

Sangat sporting
suka bagi pendapat sendiri macam Namee Roslan
Tulisan yang sangat sempoi
and surely selamba layan kepala otak..haha
sangat misteri sebab tak tunjuk muka full
but mana tau kan, satu hari nanti dia memang nak pakai furdah..insya Allah.
paling best otak gila gila, cakap ikut suka, jadi kawan sure happy
jadi follower pun baik juga.. pe lagi? jom tambah member!

Jom tengok blog Myera Nyera sekarang!

ok daa~
 happy blogging u'olls :D

Wednesday 21 September 2011

Yang mana pilihan DSLR anda?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Disini, BK nak buat survey kepada pengguna DSLR dan juga anda lebih minat kamera jenama apa. sebab?


Nikon?



Canon?


Sony?


Lumix?


Olympus?


Fujifilm?


Ataupun anda ada jenama lain? 

Sila bantu BK untuk buat survey ini.. :D
Terima kasih anda semua! memuah!

ok daa~
p/s : teringin nak beli kamera ini, tapi belum ada rezeki lagi. sama-sama doa kan ya! BK suka gila ambil gambar.. pantang nampak DSLR mesti nak pegang :)

Awesome blog! : robotcomel.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia





Miratun Madihah
Dari Ipoh, Perak
Diploma in Information Management (UiTM Segamat)

Blog beliau sangat menarik untuk dibaca
selamba badak
paling best suka berlawak dengan dudel serta gambar gambar yang menarik
tak rugi untuk menjadi kawan beliau ni
suka melayan di shoutbox
gila gila tahap gila! haha

JOM TENGOK BLOG ROBOT COMEL SEKARANG!

ok daa~
happy blogging u'olls :D

Sunday 18 September 2011

Siapa sini orang Kelantan tapi menetap di Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


*ulang tajuk :


Siapa sini orang Kelantan tapi menetap di Negeri Sembilan

BK saja nak tahu..hehehe ;)
kita geng! boleh cakap dua loghat yang tak mungkin sama loghatnya. er?

orang kelantan tak berapa boleh bunyi sebijik loghat negeri sembilan
orang negeri sembilan juga tak berapa boleh bunyi sebijik loghat kelantan.
tak caya cuba suruh diorang cakap. mesti ada slang negeri masing masing sikit..
*ni kepada yang betul betul jatilah..
tapi BK boleh..ngaa~

ok daa~
p/s : jom tengok blog bakal model muslimah yang cun! hehe.. series cun! :D

Thursday 15 September 2011

Misteri UiTM Segamat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Apa yang misteri kat UiTM Segamat ni ek?
kamu semua tak pernah dengar cerita ea..

Sebenarnya,
di UiTM Segamat ini................................................................


em..



takmolah cerita..



nanti kamu semua takut tak ek?



Disini sebenarnya.....





Sudah lengang! Student semua hampir 70% balik!
*haaa....korang takot tak... =.='


BK pernahlah dengar cerita ada seorang student kat sini dia phsyco. korang tau maksud benda alah ni?
aahh! google translate sendiri. BK cek tadi pun google bagi jawapan yang sama 'physco'. ape daa~

beliau seorang yang baik, memang tak kan nampak lah yang dia ni phsyco. tapi beliau mempunyai hobi yang pelik..


beliau suka duduk dalam almari pastu sengeh sengeh

beliau suka tengok orang tengah tidur pastu sengeh sengeh


suka ketuk bilik orang time pagi pagi buta


paling ngeri, beliau pernah duduk di UiTM time cuti lama. tak tahulah macam mana dia makan, tidur semua. dah lah orang takda kan.. *err..ngeri ke? tak kan =.='

beliau juga jarang senyum tapi once kita tersenyum dekat beliau, beliau akan berusaha mencari kita semula *nak berkawan lah kot.

sampai sekarang BK tak pernah jumpa student ni. takut juga kalau kalau terserempak kan..kang tetibe beliau asyik nak dengan BK je sampai BK pulak yang jadi physco..err..tak maun ler.. 

ok daa~
p/s : tapi teringin juga nak tengok muka beliau walaupun ada rasa takut.. grrr..


Wednesday 14 September 2011

Spinning UiTM flash logo

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Just nak hebohkan kat sini, sesiapa blogger UiTM yang ingin menunjukkan anda ini pelajar UiTM sentiasa dihatiku tu?.. hehe. Korang nampak tak flash logo yang berpusing pusing kat atas belah kiri tu?

apa??

korang nak juga??

boleh boleh.. klik je dekat logo tu, nanti dia straight pergi dekat tuan punya blog yang buat logo ni. dan cara cara nya pun ada sekali.

tengkiu WRY :D

selamat mencuba semua!

ok daa~

Tuesday 13 September 2011

Doa elak terkena sihir

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sihir, santau dan segala macam yang buruk akibat dendam atau ingin menjatuhkan seseorang. yang terbaru, boleh hantar ikut gambar kat fb. Ya Allah takutnya. yela, hampir setiap orang pun ada fb kan? kalau boleh janganlah letak gambar penuh kat fb, kalau nak letak juga, edit la sikit gambar tu, kasi lubang mana mana anggota badan. supaya benda tu tak dapat masuk.

Tetapi anda semua jangan terlalu risau jika anda amalkan doa kat bawah ni. Insya Allah dapat dielakkan.
Seboleh-bolehnya setiap perlakuan kita dapat dibaca doa ini dahulu. contohnya:

- sebelum makan dan minum
- sebelum masuk ke rumah atau kedai orang
- sebelum mengangkat telefon yang tidak dikenali
- sebelum tidur dan selepas bangun pagi
dan segala macam lah. harap dapat diamalkan doa pendek ini.


Mari sama sama kita menghafalkan nya! :D

ok daa~
p/s : jom puasa 6! bulan syawal masih ada lagi.. :)

Monday 12 September 2011

Segmen Lelaki Idaman oleh Robot comel

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Segmen ini telah diperkenalkan oleh robot comel yang aweswome dimana ingin mempromot kawan kawan yang masih single. nak kata mencari jodoh tak juga tapi untuk mencari teman hidup..*err tak sama ke? =.='
Jom kita tengok syarat syarat dan siapakah lelaki bertuah ini.. :)



cara cara nya sangat mudah

Rules 1: follow aku,kalau tak aku hempuk.Hahahaha. (Follow setia youuuuuu)
Rules 2: Copy banner ni. (dah copy kat atas tu dah)
Rules 3 : kalau kenan add je kat fb,boleh kenal rapat-rapat. (already friend)
Rules 4 :bagitau kat aku kalau korang dah siap segmen ni apa lagi post a comment lah.Senang aku nak trace. (dah publish, entry ini akan di post dikomen anda)


jangan lupa! segmen ini khas bagi mereka (wanita, gadis, awek, cewek, perempuan) yang single. kalau nak try jadikan skandal pun boleh.. ngahahaha..



Haa,lelaki ini yang aku ingin katakan pada para gadis sekalian makhluk. Orang panggil dia Aiem.Kadang panggil 'jem' sebab dia asyik sebut jem je. Dia ni baik orangnya,suka tolong orang,seorang yang bertanggungjawab pada keluarga,comel,suka senyum,happy go lucky. Dan seorang yang penyayang.Betul tak tipu.Pendek kata perfectlah!Cuma yang tak perfect ketinggian. Err agak rendang sikit tapi takpe,kalau perempuan tinggi dari dia maknanya murah rezeki.


Nak kenal Aiem? >Tekan Sini<

nak tahu lebih lanjut mengenai segment ini? boleh tanya robot comel.

ok daa~
p/s : who's next? hahaha.. segmen ini hanyalah gurauan semata mata.

pssstt.. jom baca blog cakap dari hati ni.. serius dari hati.. :)

Friday 9 September 2011

Cara cara menghindari cukai 6%

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Berkaitan dengan entry harga topap naik ni. BK ada lah buat sedikit perbincangan di dalam fb. ramai yang bagi cadangan untuk mengelak dari terkena cukai tah pape ni..

Antaranya :


Wifi free - yeah! seperti yang kita tahu, sekarang ni penggunaan wifi free ada di merata tempat dah. negara kita memang sangat maju dengan adanya wifi ini. boleh lah kita berhubung dengan menggunakan skype, ym, fb, oovoo dan segala yang ada di internet. yelah, handphone sekarang kan dah canggih, siap ada wifi lagi tu. boleh online kat mana mana je. tetapi manalah tahu kan, satu hari nanti, wifi free ni pun dikenakan cukai. adoiyai...


Public phone - kalau dulu dulu memang merata tempat ade benda alah ni. sekarang? kemain susah lagi nak jumpa kan? memula hanya boleh call orang je, pastu public phone dah canggih sikit, ade yang jenis boleh hantar mesej. kalian pernah pakai tak public phone ni? BK pernah! jakun giler time tu..ngahaha. ada yang kata, lepas ni kita kena beli beg besar untuk isi public phone ni. gile ape? tapi manalah tahu kan, satu hari nanti, public phone dicipta menjadi kecil seperti handphone pastu boleh bawak kemana mana sahaja. public phone ni ada 2 jenis tau, ada yang boleh pakai syiling, ada yang pakai ring ring card. siapa pernah pakai card ni dulu? sep sikit.. heee~
*macam mana pulak kalau bertukar menjadi seperti handphone pastu nak masukkan syiling? =.='


Utus surat - wah! kembali ke zaman awal awal handphone mula nak diperkenalkan.. time takde handphone dulu, asyik utus surat je. dulu setem murah boleh lah, sekarang ni dah mahal sikit..tapi cara ni sangat best sebenarnya, boleh simpan kenangan tau. *ada lagi surat surat yang BK utus dengan kawan BK dulu. Bila tengok balik rasa macam kelakar gila! :D jom kita mengutus surat! yey! rindu zaman tu..


Agen Top up - ada yang kata untung ada yang kata tak. tak tahu lah mana satu yang betul ni. teringin juga nak jadi agen topap. tak reti sangat nak terang pasal ni. tapi bagi pandangan BK lah kan. jual topap ni memang untung even untung sikit je, tapi untunglah juga kan. contohnya, harga topap sebenar rm9.70. kita jual dekat orang rm10. kita dah untung rm0.30. kalau kita jual dekat 100 orang dah jadi rm30. kalau ramai ramai lagi? haa dah banyak kan. bak kata pepatah "sikit sikit lama lama jadi bukit/kaya" hehe.. siapa nak try jadi agen? >Tekan sini<

Selamat mencuba kawan kawan! kalau ada cadangan lagi, bagi lah tahu eh. boleh kita berkongsi bersama :D

ok daa~
p/s : di setiap perbuatan pasti ada hikmahnya.. jadi mungkin ada hikmahnya kenapa kita perlu terima cukai ini. *arghh! tak suke topap mahal..dah la selalu nak kena pakai topap. pokai weh! :p

Harga topap akan naik 6% pada 15 september 2011 :'(

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Berita terkini :
harga topap akan naik 6% pada 15 september 2011. 


Tak salah kalau nak naik segala benda tapi please naik kan gaji. mana yang kerja ada bos kira masih dapat duit setiap bulan *itupun tak cukup untung menampung diri dan keluarga. yang kerja sendiri?? siapa nak bayarkan gaji??

Ya, BK datang dari keluarga yang sederhana. umi abi BK bekerja buka klinik sendiri. even ada gelaran doktor sekalipun kalau bekerja mengikut 'kalau ada pesakit, adalah makan untuk hari ni, kalau tiada pesakit, tiadalah makanan' kira macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang lah. tapi ni kira boleh hidup lagi. kalau yang kerja jual nasi lemak pagi pagi, pastu petang jadi pekebun sementara, then malam ajar budak budak mengaji. cukup ke duit beliau? tak cukup kak oi. lagi lagi yang dah berkeluarga. 

Berbalik cerita umi abi BK tadi. Kalau dah kerja doktor mesti nak kena pakai prepaid yang banyak kan. ada setengah pesakit yang pandai misscall je, then, doktor yang kena call balik. pesakit sayang kredit! Doktor beriya-ria nak tolong pesakit kesayangan dia ni supaya cepat sembuh. tapi? boleh pulak prepaid naik harga. even tak banyak sekalipun setakat berapa puluh sen je yang naik tapi sangat berharga tahu! setiap hari pun nak kena topap. kalau sebulan 30 hari x rm10.60 = rm318. rm18 tu dah boleh makan kfc dinner plate tau siap boleh belanja pesakit tu lagi.

kami yang student ni apatah lagi. harapkan duit ptptn dan duit fama (father mother). yang kapel kapel tu lagilah kan, terpaksa la fikir banyak kali kalau nak bergayut tiap tiap malam tu..hehe. tapi kepada orang single? jangan sangka tak berkapel ni tak pakai prepaid, kami lagi memerlukannya tau. kalau kami ada masalah dengan assignment, kami nak kena call pensyarah, call ahli group yang lain *kalau assingment grouping lah. dan macam macam lagi. :'(

Ya Allah, Engkau berikanlah sedikit kekayaan mu kepada yang memerlukan supaya kami dapat mencari ilmu dan memperoleh rezeki halal Mu di bumi ini serta kami dapat terus beribadah kepada-Mu Ya Rabbi. amin.

ok daa~ 
p/s : kan best kalau kerajaan memahami orang susah seperti kami ini. psst..jom jadi agen topap. untung~ :D

Wednesday 7 September 2011

Tips :: menjadi pintar yang sangat berkesan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Siapa kata belajar itu memenatkan, meletihkan, menyusahkan, memeritkan? tak payah angkat apa apa.hehe..
Masa zaman sekolah, BK memang suka giler pergi sekolah sebab ada ramai kawan. Bukan kerana nak belajar, kerana nak main dengan kawan kawan. tapi dalam bukan kerana nak belajar pun BK pandai ape. selalu dapat result no 2 atau no 3 *dari belakang. apa jaddainya?? haaa.. BK tahu ramai student student sekarang rajin dan pandai yang amat macam BK ni kan.... siapa tak ngaku dia kawan beruk. hahaha.

Masa UPSR memang terlalu pandai sampai dapat 1A je. kira oklah ade A. yelah waktu tu memang selalu fikir nak main je. Bila dah masuk sekolah menengah, dah start pakai surat khabar untuk jawab soalan soalan peperiksaan. ini sangat berguna ok. eleh ini pun, cikgu yang wajibkan untuk buat. kalau tak dia jadi kawan beruk..hahaha. *beruk dapat nama dalam blog BK weh. :p Time tu barulah meningkat banyak sikit huruf A tu. lapchu surat khabar. engkaulah banyak membantu hidup ku ini. *poyo!

Itu dulu kak oi, sekarang ni dah tak payah pakai surat khabar dah. pakai Internet je. senang giler! bukan cikgu cikgu je boleh cek, mak ayah kita pun boleh cek sekali. baru diorang tau kita punya tahap sampai mana kan? tak cukup dengan internet, kat TV pun ada weh.. kita tengok je pastu kita jadi pandai and pintar. gempak seh!

kan bagus kalau ada benda alah ini time BK nak exam dulu. straight A's semua nanti tau!

BK ada adik untuk PMR dan SPM tahun ni, harap diorang dapat baca blog ni dan terus jadi pintar :D
Trial PMR dah lepas, jadi korang kena fokus untuk exam sebenar pulak kan and
Sekarang tengah trial SPM, korang memang disarankan untuk tengok ini supaya dapat membantu korang jawab exam nanti dan tak lupa untuk student UPSR juga!

So, tips nya adalah : ten teneng teneng!!!


untuk student UPSR better korang Klik Tutor ni


untuk student PMR pulak, korang boleh pandai dengan Klik sini.


untuk student SPM, korang boleh dapat straight A's dengan klik cepat cepat Kat sini

Tak rugi weh.. Dah la ada video video best. 
Semua pakai gambar gambar cun.
Insya Allah senang ingat dan baru boleh dapat DUIT!  (Doa, Usaha, ikhtiar, tawakal

Untuk student u takde ke macam ni?? =.='  

ok daa~
p/s : Doa elak malas"ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku belindung kepada Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia"

p/s/s : Doa dah sudah, kita usaha pula kali ni, time exam kita ikhtiar, dah habis exam kita tawakal :D

nak tahu cara menang contest? Jom tengok blog ni! ada tips berguna.. :D

Monday 5 September 2011

"Amadkhir's First Giveaway"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia




terima kasih kepada robot yang sangat comel in the world kerana telah men-tag BK yang sengal ni.. hehe


tarikh tutup untuk GA ini pada 30 september 2011. so masih ada lagi.. ape lagi? jom tengok syarat syarat mudah ni :



1. tak wajib follow. tapi kalau rasa blog beliau best, follow la. haha.
2. entri korang haruslah bertajuk "Amadkhir's First Giveaway"
3. letak banner atas tu kat entri korang dan link-kan banner tu ke entry ini.
4. tag paling kurang seorang kawan korang untuk join. maklumkan kat dia skali.
5. letak link entri korang kat ruang komen kat entry tu.

BK mahu tag :
dan semua orang yang baca blog ini 

ok daa~
p/s : pssstt.. terjumpa blog pink yang best! jom baca :D

Sunday 4 September 2011

SAYA BLOGGER PINK BERLEMAK.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



1st sekali saya memang suka sayur masak lemak. hehe. saya sudah pun follow blog awak yang comel ni. andaikata saya tercalon dalam bloglist ini, harap kita boleh saling berkongsi ilmu dan pengalaman dan juga trafik. hahaha. saya juga berminat dengan color pink dan blog saya sekarang adalah color pink.. pink is harmony.. :D

ok daa~
p/s : siapa nak join sekali jom klik sini. siapa blognya color lain, sila tukar sekarang! haha.

Namee Roslan - she is inspired me!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


hari ini habis 1 blog Namee Roslan aku tibai baca. best sangat best wow!. dah lah tak sombong. memang sangat menarik. blog baru 9 bulan dah ada 3 ribu follower. *tabik!

siapa kata, blog yang ade gambar gambar cantik je ada ramai follower? nah! ni bukti blogger yang tak berapa banyak gambar gambar photoshoot tapi ramai orang nak baca blog beliau. Namee Roslan *nama bapa kita nak dekat sama dah. haha. ada juga tips tips berguna dalam blog ni. yang paling best ayat beliau mesti sempoi dan senang nak baca.
teringin nak jadi macam beliau. ramai orang hargai penulisannya. semoga saya mendapat idea yang best macam awak juga namee.. hee~

ok daa~
p/s : selalu tunggu beliau update blog.. lapchu namee! :D

Sawi bermaksud rogol

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

satu hari didalam kelas english. kami tengah berbincang pasal 1 karangan pasal gejala sosial.
lecturer ade menyebut 'rape' yang bermaksud rogol. tetiba lecturer suruh cari lagi 1 maksud rape.
aku pun carilah dalam besta manual (kamus lah maksudnya).
Rape = sejenis tumbuhan, sawi. tak caya cuba cari dalam kamus korang.


terus keluar dari mulut kami "aku sawi kau nanti!" bahaha..
lecturer kata jangan guna perkataan ini kalau nak beli sayur sawi
contoh ea : uncle, can you give me one rape?
sia2 kene rogol free kat situ nanti.. :p

ok daa~
p/s : esok dah balik Uitm segamat. nak jumpa hanis zalikha.. haha.

Saturday 3 September 2011

Seseorang telah ceroboh blog saya!! Grrr...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

inilah akibatnya kalau orang lain pun tahu password kita..
ini entry yang dicerobohi.
tapi nasib baik, beliau tak tulis benda buruk buruk.
al-kisahnya begini.. beliau telah berfikiran buruk terhadap BK.
beliau yang dimaksudkan disini ialah kawan baik BK sendiri.
oleh yang demikian, sesi merajuk rajuk pun berlakulah.
mungkin dengan cara menceroboh blog BK ni sambil tulis kata maaf
boleh membaik pulih hati BK ni. *alolo suweetnya..
maka..

ya kawanku.. saya sudah maafkan awak
lain kali jangan buat lagi eh eh eh..
lepas ni saya saman awak 1 juta kalau awak ceroboh lagi blog saya.. grrr.

ok daa~
p/s : jom tengok barang handmade bapak comel gilos kat sini :D

i am sorry to my best friend

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

before saya memberi kata-kata yang merepek.. saya mintak maaf sebab sudah ceroboh masuk awak punya blog..

sebenarnya saya masuk awak punya blog ini. saya nak mintak maaf  sebab da salah faham apa yang awak semalam..  saya tak la ungkit benda ini walaupun kecil tetapi hati saya tak senang sebab apa saya da buat kat awak.. so sempena selamat hari raya ini or selepas ini, saya betul-betul menyesal dan harap saya boleh betulkan keadaan..

p/s : lawa awak punya gambar..
     : jangan pening-pening dan  harap siapkan assignment tu dengan baik..
     : sory tau saya tulis kat blog awak pasal benda ini.. harap jangan diburukkan lagi..

 




Friday 2 September 2011

Phoenix oleh Fynn Jamal. ah~ha aku masih lagi bernafas..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Aku sangap lagu ni weh.. love fynn jamal! dengar lagu ini disini.



Phoenix

(fynn jamal)


ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati


pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun
kau cipta aku untuk kau musnah di bila perlu
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu


mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati
ku sentiasa kembali
walau dibagi api
walau terhancur diri
tetap ku gagah berdiri


kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi
lagi kau pedang aku
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku
lagi kebal rusukku


ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati


tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati


(emc shaz)


aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci, dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti


ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi


my heart was hurt deep ya'll can listen to my heartbeat
the wound is getting deeper my blood is getting thicker
but i'm stronger than you, boo, you can't keep me away
my phoenix will be by my side you gotta step aside!


(fynn jamal)


ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati


tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati


mungkin sebenarnya
ku mahu percaya
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata


mungkin satu masa
setiap setia
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya


(emc shaz)


everybody cursed me cuz i got no loyalty
it was you all along been cheating on me
you wanna fight fire with fire, come stab me with a knife
if that's what you want it come on give it a try!


you dead wrong if you think my phoenix gonna die
i'm still standing right here waving you good bye
all these years all the pain and the suffer i take
every breath you take you gonna regret when you're dead!!


(fynn jamal)


ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati


mati.

ok daa~
p/s : lagu fynn jamal semua sedap sedap. makanan untuk hariku hari ini.