Monday 28 March 2011

BK tabik kepercayaan mu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Belog BK sudah lama wujud, tapi bila heboh dekat semua orang, semua kata BK tipu. Sabar jela T_T 
Yang terharunya, dalam ramai - ramai yang tidak mempercayai kewujudan belog BK ni, ada seorang la yang berani membuka dan terus menjadi follower belog BK. Terima kasih Syah Safian kerana mempercayainya dan tahniah! anda telah berjaya menjadi follower BK yang ke-3 :)

Beliau juga mempunyai belog. Boleh lah lawati belog beliau yang berbunga - bunga merah itu. Atau pun boleh add terus di facebook beliau


Syah Menggila!
Serba serbi tentang beliau : Nama diberi Shahidah Safian
                                      Panggilan Syah
                                      Jurusan Diploma Pengurusan Maklumat
                                      UiTM Segamat
                                      Status - Single but not available :)
                                      Trademark - "Menggila!!"
                                      Sempoi tahap dewa
          (sumpah tak pernah jumpa orang sesempoi syah)


P/s : sesiapa ada calon yang sesuai untuk syah ni, boleh la kenen2 kan ek.. jangan marah syah :D


ok daa~

Saturday 19 March 2011

Terima kasih :')

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Terima kasih diucapkan kepada 2 orang yang berjaya menjadi follower terawal BK. Al-maklumlah blogger yang baru sebulan jagung (sebenarnya baru nak tanam jagung).




Mereka ni memang best! bacalah blog mereka :) 
sorry ambil gambar tak bagi tahu. BK main curik je ni.

Rajin oh rajin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

rajin!!! daku seru dikau datanglah pada ku.. oh rajin, kerana engkaulah dapat ku menyiapkan segala kerja tetapi kemana engkau menghilang..??

kembalilah padaku oh rajin ku sayang~
daku rindu padamu.. ceh! kalau dah malas tu malas lah jugak. rajin pun tak mahu dekat T_T

Wednesday 9 March 2011

Ada tapi macam tak ada

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Apa yang ada tapi macam tak ada? siapa tahu? angkat tangan macam saya.. (seperti tangan usop dalam cerita hantu kak limah balik rumah)

Jawapannya blog BK lah.. wujud tapi tak berisi. kalau ada pun satu dua post je. siapa ada tips nak kasi rajin update blog? tolong lah beritahu BK. 

ok daa~

Friday 4 March 2011

Bertemu dengan Hanis Zalikha

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

kawan sejati sampai mati berduet dengan Hanis Zalikha

Pertama kali dapat tahu BK bakal masuk UiTM Segamat, kawan-kawan semua dah cemburu. Cemburu sebab BK 1 UiTM dengan Hanis Zalikha. Siapa Hanis Zalikha? Blogger yang famous tip top cun melecun sampai boleh masuk lalat dalam mulut kalau tengok dia. Selalu baca belog je, tak sangka boleh jumpa depan-depan. Dia memang cantik menawan. Terima kasih Hanis sebab sudi bergambar dengan kami. 


p/s : terpaksa memakaikan tudung untuk kawan saya yang kanan sekali tu sebab sekarang dia dah berubah memakai tudung. ketika ambil gambar ini, beliau belum terbuka hati untuk memakai tudung.. hehe