Friday 7 October 2016

Hari-hari terakhir di kilang. Nak tukar tempat praktikal baru

Assalamualaikum,

Harini saya last dekat kilang sini. Banyak benda saya belajar, tapi apakan daya setiap hari pun kena marah. Kerja dengan cina, memang macam ni kot. Pesen tak menyabo. hahaha eh entahlah.. dulu pun saya kerja Giant dengan cina juga (boss cina) tapi memang ye la. diorang memang pesen tak menyabo. kerja nak cepat aje.

Saya ni dah la baru dalam bidang coding. masa belajar dekat U haritu pun hanya basic aje. sampai je kilang ni, saya dapat bahagian IT Software. dia pakai pulak language Asp.Net, C#. pastu ade pulak database SQL Server. pergh! semua tu baru bagi saya. dulu saya belajar pakai PHP aje tu pun buat final project yang simple-simple. alhamdulillah dapat lulus.

Minggu pertama masuk tu memang ok la. dia ajar la saya semua nya.. lepastu boss dia dah tak kasi nak ajar sangat, apa-apa suruh saya cari sendiri. bila tak jumpa atau tak dapat buat, dia marah-marah saya. dah la environment office sini terbuka, takde penghadang-penghadang apa semua. memang semua dengar la yang saya kena marah. sampai ada seorang akak ni dia siap perli saya "budak intern ni, memang kena ajar, kalau tak semuanya kena suap"

Eh hello, dah nama pun intern/trainee, memang kena diajar pun. haish.. saya memang ada juga cari sendiri solution jika coding error. tapi kadang-kadang tu saya memang tak faham kenapa tak menjadi juga sistem saya. ada pulak, takde error pun, tapi tak muncul-muncul sistem saya. pening-pening...

dan sekarang, saya dah nak tukar ke tempat lain. saya pilih library aja. saya tau dekat situ nanti mesti saya tak banyak kerja dan mesti kena buat kerja lain selain IT. tapi tak kisahlah, dapat juga pengalaman lain kan.. hehe

Isnin ni dah mula dekat tempat baru. harap-harap semuanya ok. dan isnin ni juga birthday suami saya (10 /10/2016). saya ada plan nak buat surprise delivery dekat dia. harap-harap menjadi. hahaha

yang tu story lepas dah jadi la ye.. hehe

Selamat hari lahir suami yang ke 33. (Beza 7 tahun dengan saya.. heee) semoga panjang umur, diperluaskan rezeki dan bahagia bersama saya sehingga syurga. amin




 Dating dekat IKEA Damansara. Saja bawak dia datang sini, tak pernah datang katanya. 
Hmm, kalau ikutkan hati, nak aja saya bawak awak pergi banyak tempat. tapi malangnya cuti kita tak pernah sama T_T. waktu ni muka jerawat teruk double nangis T_T T_T 

10 comments:

  1. Hi ucing follow blog ini (^_^)

    ReplyDelete
  2. Oh! hari ini 1st day di tempat barulah ya..?
    Macam mana tempat baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. smoga urusan di tempat baru dipermudahkanNya..

      Delete
  3. sabor2.. all the best..! biasa la tu dugaan tempat kerja.. dulu masa tahun pertama kerja hospital, mmg havoc habis.. haha

    eh, tau2 dah kahwin? waaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg!! komen tahun 2016. 3 tahun dah berlalu ni. haha

      Delete
  4. menyepi balik nmpaknya.. hehehe.. dah nk sebulan ni.. ni mesti sibuk.. hehe
    xpe, take ur time.. all the best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah pha is.. baru je nak bukak blog ni. bersarang teruk haa.. haha

      Delete
  5. Salam, boleh tukar ye tmpt intern? Mcm mna ye? Sy mengalamai nasib mcm cik ni. Sebijik pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, mula2 kena bagitau pensyarah, lepastu saya teruk pergi jumpa kpp. baru dapat setel. agak lama jugaklah.

      Delete