Friday 22 June 2012

Tarian Enjut yang WOW!

hai,

enjut enjut enjut ewah enjut
enjut enjut enjut ramai ramai enjut..

First time saya dengar enjut bunyi macam lucah je.. hahaha. ehem..




macam biasa, yang banyak salah tu saya -_-'


ok tarian pertama ulik mayang
kedua samrah (tarian ala arab)
ketiga joget
keempat enjut

kami berlatih 2 hari sahaja! memang mengakulah tak cantik sangat kan.. tapi 2 hari punya latihan boleh lah.. time tulah kami nak koreograf semua tarian.. memang pening. sampai pakgad kat uitm ni bising.. sebab kami berlatih jam 8 malam sampai 12 malam.. bukannya sampai 2 3 pagi pun kan.. sabar jela..


Kami penari KASWARA :)



Design kostum memang simple giler, pakai inner dengan seluar geli-geli and tudung bawal ikat macam tu je.. eh ikat reben macam kat atas ni. ini saya punya reben.. hehe..

Ok kalian mesti dah tau mana satu saya kat dalam video kat atas tu kan? =='

bai.
p/s : lepas ni kami nak buat tarian enjut tu sampai habis lagu. yang kat dalam video tu sikit je. yela 2 hari aje nak berlatih kan.. hehe.. tunggu yang version sepenuhnya okeng! heeee :D

Monday 18 June 2012

Kenapa duit nuffnang saya tidak meningkat?

hai,

Kepada orang sederhana lama macam saya mesti selalu tertanya-tanya pasal benda ni kan?
dah hampir 2 tahun saya mendaftar nuffnang tapi masih tak meningkat2 duitnya..
yang lain baru je berblog dah dapat beratus-ratus setiap bulan.

Siapa berasa jeles macam saya angguk kepala! *angguk2*
Senyum.. :)


  • Kenapa duit nuffnang saya tidak meningkat?
  • Saya dah letak iklan dekat blog tapi kenapa masih tak dapat Buffered Earning?
  • Kenapa blogger lain boleh dapat sedangkan saya tak dapat apa-apa?
  • Kenapa saya masih tidak terkenal sedangkan saya dah lama berblog?
  • Bagaimana saya mahu jadi blogger terkenal supaya saya boleh dibayar untuk pengiklanan?
  • Bagaimana saya nak jadikan blog saya menarik supaya lebih ramai orang tengok?
  • Dan macam-macam lagi soalan yang kalian nak tanya selain diatas ni?
Jangan nak pening-pening and merungut dah.
Nah tengok ni!




Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00am - 7.00pm
Tempat : Hotel Concorde. KL

Mereka sedia menjawap segala pertanyaan kalian.
tak payah nak utus-utus surat atau email dah
hah! tanya je depan-depan
*malu bertanya sesat jalan* hikhik.

Paling best! 60 pendaftar terawal akan dapat 3 bulan free web hosting dari Exabytes!
Cepat-cepatlah tempah tiket sekarang :D

bai.
p/s : nak masuk ni kena bayar, siapa nak support saya? :)
berapa ringgit? Klik sini.


Friday 8 June 2012

Tutorial buang Please prove you're not a robot / Show word verification

hai,

Hm... kebanyakan blogger baru mesti ada benda alah ni. mesti kalian tak tau macam mana nak buang kan?

Fyi, kalau kami blogger yang singgah di blog anda dan nak komen mesti kena taip benda alah ni. tapi kalau anda mesti tak perasan kan? sebab anda dah sign in dalam blog sendiri dan tak payah nak taip benda alah ni.. *err paham tak ek? @.@

ok kalau nak lebih faham, cuba anda sign out blog dan try untuk komen blog sendiri. ada tak benda alah ni? ada? So apa lagi.. Jom buat tutorial ni sekarang jugak!!!!! *ai, marah nampak* heee.. mana adalah :p


Please klik gambar untuk lebih jelas.

Setting > Posts and comments > Show word verification > No > Save

Ok siap!

Cuba try sign out balik then try komen sekali lagi.. Ada lagi tak? Takde?
Tahniah anda berjaya menyenangkan kami para blogger untuk komen selalu di blog anda!! *muka happy* :D

Please awak awak sekalian, saya sayang awak kalau awak buang benda alah ni. senang hati saya nak komen. saya suka komen blog orang tau.. ngeee :)

bai.


Edit Gambar Vintage



Ataupun boleh klik Pixlr.com untuk edit yang lebih jelas :D

All credit to : http://norfaiezmars.blogspot.com :)


Thursday 7 June 2012

Awesome blog! : gadis-photographer.blogspot.com

hai,





Cantikkan beliau ni? 
*sorry awak, saya ambil gambar tak bagitahu.. kalau awak tak suka, bagitahu kita ye..*
kekeke



Serupa Heliza Helmi kan?

ok, mulanya nak tengok tutorial tudung dekat youtube je, then terjumpa video yang ni. pastu macam "alahai comelnye awek ni" :)
Then dekat situ ada link blog dia, saya pun tekanlah nak tengok apa yang ada dekat blog dia.

Sekali.. Pergh! 
nak tau kenalah tengok sendiri.. ngeee :D

Rasanya dia baru buat blog kot sebab tak banyak entry dia tulis dan follower pun baru nak naik..heee

Jadi apa lagi?? Jom terjah Gadis Photographer sekarang!! 

ok daa~
happy blogging u'olls

Blog saya ni berat tak?

hai,

macam yang tertera dekat tajuk.
Saya just nak tahu tentang blog saya ni..

Please let me know kalau-kalau ada apa yang perlu saya ubah.

Blog loading lambat ke, kena buang apa-apa widget ke, kena tambah apa-apa ke.
Anything.. :D

Tengkiu.. Leviu korang! :)

bai.
p/s : Saya buka blog saya ni rasa macam lambat je loadingnya. ke internet saya yang lambat ek? rawr..
nak cek berat blog anda? Klik sini.

Wednesday 6 June 2012

Pixlr.com/express - tempat edit gambar vintage paling easy

hai,

saya ada jalan-jalan dekat satu blog ni. dah lupa dah nama blog dia. awak, kalau awak terbaca entry ni, bagitau ye, saya nak kreditkan dekat awak.. ngeee :D

Saya memang suka edit-edit gambar ala vintage. ala-ala gambar lama gitu. saya tak kisah orang kata saya kuno ke apa tapi saya tetap suka dengan gambar-gambar lama. bagi saya vintage itu seni. jyeah!


Nak try? Klik Pixlr.com ni

ataupun boleh klik dekat saya punya page sebelah home tu.
ini 


Nak tengok hasil gambar yang saya dah try kat situ??



Haaa.. boleh tahan kan?
ikutlah kreativiti masing-masing macam mana nak designkan..
ni saya main hentam je.. hehehe

Kalian boleh la try lepas ni.. Syok main benda alah ni.. hehe. habis semua gambar saya nak edit. hahaha

Selamat beredit gambar ye semua!! :D

bai.
p/s : hari sabtu yang lepas, kawan saya telah selamat mendirikan rumah tangga. Semoga beliau menjadi imam yang baik untuk makmum2 nya nanti. insya allah..


Azmuddin  Nur Iffah

Nak tahu apa ucapan saya pada mereka berdua ni? Klik Ocha Omar yang gila sengal ni :p

Tuesday 5 June 2012

See you... In 20 years!

hai,

tadi jalan-jalan dekat blog Adylia Qarissa. Ada sesuatu application yang menarik..hehhee

Sekarang umur saya 22 tahun. lagi 20 tahun akan datang umur saya 42 tahun.. mungkin inilah wajah saya jadi nanti.. hahaha


Lainnya muka saya!!! hahaha
Nampak tua.. *dah memang application untuk nampak tua..apela*

kalian nak try jugak? Boleh klik in20years.com ni..
Letak gambar muka. jangan letak yang edit punya. nanti tak jadi.. hihi

bai.
p/s : kalian jangan cepat percaya pulak. bende ni hanya untuk fun sahaja. peace!
agak-agak dah sampai umur 42tahun nanti boleh tengok balik. sama ada sama atau tak..hehe

Monday 4 June 2012

Pengguna Celcom Tegar

hai,


U.O.X

Semenjak umur saya 18 tahun, saya dah pergunakan U.O.X ni. Mula-mula celcom ni buat tour U ke U untuk promote benda alah ni, saya buat dono je. sebab tak tahu kelebihan dia. Then, diorang promote lagi kata bagi simkad FREE. memang saya terus pilih no yang berkenanlah kan.. hehe.. Memang ingat yang simkad celcom ni untuk mengacau orang je. yela tak siapa pun tahu no saya yang ini. tapi bila lama-lama pakai, rasa macam "eh, aku dah topap tapi kenapa celcom ni baik sangat? macam tak gerak je topap aku ni?" hehehe..

betul..
kalau saya mesej atau call yang bukan celcom pun masih lagi murah. saya suka pakai celcom U.O.X ni.. sayang nak tinggalkan.. tapi katanya sampai umur 25 tahun je :'( sekarang saya dah 22 tahun. tinggal lagi 3 tahun je saya nak bersama U.O.X.. harap-harap celcom boleh teruskan promosi yang hebat ni terus kepada saya sampai bila-bila. amin.. :p

Siapa pakai U.O.X atau S.O.X ni? Jom sep dengan saya! *sep* ^^

I Love Celcom Forever and Ever.. rawr!

bai.
p/s : Siapa nak nombor saya? :p

Saturday 2 June 2012

Apa itu MEKDOTA? Sejenis makanankah? ataupun game?

hai,

Mekdota adalah nama group hot n cool yang gila gambar dan paling awesome!
Mekdota berasal dari nama kedai ayam goreng McDota (kedai ni serupa KFC)

Kebetulan kami berjalan-jalan, lalu tersinggah di sesuatu tempat yang kami rasa sangat cantik untuk photoshoot. bila dah puas bergambar terus ternampak kedai apa di situ lalu officially jadi nama group kami :)
Maka terjadilah Mekdota..

Dibintangi oleh :

Meet me Sanarus aka Sayidah Nafisah Ruslan :)
Paling kecik berketinggian 147cm. 
Paling tua berumur 22 tahun.
Kelebihan/keburukan : tak dapat dikenal pasti. kena tanya 4 orang di bawah ini.. hehe

Rapukin aka Raja Putri Ashikin
Beranak mata coklat, punya lesung pipit. Paling kelakar dalam group kami. setiap tulisannya, setiap katanya, setiap perbuatannya, setiap gagapnya membuat kami tak henti gelak sampai sekarang.. 

Orang kata susut, dikatanya susuk
orang kata rambang mata, dikatanya lambang mata
orang eja helmet, dieja nya helmah
*ketawa kecil*

Nasib baik setiap kata-katanya itu kami fahami

Jangan marah ea sayang. kamu pengubat hati duka lara kami *love love*

Nushamal aka Nurul Shazwana Malek 
Paling pandai diantara kami, paling suka buat idea last minute. yang penting semua idea last minute tu menjadi! contoh kata nak pergi melaka, terus call sewa kereta dan pergi.siap tinggal kat hotel lagi.. taktau kenapa kami boleh terikut sekali.

Shahas aka Siti Aisyah Noor Hashim
Beliau sangat speacial. 
mempunyai kekuatan seperti lelaki, suara seperti lelaki, boleh menyanyi lagu Awie dan Faizal Tahir dengan baik dan kagum
Tapi beliau berhati tisu.. comelkan? :)

Mimas aka Miratun Madihah Saharudin
atau lebih dikenali dengan Robot Comel
Yeah, kami U-mate, Classmate, Groupmate, makan-mate, borak-mate
Seorang blur dan gagap yang awesome! tidak kedekut airmata. setiap yang dirasanya perlu menangis, mesti akan menangis. kami pun turut sama menangis sebab tengok dia menangis :')


Yeah i know, im the cute one -_-'
Paling kecik. dekat kampus semua orang panggil saya kecik.
Macam mana lah saya nak tinggi??
cuba panggil tinggi, 40 kali lebih panggil, mesti betul-betul tinggi..ehe.

  • Kami pernah tunggu hampir sejam untuk tunggu Hanis Zalikha lalu tempat biasa dia lalu untuk bergambar. sayalah yang paling eksaited. terima kasih korang! *Hanis Zalikha bekas student UiTM Segamat, Johor.
  • Kami pernah tak berduit tapi Ashikin yang menjadi kewangan utama kami. Terima kasih kawan!
  • Kami digeruni, itu tak tahu kenapa. 
  • Kami tempat mendengar pelbagai masalah, dan cuba mencari jalan bersama Mama. Mama classmate kami yang umpama ibu. 

Paling penting, saya rindu mereka ni. Tersangat rindu. Rindu teramat-amat! susah nak tulis and perjelaskan kat sini..

Tak lupa juga Classmate saya yang lain. mereka sentiasa di hati saya. :)

bai.
p/s : ini entry rindu sebenarnya. Tengok gambar2 lama pun masih tak boleh nak ubatkan rindu ni.. Palling susah nak berkomunikasi dengan shazwana and aisyah. tak sabar nak jumpa mereka sabtu atau ahad minggu depan :')

Friday 1 June 2012

Finally im FREE!

hai,

Cukup dah sebulan bekerja.. lagi masa 8 hari boleh berjimba sakan. tapi duit takdak..
aiyaakk.. nak tunggu gaji kemain lambat.

umi abi yang disayangi,
terasa setiap hari akan hujan,
tolong *payungi anakmu ini.. (sengeh)

*payungi = belanjai

I love umi abi so much! :D

bai.