Sunday 25 November 2012

Mariam Kampung Putat

Hai,

Cerekerama yang dilakonkan oleh Hanis Zalikha memang sangat menarik. lama-lama makin naik nama beliau ni. dah lah cantik, pandai, memang orang kata perfectlah! :D
Cerita ni ala-ala cinderella moden kata robot comel. boleh tahanlah. nampak gaya lakonan beliau macam kaku, tapi nanti lama-lama dah biasa berlakon dah boleh jadi handal dah satu hari nanti. asalkan dia tak lupa diri.. hehe. i love hanis zalikha.

Ehem, lagi seminggu dari sekarang nak masuk UiTM balik dah. Tak sangka nak dekat habis sem dah. masuk kali ni saya dah last sem. so yeah! happy. nanti dah boleh grad. lepastu masuk degree pulak.lepas tu kahwin. yeah. ehe.

Oh masa mula-mula masuk UiTM Segamat, agak sedikit mengeluh sebab jauh dari rumah. 3jam kalau naik bas. tapi bila ada seorang kawan ni kata "untunglah kau, dapat jumpa hanis zalikha" dan saya macam "eh? dia tu blogger kan? dia belajar dekat situ ke?" masa minggu orientasi ada seorang lecturer tu asyik mention nama dia je. so saya pun macam percaya sikitlah. dan makin lama saya terlihat kelibat dia dekat kolej saya. dan kebetulan, dekat mana je saya ada kelas, kelas dia mesti berdekatan dengan saya.sampai saya dah hafal dah. punyalah minat dengan dia sampai sanggup tunggu nak bergambar.

orang kata dia sombong. tapi satu hari tu saya tunggu dekat satu tempat yang mana tempat yang biasa dia lalu. then tetiba nampak dia. terus saya minta kawan saya tolong ambilkan gambar. then dia kata "boleh, jom" maka terjadilah gambar dekat bawah ni.. hehe



aceli, saya tak bersedia lagi nak ambil gambar.thats why muka saya happy gila macam kat atas ni -_-'

So.. tak sabar nak habiskan diploma ni. yeyeh! doakan saya ea. serta kawan-kawan saya yang lain juga. hehe

oh dan kepada Hanis Zalikha, semoga terus berjaya. jangan lupa asal usul diri ya. kebanyakan orang kalau dah jadi artis, mesti akan berubah. berubah menjadi seksi. awak jangan jadi macam tu. saya minat awak ni :)

bai.
p/s : semua orang dah beli barang nak balik U. tapi saya? tunggu baucer dengan ptptnlah.. hehehe



Wednesday 14 November 2012

"2012 Tahunku Yang Cantik"

Lamanya tak join contest. Bila dah selalu datang ke blog Syaifuddin Alias ni rasa macam nak join pula. Lagipun rasanya contest yang dia buat ni nampak menarik dan lain dari yang lain. Tak salah saya mencuba kan? :)

Oh hadiahnya, kita mungkin akan memenangi sejumlah wang yang banyak! RM500++. Banyakkan? Well siapa yang takmau duit.. heee
Terima kasih kepada semua sponsor yang baik hati :)



ok lets begin....

"2012 Tahunku Yang Cantik"

Sepanjang 2 tahun saya berblogging ni. Buat pertama kalinya saya mendapat pageview 1000++ yang mana entry mengenai Pierre Andre di Anugerah Skrin ni. Memang ini yang paling sangat-sangat membahagiakan saya. mereka kata saya berjaya mendapat SEO. padahal saya tak tahu sangat pun benda tu. hahaha. mungkin kebetulan kot. :p

Dalam tahun ini juga, blog saya mula meningkat naik. dah ramai yang datang ke blog saya dan mendapat pengkomen yang setia. Terima kasih awak-awak semua. Awak semua memang cantik-cantik dan kacak-kacak belaka. oh dan Insha Allah dalam tahun ni saya akan cash out kan nuffnang saya buat pertama kalinya. yey! mungkin selepas tamat contest ini saya akan cash out.. hehe. very happy dan tak sabar nak tunggu. ngeee

Gambar paling latest

walaupun saya ni tak secantik mana tapi comel mungkin, jadinya saya mengharapkan diri saya akan bertambah cantik lagi lepas ni. bukan hanya luaran sahaja tapi dalaman juga. saya pernah berharap untuk menjadi seorang muslimah. tapi memang susahkan kalau kita nak berubah terus. perlukan azam yang tinggi. Insha Allah saya pasti akan berubah menjadi lebih 'cantik' pada masa akan datang. (n_n)v

oh dan kawan saya yang sebelah tu pun saya berharap dia dapat terus jadi 'cantik' dan terbuka hati untuk memakai tudung satu hari nanti. cantikkan dia? sama-sama kita doakan. amin.

Ok itu sahaja. maaf kalau ada salah silap dalam pembikinan entry ni ye syaifuddin hehe.. So, saya menyeru semua blogger yang cantik-cantik dan kacak-kacak sekalian untuk join contest ni. sama-sama kita meriahkannya! Ayuh ;D

p/s : sudah rindu yang teramat pada kawan-kawan di UiTM. :(
p/s/s : kepada blogger bicaraohsicinta zieyzain. blog awak kena virus malware.tak dapat nak baca blog awak..harap awak dapat selesaikan virus tu ye. huhu


Tuesday 13 November 2012

Korang mesti akan ketawa kalau faham ini :D



If you know what it is mean.
surely korang akan ketawa macam saya.
hahahaha :D


Monday 12 November 2012

Kerana Pierre Andre, saya dapat 1000++ pageview

  

Buat pertama kalinya saya dapat view 1000 lebih. Very happy :)
Thanks awak-awak yang sudi tengok blog saya.. heeee 
Oh thanks juga dekat Pierre Andre. Semoga Allah lindungi beliau serta kita semua. Amin.
Nak tahu kenapa dengan Pierre Andre? Klik Sini.


Sunday 11 November 2012

Women Logic


Hakikat sebenar perempuan..
well~
Thats why perempuan ni susah nak faham
even kami sendiri pun tak faham dengan diri sendiri.
Acane?



Saturday 10 November 2012

Respek Pierre Andre - Anugerah Skrin 2012

hai,




Anugerah skrin 2012 menarik. tapi ramai yang kata bosan. tapi zizan punya lawak yang hanya 2 minit tu mampu buat saya ketawa :)

yang paling best adalah bila Pierre Andre diumumkan sebagai pemenang. Ayat pertama yang keluar - Lailahaillallah. Alhamdulillah.. banyak kali dia sebut nama allah. saya jadi teruja waktu tu. 

maaf, saya tak ingat apa yang dikata. nanti, rujuk surat khabar ye.. ataupun boleh rujuk video youtube ni.

pape pun, Anugerah Skrin 2012 kali ini agak kurang memuaskan. mungkin lain kali boleh buat persembahan yang lebih menarik lagi.. :D

bai.



Tuesday 6 November 2012

Miss International Queen 2012 transgender/transsexual

Hai,

tadi baru je jalan-jalan dekat yahoo news, then ternampak berita ni.. hmm..
cantik-cantik juga mereka ni.. :D

Baru berlangsung 2 november 2012 lepas dekat Pattaya. Seramai 21 peserta dari 15 buah negara. Mereka semua dilahirkan lelaki. Bertanding selama seminggu untuk pertandingan ini. Dan pemenangnya adalah :




Kevin Balot Dari Filipina - Pemenang


Boleh tahan.. hahaha


Dari Brazil


Dari Jepun


Dari US


Dari Thailand


Dari Brazil


Dari Filipina


Nak tengok gambar lebih banyak boleh klik sumber ni :)
Diorang ni kalau dah cantik, cantik sangat. haish.. macam-macam..

bai.


Friday 2 November 2012

PTPTN untuk pelajar yang habis belajar sem 5

hai,



Ini pertanyaan yang saya tanya pada PTPTN :

Saya nak tanya, saya dapat pinjaman RM15 ribu untuk 6 sem. tapi saya hanya belajar sampai sem 5 sahaja. jadi, macam mana dengan baki pada sem 6 tu ye? adakah akan di bagi pada waktu saya sem 5 atau tidak akan dapat langsung?


Ini jawapan PTPTN :

Untuk makluman, pembiayaan hanya akan diberikan bagi pelajar yang masih aktif belajar sahaja. jika telah tamat pengajian lebih awal, pelajar hanya membuat bayaran balik jumlah yang diterima sahaja dan bukan berdasarkan perjanjian.


So kawan-kawan? tak dapatlah kita merasa lagi rm2500 tu. melainkan kalau kita repeat paper.. oh no no no.. janganlah ada yang repeat.. amin.

bai.