Thursday 28 March 2013

Cinta lepas nikah

hai ;)


How about you? (n_n)v

bai. 



Tuesday 26 March 2013

ENT 300 - Kidal's House

Hai ;)

Alhamdulillah akhirnya selesai ujian yang begitu besar bagi saya dan ahli group saya. padahal ini bukan subject core kitorang tapi dia punya cuak nak present tu kemain lagi. macam-macam spekulasi dengar pasal presentation ni. katanya panel garang kemain nak meninggal lah, tanya soalan-soalan killer lah. macam-macam. tapi time kitorang ada beberapa soalan je yang kami tak dapat jawab, yela kami ni bukannya tahu sangat pasal keusahawanan ni. so tergagap-gagap sikitlah nak menjawabnya. dan akhirnya semua selesai. hanya mengambil masa setengah jam sahaja. rasanya group kami yang paling kejap untuk harini. yang lain semua sejam-sejam. lama kan? tah apa yang panel tanya pun tak tahulah.

ok, kami menjual product left-handed. yang bestnya, ada salah seorang panel kami ni, dia kidal. so senyum-senyum aje dia dengar kami punya presentation. agaknya dia sukalah tu :p


Ehem, kemain tinggi darjat saya dalam group ni. tapi last-last bukan saya yang cakap semua. tu, yang marketing officer saya tu yang menjawab semua soalan. sabar jela. bukan saya tak pandai nak speaking tapi saya blur dengan soalan panel. hanya dia je yang faham, maka saya berikan dia jawab semua soalan. kesian dia. techu wana, nanti fisa belanja aiskrim solero eh :)

Ya Allah baru perasan, nama shikin jadi ASHKIN. maap ye. tertinggal huruf disitu.. jangan marah.. hehe

Memang banyak dugaan betul untuk subjek ni. duit kami habis berpuluh-puluh. rasa macam dah tak payah  ada paper untuk subjek ni dah, tapi malangnya, inilah subjek pertama yang akan kami tempuhi rabu ni. doakan kami.



Akhir kata, kepada yang bakal akan mengambil subjek ni, jangan gelabah. kalau boleh sediakan semuanya awal-awal. jangan buat last minute. lagi-pagi part finance. 4 kali kami print untuk finance sahaja. sangatlah mendukacitakan. tapi akhirnya semuanya ok. and jangan takut kepada panel. jangan dengar segala perkara yang ditakut-takutkan. takde apa-apa pun sebenarnya. just rilex and cool okeh :)

bai.
p/s : Sedih bila mengenangkan bila saya bakal habis sem ini. ini adalah sem terakhir saya. bakal merindui semua perkara yang berlaku di UiTM Segamat ni :(

Saturday 23 March 2013

Say hello to my 1st niece

hai ;)


kecik keledek je dia.. omey-omey. habis semua setiap inci badan dia saya picit. kemain geram! aum aum.
oh hi, nama saya Muhammad Tariq Iman. dah besar mesti saya handsome.okbai.

Tuesday 19 March 2013

What i feel like saying..... #7

Hai ;)



Teringat saya dekat satu cerita zaman-zaman sahabat dulu, seorang pelacur pun boleh masuk syurga. tapi saya tak ingat cerita yang mana satu. maafkan saya kalau saya tersilap. So, janganlah terus merasa give up and taknak berubah langsung. Dah alang-alang buat dosa, biar terus sampai ke neraka. amboi pepatah, sangat mematahkan semangat.  Allah tu kan maha penyayang dan pemaaf. jom kita sama-sama minta maaf dekat Allah. dah lama sangat saya tak bercinta dengan kekasih abadi saya ni :)

"Mari bercinta dengan Pencipta sebelum bercinta dengan penciptaannya" 
hehehe.. suka hati je :D



Monday 18 March 2013

Dear boyfriend

Hai ;)

Dear boyfriend,


Saya nak awak menjadi boyfriend yang merangkap sebagai suami, imam, BFF, ayah ibu, a shoulder to cry on, berkongsi senyuman, tak pernah serik tarik saya ke jalan syurga, TAK MEROKOK, menghormati orang tak kira muda atau tua, yang paling penting bertanggungjawab dan setia dan jujur dan taqwa. (dah macam lagu wali band)

Sincerely,




Demandkan saya? hehehe. yang penting tahu batas2 agama. malunya cerita pasal benda2 ni. macam nak kahwin dah pulak.. mihmihmih
ok bai.


Monday 11 March 2013

Dinner

hai ;)

Dinner kami yang last.. sob sob :'(


Bersama kawan terbaik yang kuat merajuk.. teeheee


Rakan sekelas yang awesome tapi tak ramai yang ada ni.. sob sob


Kamimekdota. will forever untill jannah. Insya Allah 

Saja nak update gambar je. hehehe.
nak edit gambar macam ni?
tengok kat atas tu.. ada edit gambar vintage. klik situ, then dah boleh edit macam gambar atas ni..
ngeeee :D

bai.




Friday 8 March 2013

Merajuk



kau merajuk
malas aku nak pujuk
sebab aku tak pandai memujuk

aku merajuk
tak payah nak pujuk
cukup kau minta maaf walau sebenarnya memang salah aku

inilah diri aku.


Thursday 7 March 2013

When you tell me that you love me


Baby,
Every time you touch me
I become  a hero
I'll  make you safe no matter where you are
And bring you anything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a  candle in the dark
When you tell me that you love me
:)





Umi, abi, adik-adik, teman-teman, awak
saya rindu semua.