Wednesday 30 November 2011

Cara senang mengetahui diri TIDAK disukai

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pergh! Lama gila tak update an? an? an? jangan marah sayang... ni nak update lah ni... smile :D
Ala comelnye..gerrrramm! hihi

Actually, BK baru habis kelas malam pukul 10 tadi.. BK dapat sesuatu yang sangat best dan tak sabar giler nak share dengan kalian semua.. ini kata kata lecturer BK yang sempoi tahap dewa! best lah maksudnya.. -.-



Sebenarnya kita tak perasan pun benda benda ni. tapi apa yang lecturer BK tu cakap ada kebenarannya.
Bayangkan kalian try nak kelentong.. tetibe ada lebih kurang 3 orang atau lebih menyangkal kita, then itu bermakna mereka tidak menyokong kita dan mungkin tak suka dengan kita.

So, hati hati ye kawan kawan..Please muhasabah/fikir balik setiap perbuatan, perkataan atau niat kita selama ni. Setiap orang memang tak sempurna tapi lebih baik jika kita mencuba untuk menjadi sebahagian dari sempurna.. :D

ok daa~
p/s : BK minta maaf jika ada salah dan silap terhadap semua orang samada sengaja tau tak sengaja. lapchu all! mmuuaahhh!

Tuesday 22 November 2011

Segment | Santai Blogger II

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Abah nak tahu makanan dan minuman kegemaran kita :
So, BK paling suka makan Dominos pizza dengan air bandung/laici dekat kedai UiTM BK ni :)
(Dominos di bold kan supaya ada orang sudi belanja BK) kiki

Okeh! BK nak tag dua orang yang bertuah.. 

SIAP! Yey :D

ok daa~
p/s : sori tak dapat nak update entry.. semangat masuk u berkobar kobar lagi nih :p (tipu je)

Friday 18 November 2011

Awesome blog! : mentega-terbang.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


fyi : header ni selalu bertukar tukar tapi semuanya comel :)


Ku Azhar @ Abah
Sangat sangat baik
cepat mesra dan tak kedekut ilmu

Beliau banyak membantu blogger baru dalam dunia blogging
Mempunyai cara tersendiri dalam penulisan
Sempoi gila dan memang best lah! :D
Nak tahu cara elak dari terserempak dengan anon? boleh tanya beliau.. hihi
Kalau nak dapat kan tips tips yang sempoi boleh singgah blog beliau
selain tu, beliau pandai ambil gambar (KLIK SINI) Final Shot
beliau juga peminat IKAN GAPI (aku-a-rium)
Jadi, kepada blogger baru yang baru nak naik dan blogger lama yang nak tahu juga tips tips berguna..

JOM TENGOK BLOG KU AZHAR @ ABAH SEKARANG!

ok daa~
happy blogging u'olls :D

Thursday 17 November 2011

Segar Amat! Here i come :D

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Selamat datang ke Segar Amat semula!!
Dah banyak hari ditempuh selama sebulan di rumah. sangat bosan. ulang. sangat bosan.
Hari yang di tunggu tunggu hampir tiba. Hari sabtu 19hb ni.
Daftar masuk U part 3!! (perlu ke tanda seru 2 kali?)

BK pelik la dengan orang yang selalu tak minat nak balik U. Bagi BK, kehidupan dekat U memang sangat best! dapat jumpa kawan kawan, belajar dalam group, kacau lecturer, gaduh gaduh, mesra mesra. kan best tu.
mungkin kehidupan BK kat rumah tak best kot, tu yang nak duduk U je rasanya. tak mau balik balik dah.
tak baik. kesian umi abi adik adik tunggu kat umah.. (geleng kepala)


JIM 110 3A
kita bersua kembali.. Rindu tahap dewa dengan kalian!
fyi : kami pelajar diploma Pengurusan Maklumat. hai! (lambai lambai) :)


ini paling terindu! tengok masing masing dalam gambar terkini sudah gemuk
padan muka.. BK seorang je kurus dan maintain :p

ok daa~
p/s : semoga dapat bertambah ilmu di dada dan bertambah pengalaman yang mengasyikkan :)

Tuesday 15 November 2011

Awek gitar main dengan ghairah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Beliau merupakan seorang awek yang sangat cun dan selalu ber 'main' dengan gitar sendiri! dah takde orang ke kat dunia ni sampai nak main dengan gitar?? dunia dunia..

Hahaha.. laju je kalian tekan an? (nakal sungguh BK ni) :p

Sebenarnya bukan awek tu yang ghairah, BK yang ghairah.. meleleh tengok awek ni main gitar! sangat talented.
Kalian tengok lah weh.. best..




Kalau kalian kenal Sungha Jung, awek ni kira versi yang perempuan punya lah.. gempak an? an? an? :)
Lagu rolling in the deep pun sedap giler! Memang tak dapat di nafikan lagi, orang orang Asia ni memang sangat hebat! cool!

ok daa~
p/s : Bk main gitar sampai jari kematu, fedap takmau main dah. tapi ngengade nak belajar lagi.. =.='

Friday 11 November 2011

Sexy and i know it - LMFAO saks!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Yeh! kalian sedia maklum.. LMFAO ni memang femes dengan lagu party rock anthem.. tapi...


Amaran keras!
Please jangan marah aku sebab video ni. Tapi MV ni memang giler! Please jangan ikut ye penyanyi penyayi tanah air. Kalian jangan stim pulak tengok MV ni. Kalau tak suka. padam je.



Group ni femes giler tapi buat macam ni, budak budak boleh ikut. Yang fak nye, adik aku tiru weh! aku tak tau mana dia dapat MV ni. Merosakkan fikiran budak budak. adik aku baru 6 tahun weh.. sedih aku :'( 

ok daa~
p/s : Internet ni memang kadang kadang tak guna! benci internet kejap.

Wednesday 9 November 2011

Bagi aku pengkid ni hemsem

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



sumber google

Tadi aku tengok pasal pengkid ni dekat wanita hari ini kejap tadi. So aku rasa nak tulis lah pasal benda ni.
ni just pendapat aku.. kalian jangan fikir lain ok. janji! :)

Aku pernahlah berkawan dengan seorang perempuan ni and dia couple dengan pengkid. pengkid dia tu pergh!! memang hemsem, comel, tinggi, ade lesung pipit comel kat pipi dia, rasa selamat kalau jalan dengan dia,  memang perfect kalau dia jadi lelaki tulen. tapi sayang.. dia perempuan.  

Memang aku tak nafikan, pengkid ni memang bagus sebenarnya sebab dia perempuan, kami pun perempuan. memang memahami satu sama lain lah. kemungkinan nak bergaduh tu tak ada sebab diorang memang setia. yeah, as we all know.. perempuan memang setia pun kan :)

dan selalunya lah kan, golongan lelaki lah yang paling tak suka orang orang pengkid ni kan? tapi aku tak tau lah kenapa. lelaki as a ketua, sepatutnya tolong lah golongan golongan macam ni kembali ke pangkal jalan. jangan korang rogol diorang pulak.. thats why lah diorang berubah jadi pengkid. macam kawan lelaki aku pernah cakap "eleh, kalau beromen mengandung jugak pengkid tu" memanglah kan. dah diorang tu perempuan je jugak..


Perempuan tulen ni pula kadang kadang agak 'bijak' kerana sanggup ber-couple dengan pengkid ni. kalian tahu kenapa? yela, kalau dah asyik bercinta putus, bercinta putus. memang fedap lah kan? so inilah jalan nya. bagi aku, diorang tu main main je. nak happykan diri sendiri.

Tapi korang kena tahu ni, pengkid ni memang ada rasa nak berubah. serius! diorang pun nak kahwin and ade anak sendiri. cuma mungkin belum masanya and takde siapa (lelaki) yang nak tolong diorang ni. 

so guys, ape lagi? cari pengkid buat couple dengan diorang. baru lah mencabar kan? alang alang tu selamatkan diorang ni. takdelah seksualiti merdeka tu terjadi nanti. :)

ok daa~
p/s : siapa pengkid kat sini? jom couple dengan i :D

Tuesday 8 November 2011

Awesome blog! : bvlgarigirl.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia




Very simple 
Tak pernah nak tunjuk muka dalam blog
Baca blog beliau serius macam baca novel

1st time baca terus mata nak lekat je kat blog beliau ni
best giler sampai apa yang dia cuba sampaikan, macam kita pulak berada dalam entry tu
ayat yang digunakan boleh buat kita ketawa dan boleh buat kita menangis juga
ini serius blog personal
memang cerita daily life dia
tapi, sungguh! memang tak bosan
makin lama makin nak tahu semua isi dalam blog beliau ni
beliau bercinta dengan non-muslim, kevin from kadazan.
sudah 3 tahun, nak tahu macam mana percintaan ini bermula?

JOM TENGOK BLOG ARIANNA MELISSA SEKARANG!

ok daa~
happy blogging u'olls :D

Monday 7 November 2011

Doa putus cinta

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Bagi aku, lelaki menangis sangat cool dan comel :)
kita selalu tengok perempuan je menangis kalau putus cinta tapi kita tak tahu pun yang sebenarnya lelaki pun menangis juga. tapi tak delah dia tunjuk di public kan.. ego mungkin.

ok. kat sini aku nak share ayat paling baik untuk kalian yang putus cinta tu.. Insya Allah dengan izinnya kita boleh melupakan semua yang tak best tu

klik gambar untuk lagi jelas

Biar putus cinta, jangan putus asa
Agak-agak sakit jiwa nak bercinta lagi tu, apakata korang try in a relationship dengan Allah. Allah tak pernah nak sakitkan hati kita, tak pernah nak marah marah kita tapi Allah sedikit cemburu kalau kita menduakanNya.
kalau rindu, sebutkan je nama Nya, insya Allah tenang. Kita date dengan Dia 5x sehari. tak muak pun beb. kalau kita bosan, baca buku (Al-quran) yang Dia dah bagi kat kita. hati kita jugak yang sejuk dan tenang..haa.. banyak lagi kebaikan yang kalian sendiri tahu..

So, guys.. jangan terfikir nak bunuh diri lah, apelah..rugi beb rugi! fikir untuk masa depan. Jadikan ini semua pengalaman.. :)

ok daa~
p/s : 1st time lelaki menangis depan aku sebab cinta.. huhu

Friday 4 November 2011

Tutorial letak komen Facebook di blog (Senang punye..hehe)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


First sekali aku nak ucapkan berjuta lemon terima kasih dekat Abang tampan ni sebab tak serik serik tolong aku dalam buat tutorial ni.. Siyes! tengok nampak macam susah. bila dah buat slow slow and bila dah siap, kalian mesti menjerit suka giler macam aku jerit.. haha.



Komen FB sebelah komen blog
korang boleh pilih nak komen dekat mana2 pun korang nak
Bagi aku, ni memang yang best, smart dan simple..

Ini memang bagus untuk kalian yang tiada blog tapi nak komen :)

Kita mulakan dengan membuat Tab dulu dan pergi pada templete  > Edit HTML > klik expand widget template...Jangan Lupa untuk backup template korang...Tekan ctrl F dan cari kod ini  class='comments' dan bila da jumpa paste kod ini dibawahnya

<div class='comments-tab' id='fb-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#fb-comments&quot;);' title='Comments made with Facebook'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/v1/yH/r/eIpbnVKI9lR.png'/>
<fb:comments-count expr:href='data:post.url'/> Comments
</div>
<div class='comments-tab inactive-select-tab' id='blogger-comments' onclick='javascript:commentToggle(&quot;#blogger-comments&quot;);' title='Comments from Blogger'>
<img class='comments-tab-icon' src='http://www.blogger.com/img/icon_logo32.gif'/> <data:post.numComments/> Comments
</div><div class='clear'/>
</div>


Da settle tu kita create tab pages pulak...selang sebaris dari kot yang atas tadi korang paste kod ni dekat bawahnya

<div class='comments-page' id='fb-comments-page'>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='fb-root'/>
<fb:comments expr:href='data:post.url' num_posts='2' width='400'/>
</b:if>
</div>
<div class='comments comments-page' id='blogger-comments-page'>

Dekat kod diatas width dia da ditetapkan pada '400' dan ini boleh ditukar mengikut kesesuaian blog masing-masing.

Okay tinggal 2 step je lagi nak abis iaitu scripting and style dan untuk nie menggunakan crtl F korang search kod nie <head> dan bila dah jumpa paste kod ini dibawahnya.

<script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/> 
<script src='http://code.jquery.com/jquery-latest.js'/>
<meta content='YOUR_FB_ID' property='fb:admins'/>
<script type='text/javascript'>
function commentToggle(selectTab) {
$(".comments-tab").addClass("inactive-select-tab");
$(selectTab).removeClass("inactive-select-tab");
$(".comments-page").hide();
$(selectTab + "-page").show();
}</script>


script nie penting untuk membuatkan tab tadi berguna dan 'YOUR_FB_ID' tu tukarkan pada ID facebook anda..Kalau tak tahu cara nak dapatkan ID FB korang leh klik :
Profile FB > Profile Picture > album > amik code seperti yang di highlight (dekat URL).


Last step adalah memasukkan style tab korang.Dengan menggunakan ctrl F sekali lagi cari kod #comment dan paste kod ini diatasnya.

.comments-page { background-color: #f2f2f2;}
#blogger-comments-page { padding: 0px 5px; display: none;}
.comments-tab { float: left; padding: 5px; margin-right: 3px; cursor: pointer; background-color: #f2f2f2;}
.comments-tab-icon { height: 14px; width: auto; margin-right: 3px;}
.comments-tab:hover { background-color: #eeeeee;}
.inactive-select-tab { background-color: #d1d1d1;}



DONE!! :D

Mudah kan.. hehe. Fyi, benda ini ada kelemahan juga.. kalau kalian klik main address (http://belogkayangan.blogspot.com/), benda ini tak kan keluar tapi kalau klik setiap entry (http://belogkayangan.blogspot.com/2011/11/i-need-someone-like-youoh-samtsui.html), benda ini akan ada :)
Tapi jangan risau.. Kalian kan selalu ping specific entry..so benda ini akan keluar :)  


ok daa~
p/s : Selamat mencuba ye semua.. best pulak bila kita dapat tolong orang ni :)
kalau ada kemusykilan boleh tanya dengan senang hati dekat aku atau abang tampan ini :)

update : maaf, aku dah tak pakai cara macam ni. tapi kalau kalau kalian nak cuba bolehlah :p


Thursday 3 November 2011

I need someone like you..oh SamTsui :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Cinta hati pengarang jantung aku sekarang
oh hai baby! :) *sambil lambai lambai

Perkenalkan.. ini baby aku. Dia hemsem kan? oh tahu tu... 
Baby pandai nyanyi.. :)
Suara baby sedap sangat.. :)
Baby kreatif sampai buat kite jatuh cinta..
Gigi baby putih macam gigi kite.. ada juga persamaan kite ni kan? 
i love u baby.. oh Sam Tsui.. hehe


Feeling feeling tau kalau baby kita ni nyanyi..


Senyuman mu menggugat hati ku.. oh baby..


Jom dengar baby kita nyanyi.. kalian dengar lah ek.
Ini amaran keras!!  jangan jatuh cinta dengan baby kita ni pulak tau ^ ^

  

Someone like you by Adele



Sing off judges medley
kreatifnya Sam Tsui ni.. hehe


ok daa~
p/s : im in love with you baby.. 
err.. korang tak gelikan aku tulis macam ni? hahaha

Wednesday 2 November 2011

Kawan Setengah dari 1000. Terima kasih :')

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



"I am a wife to a very handsome yet loving husband, a mother of 2 kids, also a PhD candidate in Molecular Medicine. I love to blog walking, read other people ideas, opinions and their commitments and, that's why I started my very own blog, feel free to leave ur comments and salam perkenalan"

Terima kasih diucapkan kepada anda kerana telah menjadi kawan saya yang ke 500!!
Sangat terharu.. :')

Jom kita jadi kawan blog ini juga!
TERJAH!! :D

Tuesday 1 November 2011

How to print screen (easiest way)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Aku sangat suka blogwalking dekat blog blog yang baru. dan kemungkinan besar ramai yang tak tau macam mana nak print screen kan? meh sini nak kasi tahu.. hehe

Very the simple one :)

1st : Tekan dekat keyboard yang ade tulis "Prt sc" = print screen
2nd : Paste dekat Paint (nak senang tekan ctrl + v)
3rd : Save as "jpeg" dekat mana mana file yang senang cari
So, automatic yang di print screen tadi jadi file gambar. Boleh upload macam biasa je.


Contoh kalian nak ambil gambar atas ni. tekan je "Prt sc"


Paste dekat Paint (tekan ctrl + v)


Save as "jpeg"

DONE! :)
Then, boleh upload dah
facebook, blog, myspace, friendster.. kat mana mana yang kalian nak upload lah.
Dekat paint ni, kalian boleh nak crop, edit, besar kecik kan gambar, letak tulisan dengan senang hati.

Senang kan? Selamat mencuba kawan kawan :)

ok daa~
p/s : Awat lah malas sangat nak update entry ni.. :'(