Saturday 31 December 2011

Fibox pengganti Shoutbox.. Best pakai fibox ni.. Ce try :D

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia




Menarik tau pakai fibox ni.. kalian try lah! :)
senang giler nak daftar. tak susah mana pun.. best pakai fibox.. :D 

Anda memang disarankan memakai ini kalau ingin mencari pengganti shoutbox yang berbayar mulai 12 tengah malam ni.

nak sign up? >>KLIK SINI<<

ok daa~
p/s : happy new year kawan kawan :D

Selamat hari lahir sahabat :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Nur Amanina Mahmud, selamat hari jadi. :)
Ini sahabat terbaik BK dunia akhirat. mari sama2 kita mendoakan kesejahteraannya. al-fatihah.amin..


Semoga kau miliki kehidupan yang diberkati Allah sahabat. berjumpa kita time kau balik malaysia nanti. aku rindu kau giler giler! nak pusing2 negeri sembilan dengan kau nanti :)

Kepada sahabat kesayangan BK : Semoga berjaya dalam kehidupan, jangan malas. ini tahun terakhir anda di Morroco. balik2 mesti dah kena plan untuk kahwin pulak (insya allah..hee) yang paling penting. AKU AMAT MENYAYANGI KAU KERANA ALLAH :D

ok daa~
p/s : maaf. T_T

Tuesday 27 December 2011

Perhatian kepada pengguna shoutbox! xD

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Seperti yang kalian tahu, mulai 1 januari 2012,  shoutbox akan mengenakan bayaran untuk menggunakan khidmatnya. jadi mari kita bertukar!! ehe. tapi kalau kalian mampu membayarnya..teruskan lah guna :)


shoutbox @ shoutmix = ini adalah perkara yang sama.

BK dah tukar awal awal dah kepada cbox. Agak agak kalian lah kan, kalau ada yang lebih best dan free daripada cbox ni bagitahulah ye. sebenarnya BK tak berapa minat pakai cbox ni sebab agak menyusahkan untuk kita menaip balik.

ok daa~
p/s : kalian ganti shoutbox dengan apa? kongsi!! BK pun nak try :)

Monday 26 December 2011

Segment strawberry maneh

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tengah tengah blogwalking dekat mentega-terbang.blogspot.com aka abah aka ku azhar.. hehe. ternampk dia tag BK untuk join segmen ni.. menarik jugak. nanti kalian join jugak tau! :)
tengkiu abah sebab selalu ingat url kita.. haha


Sha : nak join? kelik nama sha tu. :D

okeh. banner dah letak. kena buat apa pulak ni? Sha minta kita share kan azam tahun baru 2012. ini antara azam yang insya allah BK akan buat.. saksikanlah!!! *poyo jek.. haha

  • insya allah nak kekal kan 3 pointer. tapi kalau dapat dean list pun lagi baik kan? hehe
  • nak jadi lebih rajin dan tak tangguh kerja
  • solat nak penuh terutama yang wajib *ni azam bertahun tahun yang tak pernah kekal. huhu. tapi insya allah akan berusaha juga! yeah! (tangan di atas sambil genggam)
  • satu hari satu entry. hehe.. boleh ke buat? entah lah
  • nak try cash out duit nuffnang. selama berblogging ni, duit asyik dapat rm12.96 je.. susah betul nak naik.. haha
ha.. ni jelah kot.. kalau ikutkan memang banyak tapi biar sikit sikit dulu azam nya. takut tak terbuat pulak nanti.
apa pulak azam kalian?

sekarang BK nak tag.. hm siapa nak kena tag??? angkat tangan! hehe..


ok daa~

Sunday 25 December 2011

Kenapa orang Islam tak boleh wish merry christmas?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Baru baru ni heboh dekat facebook yang orang Islam haram mengucapkan merry christmas. ini adalah apa yang Dr Zakir Naik beritahu.





Terima kasih dekat abi aka ayah kerana telah memberikan jawapan yang mudah BK fahami dan dari jawapan tu BK nak kongsi dengan semua orang.


Jawapan :


David: Morning..wat a great day..
Muslim: morning..so, hows ur Christmas?
David:great..will be enjoying very soon...
Muslim: good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
DAvid: but why?
Muslim: seems like we cant stop u to drink liquor, but we cant drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO!..can not!..it will effect my faith..
Muslim: but y?just a word..:)..say it..:)
David: now i am understand:)


No Merry Christ mas ya...for those who appreciate your religion:)


Courtesy of Ulama Muda UMNO (ILMU)
................................................


Abi BK beritahu, ada ulama mengatakan haram untuk kita mengucapkan selamat sesuatu perayaan yang berkaitan agama. agama selain Islam. tapi kalau berkenaan dengan bangsa takpe, contohnya Selamat tahun baru cina. kalau cap goh mei kita tak boleh ucap selamat kerana ada kaitan dengan agama. 


maaf kalau ada kesilapan. sila tegur untuk perbaiki diri. terima kasih :)


ok daa~
p/s : ilmu yang bermanfaat kita kongsikan. :)

Friday 23 December 2011

"Cik Adyb's GiveAway"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih kepada sue comey kerana telah mengetag BK :)
dah lama xjoin benda2 macam ni.. ehehe


Meh la join sekali --> Klik sini

ok siap! :)
senang je kan..

sekarang ni nak tag dua orang yang bertuah :

ok daa~
p/s : orang yang di tag adalah orang yang datang bertandang di shoutbox BK.. main petik je tu.. haha. sorry :)

Wednesday 21 December 2011

Awesome blog! : cikzuraidah.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

*amaran keras : kepada tuan blog sila sediakan tisu dulu sebelum baca. entry ini berkemungkinan besar boleh menitiskan airmata gembira dan terharu.. :p

Ini mengisahkan seorang gadis baru menyambut hari lahir nya yang ke 24 tahun. selayaknya sudah ada jodoh untuk dinikahi. Sangat bersopan santun, tertib dalam setiap pekerjaannya, tiang agama selalu didahulukan, pendengar yang tegar, tidak mengira dari segi kewangan. hampir semuanya sempurna. sangat sempurna :)
*psst.. cepat cepat lah hantar rombongan meminang, beliau single lagi.. kekeke




Siti Zuraidah Ismail
Studied BBa (Hons) Marketing at UITMT-dah grade dah pun :)
Bekerja di company ESQ Leadership Center Sdn Bhd, Damansara
Baru menyambut hari kelahirannya ke 24 tahun

1st sekali, saya nak ucapkan selamat hari lahir untuk kakzu. semoga dipanjangkan umur dan diperluaskan rezeki. mendapat jodoh yang baik dan dapat mendirikan rumah tangga dengan cepat. hehe

Beliau ini memang seorang yang kreatif. Kalau nak tahu, header yang kat atas tu, beliau lah yang buat.. haaa.. cantikkan? hampir ramai orang puji header kat atas tu.. saya lagi lah puji lebih lebih kan sebab header tu untuk saya dan siap bangga pulak tu. hihi. beliau ada blog. follower tak ramai tapi selalu ada input yang berguna untuk kita semua. tapi kebanyakan nya dalam blog beliau ni cerita pasal hidup beliau je. tapi best tau.. hehe

ok kawan kawan! mari kita mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada tuan blog ini di blog beliau!

Jom penuhkan komen dengan ucapan hari lahir di blog cikzuraidah sekarang!!

ok daa~
happy blogging u'olls :D

Tuesday 20 December 2011

Terpedaya dengan tudung online

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tudung online, tudung online, tudung online..

Setengah orang termasuk BK memang akan terpedaya dengan tudung online ni. Korang setuju tak kalau BK kata tudung yang dijual online cantik cantik dan laku kerana modelnya??

eleh.. jangan kata tak lah.. mula mula kalian angguk dalam hati dulu kan *erk..macam mana tuh? :p

BK selalu tertipu dengan kecantikan model tu sampai terpengaruh nak beli tudung online tu. cari cari size pastu terus isi form. tak sempat nak submit terus cancel sebab nya terasa diri di tipu. bukan ditipu kerana duit, ini ditipu kerana apa yang kita pakai mesti tak sama cantik dengan yang model tu pakai. kiranya tak jadilah dekat kita.

benci. meluat. tak cantik. tak ikut bentuk. tak sesuai. *juih bibir.


Agak agak terpedaya nak beli boleh klik sini. :)



hehe.. alang alang tu promot blogshop sekali. cantik sangat modelnye..
"memanglah kena ambil model yang cantik cantik kalau tak, tak laku yang dijual tu" sedapkan hati :D

ok ok.. kembali tajuk asal. =.=
Bukan setakat tudung sahaja. ada juga baju/seluar/kasut/handbag/aksesori/contact lens dan macam macam lagi lah yang boleh buat kita terpedaya. terpedaya apa? terpedaya dengan modelnya.. jangan salah faham ye cik jah haaa.. gitu :p

Tapi tak salah kalau kalian nak beli and nak jadi cantik macam model tu janji tak dedah mana mana yang patut ye :)
Sebenarnya, setiap kejadian yang Allah dah cipta tu ada tempat cantiknya. jangan kita selalu merasa kita ni buruk. kalau tak sesuai pakai tudung yang tu, ade tudung yang ni. haa.. cuba try segala jenis tudung yang ada kat muka bumi ni. jangan pakai tudung saji sudah. tapi boleh jugak kalau sesiapa yang reti berfesyen dengan tudung saji tu boleh try pakai..kalau cantik, boleh buat tutorial. mana lah tahu kan boleh jadi trend satu hari nanti.. ngeh2.. :p

ok daa~
p/s : geram tengok blogshop ni. rasa nak beli semua yang diorang jual.. grrr! napsu napsu. 

p/s/s : teringin nak pakai shawl dan buat terus dengan furdah. tapi belum terasa nak berubah macam tu. teringin je..mana tau lepas kawen nak try pakai macam tu ke kan.. kiranya cantik untuk suami je..kat luar tutup..hehe.

Sunday 18 December 2011

Hello? Pizza hut? ok wait aa..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Aceli.. tiada siapa yang menalipon pizza hut ni. BK serta rakan istimewa Madi Vintage, Ckin Cute serta Wana Gojes telah plan untuk menjejak kan kaki di pizza hut segamat sekejap saja lagi!! yeyey! *riang! :D

rakan istimewa kami seorang lagi Ecah Gebu tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa kerja sebagai deejay untuk program dekat UiTM Segamat ni. kesian beliau.. tapi jangan risau kami akan bungkus kan untuk kamu.. :)

Kami ingin berterima kasih kepada Ckin Cute kerana selalu belanja kami tak kira masa dan bila. Beliau kaya! ya kaya! haha.. Tokey topap. jangan sangka jual topap tak boleh kaya. ini buktinya! mari jual topap semua! *tetibe nak promot.. hihi.



yummeh~ bye kalian! nak gi pukul 11 ni..

ok daa~
p/s : perasan tak ayat skema kat entry kali ni? hihi

Thursday 15 December 2011

Blog paling Ringan Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pertama sekali nak ucap terima kasih dekat kawan BK yang paling sempoi ni Eqha aka Ratu Zuleyqha kerana telah sudi mengetag BK.

Dengan ini, saya dengan nama timangan BK akan membuat segmen ini.. hehe. *poyo je lebih.

Agak agak kalian lah kan..
Blog BK ni ringan ke berat ek?
hehe..



Hadiah dia boleh tahan menarik tau.
rugi tak join..hihi

kalau nak join, tekan je link kat bawah banner tu ek.

BK nak tag Mieyrah!
*hye awak! kita baru kenal awak, terus nak tag.. hehe*

ok daa~

Monday 12 December 2011

Wayang free di 1 Segamat!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hello baby baby sekalian!! wa lindu kalian semua.. :D
Semalam BK pergi tengok wayang free.. 2 cerita sekali tau. 
Berbaloi beb walaupun tengok free. hihi
Wayang ni tempat dia memang strategik. Sebelah terminal bas. agak agak lambat nak tunggu bas tu, boleh lah tengok wayang dulu.


 


So, baby mucuk cantik kacak semua yang berada di Segamat sekarang ni.. Jom kita tengok wayang freeeeeee!!
dari 10-14 disember je tau.

Ini memang benefit untuk pelajar pelajar UiTM Segamat.. toksah dah nak pergi Melaka semata mata nak tengok wayang then kena overnight. memang best! wayang ini pun not bad jugak. sejuk giler, sound pun best. overall memang bagus wayang ini diadakan di Segamat.. :D
Khas untuk pelajar UiTM Segamat : Wayang ini semestinya istimewa untuk anda. wayang ini pasti kaya kerana anda. Andalah harapan keuntungan wayang Segamat. Dan juga tempat dating paling best sebab "pak guard UiTM tak dapat tangkap" haha.. ops.

Kepada yang bukan berada di segamat pun boleh tengok jugak.. tempat ini terbuka untuk semua. jangan merajuk ye.. hihi

ok daa~
p/s : nak tengok semua wayang sampai 14hb ni.. ngaum2!